Thursday, September 25, 2008

Copa cabana

The whole week ni ada COPA training kat ofis. Oh tidaks.. Sapa la yg arrange training time2 bulan puasa ni?? Aku kah? Ye aku la tu..wahahaha..

Mulanya nak arrange before puasa, tapi tak boleh nak get hold of the trainer tu. SAP suggest ambik trainer dari India. Huh...tak nak ah. Tergeliat lidah aku nak mengfollow nanti. So nak tak nak, bulan puasa pun puasa lah. Cut cost lah sikit. Tak payah serve lunch, serve drinks. Sorry la kawan2 ye. Sabar je lahhhhh..

Trainer nye bagus. Sangat berilmu. Segala ilmunye dicurahkan kat we ols. And banyak jugak benda yg we ols belajar. Nama pun training kan. Mesti la banyak benda boleh belajar. Kalau tak de benda nak belajar, baik trainer tu tak payah jadi trainer kan kan kan..

So another 2 days je lagi ni. Sikit je lagi. Esok dah last day. Lepas tu..yahooooooooooo.. Cuti raya oyeahhhhhhh... Akan ku tempuhi another 4 hours utk hari ni dgn penuh semangat... AZAH BOLEH! Ye.. boleh blahhhhh..

Tuesday, September 23, 2008

Mari berposing


Adam ni kalau tanye nama dia sapa. Jawapan dia "Alam". Apa la adam ni. Kalau disuruh pose sambil senyum, mcm tu la rupa dia nyengih. Geram je tau. Sengih le elok2 sikit. Ala2 hans isaac ke. Mat romeo ke.

Ni dina ala2 pose tak nak pandang kamera lah ala2 diva gitu. Photos were taken masa on the way nak pergi berbuka kat rumah mak itam man kat KL. Macam2 juadahnya. Kurma daging. Kangkong. Pecal. Adam makan sampai tak reti nak bersila lah. Terkangkang2 dekat plate sendiri.

Kawan datang dan pergi

Friends. Come and go. Thanks to facebook though. Ramai kawan2 yg dah long lost contact, i've managed to contact back. Sangat mengterujakan!

First, friends masa in primary school. That was SIGS JB year 1981-1986. So far, dah jumpa balik 4 of them. Azwani or nama manja, Wani. This girl been sitting at my back and she still can remember that! Kuat betul daya ingatan dia. Yg i can remember, i used to play tali skipping dgn dia. Eh bukan tali skpping namanya. Ala getah2 ikat belacan yg di sambung2 jadi mcm tali and kita main zero point. Aaaaa.. tu kot namanya. Zero point. Hehehe.. cant remember lah. Yg pasti, Wani was damn good main zero point ni. Walau kecik tapi melompat tinggi! Then, i've met with Gee or Razida. This girl, comel2 jugak org nye. 1987, masa i've moved out from JB and start secondary at Teluk Intan, this girl lah was the only kawan from sekolah rendah yg keep sending me mail *nampak sangat tak glamernye aku*. Dulu2 takde email ye. So beli la stamp jilat lekat kat envelope tu kan. For quite some time jugak both of us corresponding via surat, then suddenly senyap. Dah boring kot. Mana tak nya. Apa nak cite life kat teluk intan tu except for pergi balik sekolah aje. Then, there's this girl named Zarinaswati. Dia ni tinggi and cantik orangnya. And still is until now. I remember me, her and another friend named Josephine used to hang out together. Josephine ni i dok cari tak jumpa2, mana tah agaknya. Then, there's Yusfida. Yusfida ni i met back masa kat PPP/ITM. So once i add Yus in my fb friends, senang la jumpa kawan2 yg lain. Last sekali terjumpa is Camelia. Dia ni sgt teror berlumba lari ye. Rasanye dia rumah merah kan Camy kan. I was in rumah biru. Kalau time sukan, merah and biru selalu fight wo.

Second, friends while i was in secondary school, SMSP Teluk intan year 1987-1991. Yg ni tak ramai jumpa. Sorang je. Azmah. Tu pun sbb dia biasa2 keluar kat TV3 tu, tu yg i can remember. Once i add her, i thought i can find the rest of SMSPian tapi tak berjaya lagi nampaknya. Diorg ni tak layan fb ke eh? Aisehhh friendsss... Come on ahhh fwenssss..

Third, kawan2 masa kat college PPP/ITM and SU. Ni ramai lah. House mates lama kat bilik no.. errr no.. no.. confirm dah tak ingat! Yg i can remember, tingkat 2, blok 1. 205/1 ke eh? Ishhhh..gamaknye la kot kan. They are, Mil, Anis Lazim, Syim and Anis Zawati. Ada lagi tapi tak ada dlm fb tu. Then, neighbours. Then the rest lah. Kawan2 se course, kawan2 tak se course. Kawan2 glamer *geng chepah lah tu*. Macam2 lah ada. And yg paling surprise dapat jumpa si Pe'on ni. Or nama penuhnye..fairolliza farouk. Aaaa.. this girl masa kat PPP/ITM sibuk bercinta ni.. Tapi now dah kerja kat US with her hubby a.k.a sweetheart dia masa kat PPP dulu. Bravo Pe'on!!!

Then the rest of the kawan2. Kawan seofis. Kawan x-ofis. Kawan cyber. Ye.. ada 2, 3 orang. Nijot ali. Ni tak pernah jumpa, tapiiiii until now we all still contacting. She's married to a friend same batch with me masa kat PPP. Small world!

Seronok jumpa balik kenkawan lama. Although tak la jumpa face to face kan. Dapat jumpa via fb pun cukup la. Kata zaman dah berubah kannnn..

Friday, September 19, 2008

Pre hari raya

Hari yg sangat memboringkan kalau duduk kat ofis ni di bulan puasa is hari jumaat lah. Sebab apa? Sebab lunch time nye sangat lah lama. Kalau dah tak dapat nak pergi keluar jalan2 tu, makanya pandai2 lah bawak diri duduk kat ofis ni. Layan je la apa yg boleh. Game boleh. Lagu boleh. Blog boleh. Tido pun boleh.

Anyway, this morning ada sessi fotography for hari raya. Semalam lagi Mr Bos punye assistant dah pesan (via email) kat semua untuk pakai baju kurung for ladies and baju melayu for guys. So kecoh le email dgn aksi2 perilaku ofis mate. Tak kisah la tu kan. Bulan2 puasa ni kita hibur2kan hati dgn email je lah.

So there we were in the VIP's lounge, kecohing pasal nak pose macammana. Oh ye, the guys ada yg pakai baju melayu ada yg tak. Yg tak pakai tu ada 3 org. Katanye sambut raya western style. Ye ke wak? Kalau western, kasi blonde la rambut tu. Zali tu bagi mata kaler biru sikit. Wak punye alasan is malam tadi dia balik lewat ke rumah, so pagi2 tak sempat nak prepare baju melayu. Ye ke wak? Boleh pakai ke alasan ni? Pak Rahman a.k.a After Sales taiko, alasan nye dia tak ada baju melayu. Ni mmg tak boleh pakai alasan ni. Langsung tak boleh terima. Yg zali a.k.a suzuki freak pulak tak tau la kenapa. Malas nak tanye. Kang kalau tanye, takut dengar dia jawab suzuki fren dia tak pakai baju melayus! Suzuki manjang.

What about the ladies? Ladies tak de hal. Though i don't wear baju kurung raya, but this is still baju kurung what. Who can bangkang? Coincidently, 4 out of 7 ladies pakai black color. Macam gothic plak. Kata hari raya, pakai la baju ceria sikit kan! Apa la korang.. *including me..hahaha*

Macam2 pose/theme ada. Theme ladies only. Theme guys only. Theme the whole bunch of IT excluding Pak Rahman yg terstuck di COSE and Baie yg kecutian. Theme Vehicle Sales and Logistic. Theme NVS and FICO. Theme infra. Theme hmmm.. team kak pah tu apa ye? Team seconded boleh Pah? :)

So korang bertanya2, mana gambarnya? Nanti la dulu, sabar sabar. That i will blog later ok. Tungguuu..

Thursday, September 18, 2008

Cut cost

Semalam cuti nuzul quran untuk Selangor dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. So kitorg pergi shopping kah? Mendenye nak shopping.. gaji tak masuk lagi. Duduk la diam2 kat rumah. Tak reti2??!!


Semalam berbuka kita makan udang masak lemak and ikan cencaru goreng cicah cili potong and kicap. Nak buat air asam mcm malas la pulak kan. So boleh la tuuuuu.. Kuih muih tak ada sebab the other half tak larat nak pegi PARAM (short form utk pasar ramadhan ye kawan2). So masuk azan, nasi lah yg kami santap. Adam kemain dia makan. Kalah mama nye yg berpuasa ni, keje nak menyuap mulut dia je.


Semalam jugak ada percubaan mengurangkan expenses di rumah. Kali ni yg menjadi mangsa is Adam punye account susu. Adam now ni minum Anmum for 3 and above. Tin yg besar tu harganye lebih kurang RM55. Dalam sebulan kena 2 tin. 1 for Umi, and 1 letak kat rumah. So total sebulan susu utk Adam is RM110. Kebetulan susu dia habis semalam, so pegi la tgk2 kat kedai. Hmmmm.. apa kata kita try Dutch lady pulak. So try la beli yg kecik je dulu, 400gram, kena RM10. Kang kalau dia tak nak, tak ada la membazir sangat kan. Malam tadi dia nak susu, buatkan la susu baru dia tu. Wahhhh.. dia minum sampai habiss.. Good boy lah Adam. So i think officially, new susu for Adam will be Dutch Lady lah. Peket yg lebih kurg 700gram tu cost more or less RM17. So i bet, he would need 4 packet. Totalling RM68. So, mama save like Rm42 lah Adam! Ok not bad not bad for a start..


So seterusnye nak kena cari account2 lain. Cuba hari tu Adam punye account pampers. Tak berjaya nampaknye. Oh yes, adik punye account susu pun ada kurang sikit. Dulu dia minum progress. Progress ni tin kecik harga dah almost RM37. Now i switch her to Anmum for >1 year old. Yg tin besar tu RM50+. Though the price is higher, but quantitynye double dari tin progress tu. So save jugak di situ. Yeahhhh.. Anyway, I switch her susu also because sebab dia berak sembelit. Let's see how Anmum boleh bantu dia..


Nak cut account mama? Hmmm.. mama ni mana ada account yg fix bulan2. Nak kata allocate RM utk baju baru tiap2 bulan? Memang tak ada... Allocate RM utk kasut? NO. Handbags? NO. Perfume? NO. Mama ni, bile rasa nak beli, beli lah. Namun nak beli every month, tak ada la jawabnya.


Nak cut account babah? Tak de account babah dlm ledger mama ni. Account mama ada la dalam ledger babah. Kekekeke..


p/s : Bye bye 16th Sept! Bye bye fatamorgana! Do update us on the latest date yeah? Ahaks..

Tuesday, September 16, 2008

Kau kejar apa beb?

This morning i have to drive alone. The other half is sick. Flu and demam segala. So nak tak nak have to drive lor. On the way, ada satu kereta Persona hitam WRQ**** ni. A lady driver. Bak kata Dora yg mengquote Lin "Lady driver bertudung". OOoo mak aiiiiiiiiiiiii...kau kejar apa beb??? Nak terberak ke apa? Gila kelam kabut bawak kereta. Tau la kereta baru! Kot ye pun..double line pun kau nak redah potong kereta orang ke??? Geram betul rasanya.. Kang kalau anything happen, kau kaut sekali ngan orang2 keliling kau yg innocent tu. Kalau dok tergolek sorang2 takpe la jugak. Bawak2 la bukak lagu raya kat dalam kereta tu. Ko bukak lagu metal ke apa dlm tu?

Heran betul driver2 macam ni. Tak sayang nyawa sungguh! Kalau tak sayang nyawa sendiri tu, sayang2 la nyawa orang keliling tuh. Orang lain bawak kereta punye la careful *aku lah tu*, kau main suka hatiiiii jek redah orang. Kalaulah tadi dapat potong kereta dia, confirm aku berikan jelingan maut kat dia. Tapi dah tentu2 berdesup kereta dia hilang kan.... Aku makan asap Persona je lah tadik. Kesian.

Tak pernah ke dengar tagline..."Pandu cermat jiwa selamat" beb!!??

Monday, September 15, 2008

Duit di hari raya

Sejak2 nak raya ni, ada sessi bukak garage sale kat sini. To be exact, bilik store no 8 punya sale lah. Ada kawan2 kat sini buat bisnes sikit, jual baju utk kids. Mostly branded stuff yg ada di jual kat Branded Outlet store kat JJ Bikut Tinggi/OU tu lah. Last time, i took 2 baju for Dina. Untuk adam tak ada sbb mostly baju2 nye baju girls.

Hari ni, supplier cakap ada lagi. Kali ni dia cakap nak bagi IT first priority. Wah. IT ni big spender ke eh sampai gitu sekali invitation nye. Tapi kali ni punye tak best sgt lah. Tak ada keinginan pulak bila tgk baju2 tu. So, duit ku masih terprotect lagi seadanya.

Bercakap pasal duit, time2 puasa ni ingatkan boleh jimat. Tak jugak! Cuba tgk calculation pakar ni untuk hari2 berkerja di bulan Ramadhan
Duit minyak ulang alik pergi kerja PA-USJ-PA - RM30
Tol - RM4.40 *yg ni pakat smart tag, sekali isi 20 hinggit kekeke..gile kedekut, padahal sama je kalau nak terus isi 100 ke apa kan*
Juadah berbuka - RM10 *plus minus, tak lari jauh sgt. Tapi kalau wiken, gi beli barang basah kat kedai, dah makan lebih RM10 wo*

Ni calculation hari2 biasa non Ramadhan days
Duit minyak - Rm30 *sure la sama, takkan kete ai makan minyak lebih plak kot time tuannya tak puasa*
Tol - RM4.40 sama jugak
Makan pagi - RM3
Makan lunch - RM5 *ni kalau makan kat Bistrok bawah ni je, kalau lunch luar, dah tentu la lebih melampau*
Makan dinner - RM4 *dinner ni kadang2 tak ambik pun, diet perut muncit namanya*

So lebih2 kurg je puasa tak puasa. So nak saving? Tak dapek den. Ihhh..bila 23hb ni... Adess..


Boring terlampau

Lately ni kenapa kurang kerja kat ofis ni ye? Kalau Mr Bos baca ni.. masak la aku..


Gila boring ok. Keje tak ada. Tahap cimpanzi beruk2 di hutan punye boring nih. Dah la hari isnin. Nasib baik hari rabu ni cuti. Cuti Nuzul Quran ye uols. Tapi bukan untuk semua. Untuk yg berkerja kat KL *marjan lah tu*, jangan harap nak cuti hari rabu ni. Sila datang kerja macam biasa dgn baju pink kau tu.


So since rabu ni cuti, apa plan eh rabu ni? Tak de kemana lah kot. Nak masuk KL confirm sesak mesak. Tak ku rela serah diri kat KL time2 cuti gini. Lagi plak dgn sorg hero and heroin tu. Ater keje gile nak masuk KL. Confirm boleh pengsan di buatnye. Rasa2nye, paling2 pun begi berbuka rumah MIL lah kot.


Hari ni i'm waiting for special delivery from a rakan seperjuangan. Hari ni ke esok eh? Tak kisah lah. Yg penting ada.. Boleh buat santapan berbuka puasa. Enak..nyum nyum!


Next week pulak ada SAP COPA training one week kat sini. Nasib baik la ada course. Kalau tak boleh mati keboringan gue!

Thursday, September 11, 2008

Mama EL.. Yeay!


Apa adam and adik buat bila mama EL semalam? We ols bangun pagi around 7.30, lepas tu lepak dgn mama kat depan tv layan kartun. Adik tu boleh terlelap dgn mama sampai 9+ lebih kurang. By the way, adam pagi2 dah kena mandi sebab pagi2 dah memerut buat taik..sangat sejuk okey.. Adam mintak kat mama tak nak mandi kepala and mama luluskan.. yesza..

Lepas adik terjaga pukul 9, we ols makan roti. Roti with peanut butter. Nyummm.. sedap.. *mama exaggerate*.. 10+ turn adik plak mandi..eiiii tak aluuuuu... Adik dah wangi2 cun2, baru babah turun dari bilik atas. Lepak depan tv.

Pendek kata, lepak depan tv tu berjam2 jugak lah. Around 2 semua bangun bersiap2. We ols gi JJ Bukit Tinggi..yeay! Adam tak habis2 sebut jako jako. Syok wo gi jako, ada tpt games tu.. So dlm 3+ sampai jako, first mama gi cucuk duit dulu. Then gi masuk Jusco sebab mama nak beli jeans utk Adam. So dapat lah jeans adam 2 helai. Both dari Miki kids. Satu jeans panjang, satu lagi suar katok bawah lutut. Then adik pun dapat baju selai. Ada sales ye kat Miki. Suar katok and baju dina tu dpt 50%, satu lagi jeans tu dpt 10%.

Tu semua beli utk baju raya. So what else ye yg belum beli?
Adam - shirt 3 helai and baju melayu
Dina - gown satu and baju kurung
Mama - baju kurung 2 helai cukup lah.. *cukup ke mama?*
Babah - Shirt 2 helai kot.. and baju melayu???

Lepas dpt dua seluar and satu baju, kitorg jalan2 lagi, mama nak gi terjah branded outlet pulak. Kat situ mama survey2 je. Adam excited gile tgk baju superman, spiderman, kungfu panda dan yg seangkatan dgnnya. Tapi mama tak nak beli.. Mama cakap "Not today. Tunggu BON raya.." *as if*. Oh sebelum ke branded outlet tu, gi singgah McD utk adam and dina. Di stresskan di sini. Untuk adam and dina. Bukan untuk mama and babah ye. So dina dia layan fries dalam stroller dia, dah cukup gembira hatinya.

Dah puas mama round2 kedai tu *buang karan la mama ni, tak beli tapi nak round*, kitorg ke Pizza hut. Beli pizza super supreme stuffed crust of course. Then kitorg gerak balik. Tapi before balik, singgah Restoran langkapuri. Yesza, mama and babah suka layan nasi kandar kat sini. Memang best diorg cakap. So babah tapau lauk kambing and ayam. Nak tapau sotong, sotong plak dia tgh goreng. Lambat lah nak tunggu. Takpe lah len kali je lah. So that's it. Balik rumah masak nasi..... Hebat rasanya juadah berbuka puasa semalam..

Dah malam sikit, Adam jadi model iklan seluar. Seluar jeans ye, bukan seluar dalam mcm yg Uncle Marjan impi2kan. Siap cekak pinggang jalan kiri kanan dgn muka penuh kepoyoan. Anyway, adam and adik happy today sebab dapat jalan ke Jako. Esok adam and adik pegi rumah Umi dgn gumbiranyaaaa...

Mercun oh mercun!

Yesterday i have to take EL. Reason being, Umi Adam & Dina nak kena jaga anak nye yang bongsu di hospital Sungai Buluh? Kenapa ye? Hospitalized gara2 mercun you.

Alkisahnya, Selasa petang masa ambik Adam. I've noticed Umi nye tak ada kat rumah. Tapi takde lah i tanye2 kat anak umi yg sulung tu. Mungkin tgh mandi ke apa kan. Ambik budak2 tuju ke kereta, Adam dah start ngan story mory dia dalam bahasa "german" dia. Bunyi tu ada la sikit2 yg boleh faham.. mercun..meletup..sakit, then dia tunjuk tgn dia. Me and man dok interpret la cite dia tu.. ni sure ada org main mercun and injured. But then, sapa ye? Anak umi ke? Tu sebab umi nye tak ada tadi kot. Hmmmm...

So lepas berbuka tu, I kemas2 beg baju si Adam. Ada kunci rumah umi kat dlm tu. Laaa.. so i sms Umi. Umi replied back cakap dia kat hospital, anak nye nak kena operate. Huh??? Sakit apa lak ni. Then teringat cite Adam. So suruh Adam cite lagi sekali. Hehehe.. Bukan apa, saje suka dgr bahsa "german" dia tu. Then umi sms cakap injured main mercun. Hah! Sah lah tu!

Pagi2 buta lepas sahur, dapat satu lagi sms dari Umi cakap tak boleh nak jaga Adam & Dina. It's ok, me can take EL. No worries. Lagipun tak ada keje sgt kat ofis ni. Tapi kalau ada keje sekalipun, dah tentu2 I EL gak..pedulik.. Normally, kalau Umi tak boleh jaga, anaknye yg sulung (form 5) boleh ponteng sekolah tolong jaga budak2 ni. But this time tak boleh la sebab yg sulung tu ada trial SPM. So what did we do when Mama was on EL? Next entry lah cite.. hehehe..

So this morning, hantar la budak2 tu mcm biasa kat Umi. Baru la dpt cite yg sebenar2nya nak compare kan ngan cite bahasa "german" adam tu. Rupa2nya, mercun tu kawannya yg bagi. Dia selama ni mmg tak pernah main mercun. Paling2 pun main bunga api je. So bila dapat mercun tu, katanye tak reti nak main mercun tu rupa apa. Dia pegi bakar sumbu tu and biarkan mercun tu meletup kat tgn dia. Adess..ngerisss.. So jari tengah dia tu, dagingnya hancur sikit. Alhamdulillah, tulang still intact. But the salur darah, satu dah hancur. Satu lagi is weak. Yg weak tu, kalau terus weak, boleh jadi penyebab nak kena potong jari tu. But if OK, then the jari boleh survive. Let us pray for anak Umi's well being...

Monday, September 8, 2008

Watimang Landak

Last saturday, kawan to husband ajak berbuka di luar. Katanye wife dia is pregnant and mengidam nak makan daging2eksotik. So, lokasinya is at Seremban. Nama restoran is Restoran Nelayan.

So at 3+, we all dah bertolak. Janji jumpa kawannya di Jenjarum nak lalu jalan dalam katanye. Nak lalu jalan dalam tapi masing2 tak arif sangat. Nak belok kiri ke, nak belok kanan ke. Eeeiii...mana i taukkk.. So lepas reached Nilai tu, masuk jugak ke highway. At last! Tu la org cakap lalu highway, tak nak.

Around 5+ dah sampai masuk seremban. Pastu masing2 blur tak tau restorannya kat mana. Duh! So bertanya2 org Seremban. Jumpa 2 org, dua-dua tak tau kedai tu kat mana. Finally kitorg sampai jugak ke destinasi yg nak di tuju lepas acara call-mencall kawan2 serata alam..

6pm kitorg dah sampai restoran tu and tercongok dah cop tempat. Harapan diorg ni semua ada la daging2 eksotik ygdiorg nak rasa tapi hajat nye nampak nye tak kesampaian. Yg ada cuma pelandok masak lemak je. Landak tak ada.Napoh tak ada. Rusa tak ada. Pendek kata semuanye tak ada lah. Yg ada cuma pelandok tu je. So layan je la. Anyway as for me, kalau diorg letak landak depan i pun, takde maknanye i nak makan aih. Oh ye ada sorang otai kat situ cakap landak time hujan2 ni tak keluar. So susah sikit nak dapat. Ye lah kan, sejuk2 ni landak2 semua berhibernasi la kat habitat dia.

Sejam lebih menunggu nak berbuka kat restoran tu. Jenuh jugak la. Last2 kitorg order yg biasak2 saje. Telur dadar utk budak2. Sup tulang. Pelanduk masak lemak *mmg tak ku jamah aih*. Burung yam-yam goreng. Lala. Ikan kerapu goreng 3 rasa. Ikan kerapu stim. Sayur with daging salai masak lemak. Apa lagi eh. Tu je kot. Syok tgk budak2 berbuka puasa. Anak pada member ni ada 2 org yg berpuasa. Selera betul makannya. Suka tengok.

One thing pelik sikit, kenapa restoran ni namanye Nelayan tapi specialty dia is daging eksotik? Agaknye sebabnye besides daging2, dia ada serve ikan sungai. Ada ikan patin masak lemak and macam2 ikan lagi ada. So tu sbb nama dia restoran nelayan kot.

So begitulah cerita di hari sabtu, puasa Ramadhan yg ke 6. Jauh betul kami berbuka puasa. Walaupun tak dapat rasa daging2 tu, diorg dah make sure ambik bisnes kad kedai tu. So next time nak datang, give the kedai a call first. "Allo, landak hari ni ada tak?".. Haaaaa..barulah boleh redahhhh..



Friday, September 5, 2008

KIKO sale!

Mesti ramai yg syok tgk tajuk kali ni. Yes, another round of KIKO sales. Details as per below. Takkan nak hantar meeting request kot kan...

Date : 8th to 14th Sept
Lokasi : No 1 Jalan Industri PBP 13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong,47100 Puchong.

Mari kita ramai2 pergi. As for me, I cannot go lah. Confirm..

Thursday, September 4, 2008

Cuti raya time!

Yeah.. raya datang lagi.. Yeay!!! Dulu2 masa kecik2 boleh la yeay yeay kan..excited semacam je nak raya. Dah umur 30an ni, rasa excitednye dah bertukar lain. Bukan excited nak sambut raya, tapi excited nak beli baju raya utk kids AND also excited nak isi borang cuti utk raya. Email dah pun di war2kan by mr bos's beloved assistant a.k.a mak buyung a.k.a Mimi. We ols diarahkan untuk mengisi borang cuti dgn kadar segera sebab nak submit to HR by the 10th. Wow.. that is early..! Tapi cuti punye pasal, layan kan je lah. So here we are in the office berebut nak isi borang. Eh berebut ke? Tak berebut pun. Saja exaggerate.


Mr Bos plak mengarahkan kami2 dengan bijaksananya merancang cuti staff disebabkan aktiviti hujung bulan. Sure ada yg berwonder, apa kena mengena cuti dgn hujung bulan. Tah.. apa hubung kait nye ye? Ada ke? Ada ke? Ihhh..mana adaaaaa.. *in denial syndrom*


Anyway, my cuti raya will be from 29th Sept to 6th Oct. 29th tu nak pegi merendek kejap and kemas beg balik kampung and kemas2 rumah for prep raya. 30th tu confirm nak kena cuti sebab umi adam & dina dah nak balik kampung petang 30th tu. Kitorg pun might be leaving for Melaka on the 30th as well. Lepas tu nak ke Batu Pahat plak on the 3rd of raya maybe. So balik PA on the 5th. 6th tu bagi can rest2 kat rumah nak basuh baju segala benda. Haaaa..7th baru boleh datang kerjaaaa dgn cerianya.. Semangat tu nak masuk kerja lepas cuti raya. Best nya best nya.... Tapiiiii..baju raya ku tak ada lagik! Oh tidaksssss....


Ni gambar raya tahun lepas. Adam tak ada baju melayu sebab dia very the mat salehs. Gambar mama tak payah di ambik, sebab berpakaian kain batik, baju tshirt.. dalam pantang ma..

Tuesday, September 2, 2008

No camera please!

Eh apa nii.. jangan lah ambik gambar i..

Adam's Tale


Adam suka selongkar VCD2 lama. So last wiken dia dah terjumpa dgn VCD ni. Shark Tale. Sekarang ni hobby dia is mengtag orang2 yg di kenalinya dgn apa je character yg dia nampak. Contohnye mcm VCD sebelah ni. Dia cakap yg Shark tu babah. Yg rambut panjang tu Dina. Yg muka cheeky kaler kuning tu Adam. Yg sebelah kanan tepi tu mama. Boleh? Tapi yg best tu shark tu babah la. Seb baik dia tak label mama as shark!

Baru2 ni dia tgk cite Kembara Mahkota Johor kat astro tu. Tgh layan2 tu, dia sebut tu Tok Abah. Ait adam, kalau TMJ tu tok abah awak, dah tentu kita tak duduk Puncak Alam sayang. Paling2 koman kita duduk Bukit Jelutong. Hehehehe..

Lagi satu iklan cat ICI tu. Yg benda kaler2 berlari sana sini tuuu.. Korang pernah tgk tak ni? Kalau tak pernah tgk, sila tekan X kat penjuru kanan web browser korang. Penat je ai xplain, korang tak reti2 nak paham... Untuk yg paham, yg kaler kuning tu sekali lagi mengrefer pada dia. Asyik kuning je Adam ni. Feveret colour dia kot? Atau dia terinfluence dgn Digi punye yellow man kot. Macam2 lah kot nye. Anyway, ada sebijik yg besar kaler hijau melekap kat dinding tu, haaaa tu mama dia yek. Jangan main-main. Besar tuuuuuu... Hijau plak tu.. Ala2 Hulk..