Friday, May 6, 2011
Tomato kembali lagi!!
Bukan apa kawan2.. Tuan punya blog ni sgt lah busy kehidupan hariannya..
Weekdays pagi2 buta dah terkebil2 kena bangun. Pergi kerja. Kat ofis..mana ada masa wehhhhh.. U think i lepak2 goyang kaki je ke kat ofis.. Kat ofis ni semua orang busy tawwww.. Projek sana sini. Dengan nak buat support lagi. Dengan nak gossip lagi. Dengan nak chat lagi. Sibuk baca blog orang lain. Baca blog hiburan. Gosip lagi. Gosip lagi.. eh macam echo kan..? Ha kan kan..banyak kerja tuhhhh..mana cukup 9 hours kat ofis nak siapkan tu semua.. Macam sesak nafas!
Pastu balik dari kerja.. dah pukul 7 malam. Kanak2 yg dua org tu, especially yg kecik sorg tu, mula la nak manja2. Macamana adik nak ada adik ni? She replied "Dina tak nak adik. Nanti mama dah tak nak jaga Dina". Ololololooooooo.. mana like button nak tekan 10 juta kali?
Come wiken. Ni lagi la jangan cakap kebusyan nya. Baju nak basuh ada 4 trip. First trip, baju anak2. Second trip, baju tshirt + shirt. Lepas tu bagi washer tu rilek sikit la kan. Ko kalau kena kerah basuh baju 4 besen...dah tentu2 menggigil tangan lepas tu kan. Abih tu tak reti2 ke nak bagi washer tu rileks dulu. Bila time sidai baju, penuh ampaian tu. Excellent kalau hari adalah sunny and bright. Kering macam keropok. Cer kalau hari hujan. Alahai sedih tgk baju2 tu. Sure baju2 tu pun rasa sedih kan, sebab sejuk dok kat luar tu.. *ko kenapa zah? sampai emosi baju pun kau nak selami?*
Lepas tu jgn lupa mengemas rumah. 5 hari kau tak mengemas kan, rajin2 kan lah tangan tu ambik penyapu atau vacuum kan. Masa ni, kalau nampak mainan sepah2, confirm kena bebel. Tapi tak susah mana pun, angkat je menan tu, lepas tu campak masuk dlm bakul menan kanak2. Tingggggg..clearrrrr.. Padahal dalam bakul tu punya lah mcm2 khazanah ada..!
Lepas siap kemas.. perut pun lapar. Nak masak? Tettttt.. kalau dah penat tu, abaikan la bab masak tu... Tapi takpe..lepas ni kita boleh refer blog dapurmalaysia. Banyak resepi ada kat situ..semuanya terbaekkkkk!!! *che pah, tak nak belanja i ke dok promote u punya blog?*
Esoknya rutin yg sama.. 2 trip baju lagi dan mengemas.. eh tak tak.. kalau dah kemas hari semalamnya, hari ni tak yah kemas dah. Boleh tak rule macam tu? Boleh la kan..
Eh eh bercakap pasal makan tadi kan.. Tiba2 berlaku imbasan memori makan kat rumah adik i tu hari.. Sambal udang petai + Lemak telur itik + ikan bakar + air asam mak yg terbaek dari ladang.. weh apa nama ikan yg banyak tulang tu? Tiba2 pikiran ini blank...
Wednesday, January 12, 2011
First entry 2011
Ala bukan ada org kisah pun update ke tak kan kan..
Short and simple je update kali ni
Apa makna "Kasut kena gigit nyamuk?"
Daaaaa..
Thursday, November 18, 2010
Mari Berdansa
Last sunday was concert day untuk adam. Concert held kat Seri Cahaya School dekat2 dgn Monterez tu. Sungguh sunyi jalan masuk tu. Kalau budak2 sekolah situ jangan la kau pandai2 nak merayau2 kat luar tu..ngeris.. Tapi bagus jugak sunyi2 tu kan, so budak2 pun sendiri ngeri nak merayau keluar skolah..
So konsert start at 3.30pm.. Adam sampai earlier than that. Dia ikut bas sekolah..geng geng geng bas sekolah..
Konsert tu actually a combination between 2 qdees, branch Saujana Utama and Puncak Alam. Most of the persembahan adalah di conquer by SU mainly sebab diorg ada lagi ramai student2. Kat PA cuma berapa kerat je.. Kalau tak silap ada 15 persembahan, 3 out of those were from qdees.
So adam involve dlm 2 lagu.
Right round.. u spin my head right round right roundd..ni gambar2 nye.. Rasa mcm malas pulak nak cerita kan kekeke..
2nd number hindustan.. Kena pakai baju hindustan lah kan..
Tapi lawak lah tgk budak2 ni berjoget.. Main belasah suka suki diorg je.. Yg pandang kiri, yg pandang kanan, yg pandang kawan2 nak tiru buat apa, yg diri senyap tak buat apa2 pun ada. Very the ikhlas okeh. Apa kaitan berjoget dgn ikhlas eh?
Monday, November 1, 2010
Itchy Itchy, Scratchy Scratchy 2
Alkisahnya, Adam pulak menjangkit chicken pox. Kesian. Penuh badannya. Geram mama nya tgk. So terpaksa lah dia bercuti dari sekolah. Dah la sekolah sekarang ni tgh sibuk berlatih untuk annual konsert.. Nanti adam lupa pulak step dancing dia.
But since dia cuti ni, boleh la dia buat hafalan dialog dia nanti..
Hello ladies and Gentlemen
I am Adam Fitri from Qdees Puncak Alam
We will dance a hip-hop dance
We hope you enjoy the dance
Thank you
Tengok tengok, mama dia dah boleh hafal skrip. Duk jadi tukang peringat dia.. Selalunya dia ingat the first 2 lines tu je.. Yg lagi 2 lines lepas tu agak sukar sikit.. Tapi mama percaya Adam boleh!!!
Get well soon dear!!
Monday, October 18, 2010
Itchy Itchy, Scratchy Scratchy
Anyway, Chicken pox telah menyerang Dina.. oh noooooo.. *sila jerit beramai2*
Cerita nya bermula on Thursday malam. Masa tu i've noticed a 2 dot berisi air kat atas bibir dia. Ingatkan sebab dia tak basuh mulut ke kan. Pas tu, dia tunjuk kat bawah tgn dia ada satu dot lagik. Hmmm ni mesti kes basuh tangan tak bersih ni..
Pastu dia nak terberak. Masa nak bersihkan si kenit tu lah, bila selak baju dia nampak ada dot dot dot keliling badan. OMG! Wah mama dina ber OMG kekeke.. Dah agak dah niii, sure kena chicky chicky pox.. Oh comelnya..chicky pox..
Sian minah tu..muka nya penuh dgn that chicky chicky thing. Kat dahi, kat tengkuk, kat atas kepala pun hebat jugak. Mama dia yg tengok ni jadi geram. Rasa nak tolong garu-garukan. Padahal tuan punya badan kewl je. Sekali2 nampak dia picit atas kepala dia. Kalau kat muka tu dia tak berani nak usik sbb mama dia dah sound.. "usik laaaa, nanti dah tak cantikkkk". Terus tak jadi usik, kalau gatal, dia dtg sua muka dia to me mintak gosok2kan.. siannnn dinaaa..
Friday TERPAKSAlah mama dia berEL nak jaga dia. Bawak gi paed kat shah alam la konon. Belakang klinik nya bukak, doctornya tak ada. Hampeh, penat jalan jauh2. Gi lepak Baskin Robin makan eskrem. Lama youuu tak makan BR. 2 regular scoops tu 14 hinggit ko. Amikkkkk.. Tapi takpe la..girls day out.. *abang takde kena pi school..hehe*
Last2 kena pi klinik biasa. Dapat ubat sapu satu, ubat demam, ubat tahan gatal and antibiotik. Dalam 4 ubat tu, antibiotik lah yg dia tak hingin langsung. Susah la korang ni kan, tang antibiotik je tak moh.. tang ubat demam rasa oren tu kemain laju. Tak suh makan pun nak makan..
Come third day ahad, dah bnyk yg kering chicky chicky nya. Dah jadi kudis-kudisan. Sedap la dia mengorek yg kat badan2 tu sampai khayal sorg2. Sekali kena sergah, tersengih2!
Wednesday, October 6, 2010
SPECIALLY FOR AHMAD ADAM FITRI!
To my big handsome boy, Adam Fitri
HAPPY BIRTHDAY!! HAPPY BIRTHDAY!! HAPPY BIRTHDAY!!
Semoga sentiasa be a good son to Mama and Babah
Be a good brother to Adik Dina
WE LOVE YOU!
Aiseh, gambar atas tu tak hensem sgt la kan, kita sudahi special entry kali ni dgn gambar nii..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tuesday, September 28, 2010
SPECIALLY FOR IRDINA FITRI
Still in Sleeping Beauty mode
Celebrated her 2nd year old birthday.. Kagum tgk kek di situ.. *babah dia posing duyung kat belakang tu*
Presenting Dina - 3 yrs old
Selamat Hari Jadi Sayang
Semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati hidup mu
WE LOVE YOU
LOTS OF LOVE FROM
MAMA, BABAH & ABANG ADAM