Friday, March 26, 2010

Jalan oh jalan

Benci kan.. kan kan?

Dalam banyak2 hari dalam seminggu, korang boleh pilih hari berkerja untuk nak korek jalanraya tu. Korang pernah tak buat analysis traffic dulu kat situ? Jalan tu sesak ke? Jalan tu sunyi sepi je boleh baring2 kat situ ke? Jalan tu mcm hantu jalanan ke ada ramai mat rempit merempit?

Sakit hati okeh. Jalan yg cantik2 tu, korang pergi korek dan menyebabkan kesesakan trafik yg tidak terhingga. Kalaupun korang tak korek jalan tu, jalan tu dah memang sedia kala sesak time pagi2 org berebut2 nak pergi ofis mencari sesuap nasi, sehelai baju sorg untuk anak2 at the end of the month tau. Korang main sedapppp je rembat jalan tu hari2 keje ni. Tak boleh ke tunggu wiken? Wiken tu nanti, korang nak rembat terus block jalan tu pun aku tak kisah okeh... Asalkan boleh siap over the weekend. Ni sapa Project manager nih? Meh jumpa aku sat.. Nak ajar Project Management 101.

Nasib baik esok adalah hari jumaat dan sabtu menjelang tiba. Tapiiiiiiiii harus kau ingattttt.. kalau hari isnin next week tak siap2.. aku fire korang... U ARE FIRED...!!!!

Tuesday, March 16, 2010

Dah nak masuk 5 tahun tapi still feeling baby hisap puting..?

Korang tau tak yg Adam as of last 3 days adalah masih berputing? Dia akan cari puting time dia nak baring2 tgk tv and tido malam dah pasti. Dah a few times jugak kitorg ni sorokkan puting dia tu, tapi dia akan menangis merayu2 maka hancur luluh lah hati mamanya ini. So terpaksa give up jugak..

Tapi tau tak, alih2 last 3 days umpan babahnya adalah mengena. Kali ni dia diumpan dgn PS2. Babah dia janji dgn dia, kalau tak hisap puting more than 7 days straight, dia akan dapat this PS2.. dia bukan tau pun apa PS2 tu kan.. tapi kalau sebut 'Game TV' tu dia tau la tu menatang apa. Memang dah lama dia berzikir kat telinga kitorg ni, abang cik main game, abng anep main game, adam pun nak main game jugak...

So it has been 3 malam berturut2 dia tak nak puting. Hebat kan? Ye lah ye lah..kat korang tak hebat.. But to me hebat woh memandangkan dia mmg akan menangis merayu2 oh kalau takde putinggggg..

7 malam berturut2 tu pun dia tak boleh nak bayangkan mcmana lama nya tu.. So soalan dia "Adam kena tido berapa kali mama?".. 7 kali my dear...provided tak tido siang.. kalau tido siang, lebih okehhhh..

So babah..promise is a promise.. Minggu depan dapat gaji, babah yg beli tauuuuu..bukan mamaaaaa.. Lariiiiiiiiiiiiiikkk...

Monday, March 8, 2010

Sakitnya bila sakit

Lama tak update kan? Beginilah jadinya kalau cuti straight from 18th feb sampai 28 feb. Berapa hari tu beb? 10 hari tuuuuu..

Bukan suka2 nak cuti okeh. kalau nak apply straight 10 hari dgn bos.. confirm dia tak bagi punya lah.

Actuallynya cuti sbb the other half adalah sakit. Dia demam start dari isnin 15th feb raya cina tu. Hari selasa pegi klinik. Doc bagi ubat demam je. Lepas tu rabu demam lagi. Pegi panel klinik dia pulak. Siap kena drip kat klinik tu. Darah pun ambik hantar lab. Tapi resultnye kena tunggu the day after, which is khamis. So khamis tu still demam. Sbb dia demam and tak larat nak bawak kereta, so i took EL as well. Lagipun risau jugak tgk demam dia tak hilang2. Khamis dpt result, doc kata blood adalah normal.

Hmmmm heran..tapi demam nya tak jugak elok2. Sakit badan makin menjadi2.

So friday, dia pi ofis ambik GL, and pegi hospital panel dia. Sri Kota Klang. Zassss terus kena admitted. Bermulalah hidup kami di rumah, tanpa babah. Sedihnye bunyi.

Pagi2 sabtu dia call..dlm kul 7 pagi mcm tu lah. Dia kata doc dah dpt detect sbb apa. Bukan denggi, bukan malaria. Tapi kena kuman tikus. Lega la sikit sbb at least doc knows apa masalahnya kan. While kami2 waiting kat rumah, tunggu SIL datang ambik, dlm kul 9 dia call lagi. Alih2 dia cakap kena masuk ICCU. Hmmm ok..iccu. Masa tu mcm blur2 je. Boleh rilek2 lagi kat rumah mcm takde apa2. Kalau separuh org, mau melompat kot, tak pun dah nangis2.. Dah 10, 15 minit mcm tu.. ehhhhh hello.. my husband masuk ICCU okehhhh.. Ok ok..that is bad. My SIL sampai tak lama lepas tu, dia lagi la panic dgr kata masuk ICCU kan.

Sampai ICCU..biasa la ada lakonan drama sikit kan kekekeke.. Eh gelak plak.. Tapi lega la tgk dia still awake. Takde la dok pakai oxygen mask ke, unconscious ke apa kan.. Masa dia masuk ICCU tu, doc kata virus dah serang kidney and paru2 and blood. Masa tu white cell dlm blood dia dah kurang dgn banyaknya. That is why dia kena diletakkan di ICCU, so doc & nurses boleh monitor dia

So lepas tu bermulalah hidup kami berkampung di hospital. Dari sabtu sampai isnin dok berulang situ je. By monday, dia punya wire2 semua dah cabut. Dah boleh jalan keluar masuk ICCU dah. Lega sudahhhh..

By tuesday, dah keluar masuk wad biasa. But still kena masuk antibiotik 3 kali sehari. Wednesday pun still di situ. Khamis baru doc bagi dia discaj. Legaaaaaa.. Dia la kot manusia paling happy dlm dunia on Thursday tu.

So how is he today? Better. Thanks for all the good well wishes. Thanks to those yg visit to the hospital. Thanks jugak pada those yg plan nak visit tapi tak jadi. The thought that counts :)

Thanks to the doctor. Thanks to the nurses in ICCU yg sgt baik hati bagi adam and dina masuk jumpa babah walaupun sekejap. Menangis babah nak jumpa korang tau..Opsss..

Thanks to my officemates yg telah membuat sumbangan ikhlas utk kami sekeluarga. Sgt terharu i atas keprihatinan u ols semua..

Most important of all, thanks to the most gracious Allah
s.w.t for the other half's speedy recovery..

By the way, last 21st feb tu, the second day dia dlm iccu was our 11th-year wedding anniversary okeh.. Maka bercandle light dinner lah kami dgn makanan hospital tu. Rasa nya masa tu menu ayam masak kicap.. Boleh la.. dari tak adaaaa...kaaannn??