Wednesday, August 20, 2008

Anak derhaka

Ah..sungguh gerun tajuk kita kali ni. Bukan apa, lepas habis cite sindarela tv3 tu, kita layan cite si tanggang plak. Every day from monday tu thursday, 8.30 - 9.30 pm di tv9. Actually yg malam punye ni ulangan on tv3 kul 5pm. 5pm punye dah tentu2 la tak dapat nak layan kan. so layan ulangan punye version pun jadilah!


Anyway, talking about si tanggang ni. Sure ramai yg still ingat cite tanggang version p.ramlee. Disebabkan derhaka sgt si anak yg bernama tanggang ni, dia di sumpah oleh ibunye jadi batu. Doa ibukan, insyaAllah termakbul2. Lagi plak ibu ni dihina dikeji by anak sendiri. Gerun kan? So this modern version that i watch in tv, is somehow similar lah lebih kurang the jalan ceritanye. Anaknye degil gila babun. Dari sekolah2 dah buat perangai sampai lah ke besar. Ada ke principal dia denda dia kena gantung sekolah, selamba rock yahoooooo depan principalnye. Boleh sakit jantung principal tu kalau dapat 10 org anak murid mcm tu aih! Bila dah besar, dapat kawin dgn anak org kaya, terus lupa mak bapak kat kampung. The father passed away makan hati and tinggallah the mother membawa hati sorang2. Poor her. So episode semalam, the anak derhaka dah kena tembak and koma. Padan muka dia. Bangun dari koma, he could not move. Nak bercakap pun tak boleh. Yg keluar dari mulut dia cuma the word "mak". Itulah balasannya. Berlagak tak hingat!

To my 2 precious kids, Adam and Dina. I hope u two wont be like tanggang. And also a reminder to myself, not to be like tanggang also. Emak and Abah, love u both! Eh diorg baca ke blog aku ni pun. Tak kira lah. Tiba2 rasa nak nyanyi lagik, kali ni lagu Allahyarham Sudirman tu.. Ayah dan Ibuuuuu...Ayah dan Ibuuuuu...


So kawan2, jangan jadi macam tanggang! Malam ni kita layan lagi seround...






Ketiduran melanda

Cuba tgk jam tu, baru pukul berapa? 9.08pm ye. Tgk apa budak dua org ni tgh buat?

Ye tido dan tido! So mamanye yahooooo. Boleh layan cite tanggang kat tv9 aman dan damai..hehe..Nie sure kes tak tido petang ni. Maklumlah cuti2 sekolah gini, anak2 umi nye semua ada katrumah, so ramai la yg melayan budak 2 org nih. Main dan main, tak ingat nak tido lah tu! Rasa macam nak nyanyi lah.. Tidurlah wahai permaisuriiiii..tidurlahhhh..pejam mataaaa..

Monday, August 18, 2008

Hari Ahad yg busy

Semalam was mak su's wedding belah lelaki di rawang. Hari jumaat mak tok and tok abah dah sampai puncak alam. Hari sabtu kitorg gerak ke Gombak rumah mak uda. Babah tak ada. Dia dah pegi meramaikan umat di Permatang Pauh nun sana. Katanya gi berjuang. Hari sabtu sampai rumah mak uda around 3+ pm. Hanny dah tido, lyssa almost nak tido tapi terwake up sbb we all sampai. So bermula lah aksi gaduh2 friend2 between Adam and Lyssa. Kejap gaduh kejap baik. Dina mcm biasa, take her own sweet time exploring mak uda's house. Around 9 plus pm budak2 semua dah lelap. Yippi!! Mama dah boleh rileks dah.

Esoknye Ahad, kul 7 plus dah bangun. Dina kena mandi around 8+. Dia kalau time mandi, memang seronok. Tak kira le air tu sejuk ke apa. Lepas mandi pakaikan dia baju and tadaaa..dia dah siap.
Tengah perati kasut pink dia and socks

Dalam pukul 10+ am, kitorg dah pun bertolak dari rumah mak uda. Babah gerak dari puncak alam, janji jumpa kat tol bukit beruntung. Around 11.30 dah sampai BB dah. Babah dah sampai jugak. Kena tunggu tukang yg nak ambik kitorg bawak ke rumah pengantin kat situ. Tick tock tick tock..dah pukul 12 bayang pun tak nampak. Rupa2nye diorg tunggu kat depan sikit, bukan betul2 kat tol tu. So Adam dah bertukar tpt dari kereta wira ke kereta satria pulak mengikut babahnye. Dalam 12.20 cam gitu just nice sampai rumah lelaki. Pengantin dah tunggu nak berarak. Pengantin berpakaian kuning kali ni.

Soryy gambar nampak kipas. Malas nak budget elok2.

Cantik bajunya. Oh ye, jangan di tanye kenapa haritu tak pakai tudung. Kali ni pakai tudung. Suka hati dia lah kan. Kekeke.. Around 2pm kitorg dah gerak, nak menuju ke rumah Ida, besday party the ever hensem boy, zarief kat Shah Alam.

Around 3 dah sampai rumah Ida. Oh ye ngan adam and dina yg comotz plus letih wo jalan tengah2 panas. Bila time baby zarief tiup lilin, si Adam dah tolong tiup kan dulu. Adoi mak, bikin malu mama lah Adam ni. Terpaksa la lilin di nyalakan semula utk baby zarief tiup. Adam dah fascinated dgn kek Thomas and friends si zarief. Tak sabar2 plak dia. Macam dia plak besday boy. Jangan perasan ah bro! Harus kena blacklist adam ni dari attend any besday party..

Dalam kul 4 lebih kitorg sampai puncak alam, oh penatnye. Mandikan budak2. Siap mandi, kul 5 diorg dah lelap. Dapat le mama nye pun selelap jugak. 7 lebih diorg bangun, bagi dinner. Then bum balik semula. Adam siap mengadu sakit kepala. Sian tgk dia. Penat lah tu, tak pun sbb layan minum ais lebih sgt time2 panas getik tadi.. Kul 9 both dah tido semula. Aman damai duniaku sambil mataku pun lelap sekaliiii...


Thursday, August 14, 2008

Si dia yg ku paksa

Semalam dah TERbeli socks ni..eh socks ke namanya eh.. tak tau la apa nama nye..hentam je lah kita gelarkan dia 'socks'. Pedulik apa kan. Sangat kiut.. Sangat tak sabar nak balik rumah nak paksa Dina pakai ok. So once got home, apa lagik, ku keluarkan socks ni dari beg. Bukak seluar tido Dina and sarungkan socks ni kat dia. Kiut giler..

Tu adam tgh tumpang belek sama. Heran dia tgk socks tu. Lain mcm je rupa nye dari socks dia. Tersimpul2 dia senyum tengok adik dia pakai socks tu. Bila mama bukak socks tu dari Dina, Adam dah ready kat sebelah nak try sama. Oh abang Adam! This is for girls ye..

Tuesday, August 12, 2008

Mak Su Kahwin


Last friday, 08.08.08, mak su nikah. On the 9th, kenduri kahwinnya. Since bnyk sgt gambar nak tampal kat sini, ai tampal gambar je lah yek. Nak cite kang, sampai ke petang baru siap. Keje melonggok nih.

Pelamin and barang hantaran



Mak Su berbaju pink, berlace hitam. Cantik. Eh Cantik ke?

Adam xcited nak tgk pengantin tapi tak nampak. Tapi dia berjaya menyelit di celah2 org ramai.

Pengantin dari kejauhan. Tak dapek ai nak nyelit sebab ada extra luggage kat tgn sebelah (Dina le tu)


Bapa pengantin yg masih steady tgh merenjis.

Gambar lain tak dapat nak snap. Gambar masa nikah and gambar masa tukar baju. Will update later bila dah dpt gambarnya yek kawan2..

Monday, August 4, 2008

Oh demam!

Last Sunday, abang Adam demam. Kesian dia. Right after lunch tu dia dah cari2 bantal and puting. Around 1+ dia tidur. Masa tu tak perasan lagi dia demam, ingatkan dia take a nap mcm biasa je. Dalam pukul 3+ dia bangun, lain macam je abang adam kita ni. So mama nye pegang lah dahi dia tu.. ooOoo demam rupanya. Patut la muka seposen dua je. Tanye dia nak makan apa. Tak nak makan. Nak minum? Pun tak nak. Then, dia tunjuk2 dahi dia. OoooOoo.. nak suruh letak kain basah la tu kat kepala nya. Tapi since benda yg bertampal tu ada lagi stok kat rumah, so mama lekatkan yg tu je lah ye. And he is happy with the thing on his forehead.

Dah petang sikit dia mintak nak makan. Makan apa sayang? Nak maggi rupanya. Ok lah mama masak maggi. As long as u want to eat. Beriya dia makan. Lepas makan dia bummm balik. Bila dia tgk adik dia buat lawak ngan mama, dia dah boleh gelak2 dah. Lepas tu kejap2 tanye babah dia. Oh, babah takde.. Nanti babah balik ye. Kena la call handphone babahnye just for him nak dengar suara babahnye tu.

Benda tu bertempek kat dahi sampai la ke pagi tadi. Pagi tadi dia bangun dah ceria sikit. Dah boleh kacau2 adik dia. And pergi rumah umi with his ultraman, dah enough to make him happy. Bye sayang. Petang nanti kita jumpa ye. Dapat flying kiss berputing lagik dari dia tau..



Friday, August 1, 2008

Guna jari pun boleh!

Rambut saya dah panjang la kat depan tu. Dah kena mata saya. Amat menganggu pandangan saya. Masa mama hantar saya pada umi, umi dah mengvolunteerkan dirinya utk menggunting sikit remos saya ni. Eh bukan remos. Org lain yg ada remos, bukan saya. Saya ada fringe. Mama bagi green light kat umi tapi pesan like 20juta kali mintak potong betul2 sampai kening.


Petang tu mama nak ambik saya, dia ingat fringe saya dah pendek la. Tapi tak lah. Umi cuma sepitkan je rambut saya. Nampak tak sepit pink tu? Sangat comel sepit itu.


Nak tau saya tgh pegang apa tu? Kotak coco crunch. Abang adam tu dok merengek kat mama nak kan coco crunch sebab ada hadiah batman ok. Saya tak pernah merengek macam tu tau. So mama dah belikan dia coco crunch hadiah batman. Batman nye kecik ajo. Tak dapat pulak saya snap gambar nye sebab abang adam kedekut orang nye. Nak tgk pun tak bagi tau. Tapi tak apa, sikit masa lagi dia boring lah tu dgn batman tu. Bila dia dah boring, kita ngap lah..

Tuesday, July 29, 2008

Dina demam ah!

Start saturday, Dina demam. Bila malam lagi lah panas badan dia naik. Tak dapat plak diukur tahap temperature dia sebab mama dia ni tak pernah2 lagi beli termometer tu. Entah bila tahun nak beli tah!

So bila time malam je, start lah cik dina kita ni merengek2. Tido malam mcm2 aksi dia buat still tak kena. Last sekali mama angkat dia tido atas badan mama. Sebab haritu teringat Umi dia cite, dia suka landing atas perut Umi. Bila dapat atas badan, terus senyap tido dengan lena nya. Tapi Dina, apa jadik kat mama Dina ni? Terpenyek wo mama. Sakit pinggang mama tak boleh gerak2. Tapi, demi mu Dina, ku korbankan jiwa dan ragaaaaa..

The whole of Sunday, Dina dok clinging to me. Takat cling je tak apa lagi, ni nak merengek2.. Oh sunggu menguji kesabaran sungguh. Dah tu abang nye plak, takde keje lain la hari Ahad tu, nak susu every 2-3 hours. Adehsss.. kelam kalibut jadinya dunia ku. Stress wo. Dah la babah nye tak ada, sangat busy dgn meeting2 cawangan dari siang sampai ke malam. And also, i receive an SMS invitation for a cawangan meeting this saturday. Ehhh cik ketua.. mana nak ku letak anak2 ku yg cargas niii..

Oh gambar di bawah ni tak ada kena mengena dgn tajuk posting ni. Ni gambar adam tgh belek jari adik dia masa adik nye dah tido. Also, adam dah pandai tidurkan adik dia ye. Dia tepuk2 badan adik dia. Bagus bagus. Kurang satu job scope mama kat rumah. Tapiiii, bila time dia nak tido pulak, dia tarik tangan mama dia suruh tepuk dia plak. Aisehhhhh.. Not forgetting, to Jib, K's sweetheart, Happy 3rd birthday to u!


Tengok muka saya ni

Kawan2, tengok lah muka saya ni.. Ada tanda. Haritu nak buat circus sikit kat rumah Umi, aksi bertajuk "Cobaan memanjat kerusi kayu Umi". Bila panjat tu, sudah terpeleot kena kerusi betul2 kena tang pipi saya yg tembun ni. Maka bertanda birulah muka saya.


Petang bila mama datang collect i, Umi terus cerite what has happened. Mama kata "Lasak macam boy". Ater, tengok lah sapa abang saya yg hensem tu, apa dia boleh buat, mesti la saya boleh buat jugak. Takkan dia je nak buat sorang kan?

Tapi yang paling penting, mama cakap, saya tetap comelllll..

Kau yang cantik

Sopan Santun

Paling Comel

Di hatiku



Monday, July 21, 2008

IT Family Day


Ye, last wiken 19&20, kita ada family day kat PD. Lokasi : Glory beach resort. We all sampai around 2.30 pm, terus check in. Dapat satu number utk lucky draw, number 019. Ye, 019 akan win grand prize malam ni.. a 29 inch tv. Sungguh konfiden tuan punye 019 ye. Kalau dapat boleh lelong..hehehe..

Lokasi bilik is B8-9. Tingkat 8 unit 9, hujuuuuung sekali. Alamak..mcm seram je..kot ada momok ke. Apartmen ada 2 bilik. Satu queen and satu single. Mama dgn Dina sure la dpt bilik yg queen kan. So babah ambik extra tilam, kena caj 20 hinggit. Malam nanti plannya nak tido depan tv, angkut tilam dlm bilik single tu. Actually bukan single, double katilnya.


Adam tgh posing dalam bilik

Yg ni utk Aunty Pah..

Start at 5.00 pm, ada sukaneka utk adults dan children. Adam dah di consider uncoltrollable bila tgk kolam ye. So babah kena layan dia habis2an. First time masuk pool tu, sibuk nak cuba gelongsor tu. Maka dia dgn beraninye naik dan toron. Toron2 terus tertomoih dalam air. Bababnye terpaksa interframe la. Bila bawak dia naik, sibuk cerite air masuk dlm mulut and hidung. Ala kesian anak mama. Terus fobia tak nak toron. Tapi berapa lamakah fobia nya itu? Sekejap jeeee..


Sementara org bersukaneka, Ms Dina kita sibuk buat taik mata. Maklumlah kena angin sepoi2 bahase tepi beach. Sedaplah kan. Mama dah tentu tak boleh main sukan lah kan. So jadi tukang gelak je la kat tepi tu. Aaaa..gelak gelak tgk aksi org tua main sukan!



Malam macam biasa la ada dinner kan. Ada lucky draw. So, did 019 won the grand prize? Almost lahhh.. dapat no 5! Tu dapat standing fan. Amat sesoai sangat lah tu. Mmg ada cadangan nak beli pun, nak letak kat bilik Adam. Yg toto tu menang sbb dapat teka bilangan biji butir cokolat dlm balang ye. On the dot okey! 102 biji.. Teror ke apa ni? Consider teror lah kan.. Yg kecik sikit tu is set pinggan mangkuk. Yg tu menang sama dgn sijil dgn pen drive tu. Menang utk apa? Korang telek lah sendri sijil tu tulis apa.. Auwww..


Thursday, July 17, 2008

Makan apa?

Semalam balik dari ofis, i terasa nak dinner di luar lah. So kitorg pegi ambik adam and dina dari rumah umi. Adam mcm biasa, each time nak ambik dia, mmg dia excited bangat! Nampak2 je muka mama dia kat pintu, soalan pertama dia ialah "Babah?".. Aisey potong stim ah adam ni. Mama yg dtg sambut dia, babah lak dia tanye.

And so, we had dinner at a nearby restaurant je. Sebelah kiri kedai tu ada kedai jahit baju. Ada notis kat depan kedai tu ye which says "Tempahan baju raya ditutup pada 15/07/08". Aisey..sekali lagi potong stim ah! Macamana ni? Kain baju raya pun tak beli lagi, tempahan baju raya dah pun stop. Hampehs..

Di sebelah kanan kedai makan tu plak, ada satu kedai jual barang2 sekolah and jugak toys. So makanye, Adam sudah jadi hilang punca arah tujuan sebab mengenangkan Ultraman, Transformers segala benda superheroes kat kedai tu. Kejap2 gi jengah kedai tu, mcm la kedai tu nak hilang dari situ. So babahnye tak tahan, tukar tektik sikit la. Asyik dok beli patung2 je kan, so bawak dia ke section buku. Dapat la dia buku Ultraman coloring and stickering. Penuh la muka dia ngan mama dia ngan adik dia ngan sticker2 ultraman..mangsa keadaan sungguh la.

We all order Grilled Chicken Chop. Sedap tapi kenapa chicken chop dia makin kecik eh? Dina order Hulk Hijau and Merah. Tu dia tgh geget geget. Adam biasa la..mana nak makan. Dok terjengah2 kedai sebelah tu.

Lepas makan nak belikan basikal baru Adam. Basikal yg ada kat rumah tu..dah terkepak tayarnya. Tapi kedai basikal Puncak Alam tak best lah! Nanti ye Adam, kita pergi cari kat Meru okeh??

Tuesday, July 15, 2008

Mari berpesta

So, this is the birthday girl..kiut kan.. The birthday even + aqiqah agak happening jugak. Pagi2 dah ada marhaban. Lepas tu petang sikit ada clown ye. And Adam is quite penakut dgn clown. Dah la clown tu melepak depan rumah kitorg sambil budak2 queue nakkan belon, so Adam dok menangis lah bila nak ajak keluar tgk clown. Dgn clown dia dah takut, apatah lagi belon! Belon pun takut sayang ye.. Tak pe tak pe, nanti mama beli belon buat stok dlm rumah ye sayang.. I like i like!!

So, and this is not the birthday girl. On Sunday, mak uda datang bawak kad kahwin mak su. And also dia pass kan baju Ms Hanny yg dah tak muat tu. So this is the baju i like i like!! Seksi seksi..auwwwwwwww..


Friday, July 11, 2008

Present..presentation.


Ye..someone will be getting a present lah this weekend. Sapa ye? Tentulah Miss Nasya the belated birthday girl. Apa ye dalam tu? Dalam tu ada baju Kiko. Kiko je. Ai tak mampu nak beli brand power2 aih. Cantik baju nya sangat sweet. Sweet sebab babah yg pilih ye. Kalau ai yg pilih, ulang2 kaler pink, asyik2 kaler pink. Tak ada kaler lain ke? Ih ih ih..


Ye.. Adam pun dapat present. Hulk bawak motor ye. Letak bateri, boleh gerak sendiri. Dia sgt gumbira dapat Hulk.. or dalam bahasa dia "Ak". Nanti nak cari dvd Hulk pulak. Sila ignore baju dgn seluar yg tidak match itu. Dia dah kebolosan di rumah umi, so belasah le seluar yg tak matching colournya. Asalkan seluar lah kan sayang..


Ye.. Dina pun dapat present. Sangat susah la pulak rasanya nak cari present utk girl. Toys semuanye berupa doll or bear2 segala. Kat rumah yg beruk tu pun dia tak berani nak usik, apa lagi nak belikan dia yg baru. So puas la keliling kitorg dok cari apa nak bagi kat Dina. Last2 masa nak bayar tu, kat kaunter tu ada le benda ni. Tu benda yg di geget geget ngan rakusnya by Dina although kemain cantik bersimpuh lady like.. Benda tu kalau kita squeeze, boleh bunyi2 ye.. Kiut..

So this weekend activity will be:
1. Attending birthday party cum Aqiqah kenduri
2. Stay kat rumah sebab Mak Uda and famili mau mari bawak kad kawin Mak Su.

Ye, my youngest sister is getting married this coming August. Nikahnya on the 8th of August. Konon2 nak kejar 08.08.08 lah! Whatever lah mak su! Hantaran pun 8,888.88 ke mak su? Adam punye tugas is to be the "flower boy". Errr.. kang tgh jadi flower boy, terbolos macamana? Aiyokk..tak tauuu..!! Kira tu present Adam pada Mak Su and hubby le.. Muehehehehe..

Thursday, July 10, 2008

Senget

Last wiken babah menanam pokok.. Pokok buah dragon.. Tapi lepas dua hari, pokok tu dah senget. Dah pesan kat babah tegakkan balik, tapi tak jugak di tegak2kan nya. Maka kesengetan lah pokok itu. Tu bukan apa tu. Nak tunggu abang tukang potong rumput tegakkan lah tu. Panggil dari hari Isnin tak mai2 jugak lagi. Rumput ai dah panjang dah tu.

Aaaa..ada khemah di depan rumah ai. Tapi bukan khemah ai ye kawan2. Tu khemah rumah sebelah. Dia nak buat kenduri + happy birthday anak nye. Last wiken tak jadi. So ke mana kita babah nak cari hadiah Miss Nasya tu? Miss Nasya dah setahun, sama baya dgn Dina, beza kat bulan je. Nasya is on 1st July and Dina lak 28th Sept. Nanti esok2 nak pergi sekolah, boleh together2 kan. Sure comel!

Wednesday, July 9, 2008

Seposen nye muka!


Black Dog Bone
Si Gadis Ayu
Hey si gadis yang manis
Senyum di bibir terlukis
Hey si gadis yang ayu
Sebentar lagi kita bertemu
Woh woh woh
Gadis ayu...
lesung pipit di pipi
Ayu... senyummu menawan
Gadis ayu... ku jangan dihampakan
Ayu... sungguh ayu
Hey si gadis yang manja
Aku telah jatuh cinta
Hey si gadis yang ayu
Kau kan jadi milik ku
Gayamu lembut bila engkau menari
Woh woh
Kepintaranmu itu menarik hati
Woh woh

*Otai lah Mama ni!*

Adam's milestone

Suka nye.. sukanye.. Semalam ai gi ambik adam dari rumah umi.. Sampai depan pintu rumah umi

Adam : Atak, atak, atak *non stop ok*
Mama : Apa yg atak ni?
Adam : Atak, atak, atak *kali ni sambil aksi pegang seluar*
Mama : Errr..
Umi : Dia tak pakai pampers dah Zah..
Mama : Oooooo.. *eh tapi apa kaitan pampers ngan Atak*
Adam : Atak, atak, atak..
Umi : Akak cakap kat dia, ada katak kat pampers, tu yg dia tak nak pakai pampers dah
Mama : OooooOOoooooo.. Kataaaakkkkkkkkkkkkk..
Adam : Selembab betul la mama ni! *yg ni exaggerate*

So..eeiii suka nya suka nya.. Adam tak pakai pampers. Tapi umi pesan setiap 10 minit tanye kat dia nak kencing ke tak.. Aaaa..jenuh tiap 10 minit. Tapi takpe..

Balik rumah.. One time telah kebolosan di depan sliding door.. Tapi tak pe sayang.. Mama is still happy.. Nak kena bagi hadiah kat Adam ni.

Mama : Adam nak hadiah apa?
Adam : Edonal *sambil senyum2*

So kawan2.. sila teka apakah itu Edonal? Muehehehehehe...

Thursday, July 3, 2008

Boring sih..


It's now 6.55 pm.. masih kat ofis.. Boring gila. Gila pun tak boring macam ni punye gila boring. Tengah tunggu kereta hantar servis, dari pagi hantar sampai ke petang ni tak siap-siap. Lembeb sungguh. Kesian kat Adam dgn Dina. Semalam dah la lambat, hari ni pun lambat lagi. Mesti dalam hati diorg berbisik "Boring gila. Gila pun tak boring macam ni punye gila boring"...


This wiken ada besday party + aqiqah anak pada neighbour sebelah rumah. Apa nak bagi hadiah eh? Nasib baik girl, ada banyak choice sikit. Tapi bila nak beli hadiah nya? Esok dah hari jumaat, lusa dah majlisnya.. Takkan lah esok lepas kerja nak pergi merendek JJ dulu? Tak boleh lah.. Semalam dah lambat, hari ni dah lagi lambat, esok mana boleh lambat. Kesian mamat ngan awek ituh..


Tell me.. who can sampai hati nak tinggalkan ini face lama2?

Or this face?

Monday, June 30, 2008

Pengawal keselamatan


Rumah ai ada pengawal keselamatan. Ni dua makhluk ni dok jaga tangga. Satu tu beruk ai won masa main kat genting.. eh silap bukan ai won, my hubby won eh.. satu lagi tu beli time kat US. .simba namanye ye.. itu watak lion king tu aaa.. ai love lion king!

So dua ekor haiwan yg gagah perkasa ni ai tugaskan menjaga tangga. Dina lately dah jarang main kat tangga gara2 dua pengawal keselamatan ni. Sangat effektif dan jimat kos ye. Tak payah susah2 nak kuar duit bayar gaji. Dan tak payah susah2 nak jerit satu rumah "Dinaaaaa..tak nak main kat situuuuuuuuuuuuuuu". Sangat nyaring ok. Kalau neighbour sebelah dengar, ai mintak maaf banyak2. Ignore kan je. Nanti anak yu dah besar sikit, sikit lebih kurang macam ai jugak lah..

This is how ai punye house looks like when it's weekend. Tak guna kemas2kan masuk toys tu dalam bakul sebab tak berapa minit lepas tu, confirm akan digolekkan semula by Adam. So dari pagi diorg celik mata, sampai malam diorg lelap mata, begitulah rupanya my house. Redahhhh je..

Toys tu ada mcm2 rupa toys. Ada kenderaan beroda dan juga yg dah hilang roda. Ada beg superman. Beg tu umi belikan untuk adam. Ada apa lagi eh.. Ada toys McD Kungfu Panda 4 biji.. Adam sebut Kungfu Panda as Ku Ku Da Da.. Belasah le Adam..

Nampak tak buai pink tu? Tu dina tgh tido dgn syoknye.. Siang2 dia still tido buai sebab tak nak bagi abang nye mengganggu beauty sleep dia. Bila malam baru tak perlukan khidmat buai.

Tuesday, June 24, 2008

Cak!


Ha.. cuba teka sapa saya
Saya lah awek yg paling cun dalam rumah no 13, Puncak Alam
Saya lah awek yg paling di gilai oleh babah saya
Saya lah awek yg paling di rindui oleh mama saya
Saya lah awek yg paling suka berebut barang dgn abang saya

Ye sapa saya?

Semalam saya tido dgn mama saya.. Pukul 12 malam saya menangis nak susu.. Mama saya terkulat2 bangun nak siapkan susu untuk saya.. Sebelum tu dia tercari2 puting saya yg kaler hijau tu.. Eh tak jumpa la plak.. Dia tak tau yg saya dah sembunyikan puting tu dalam baju tido saya.. kekekeke.. Sampai dah pagi baru saya keluarkan dari dalam baju tidur saya.. Tu lah Mama ni! Asyik nak sumbat mulut saya dgn puting je tauuuuu..

Wednesday, June 18, 2008

Domam ye..

Monday baru ni i have to take EL.. reason being si adam demam since Ahad. Baru nak paste gambar si adam dgn muka monyoknye di sini..tapi hilang tah ke mana gambar tu hokey.. Kecewa betullll..

Pada ketika adam demam.. adik nye kena la main sorang2.. Awek ni game yg dia paling suka is letakkan barang dalam mulut dan mari kita merangkak ke sana dan ke siniii.. Bila benda tu jatuh dari mulut dia, dia akan pick up balik masuk mulut dan sambung merangkak.. Dah macam mak kucing dah rupanya..


Tido rambut tercacak ala trojan

Monday, June 9, 2008

Wiken activities

Menangis.. menangis..cry cry...


Tgk kartun..


Makan coco crunch..


Main toy baru beli 10 hinggit..

Lepak


Main..nyanyi..

Konon nak buat trademark on the phone..jari terkepot2...
Pendek kata.. Tak ada yg menarik wiken lepas.. Yg menarik cuma dapat ambik gambar adik tgh nangissss..wakakakaka...



Tuesday, June 3, 2008

Why Tomato?


Why tomato eh? Tomato is the nickname given by Umi to Dina. First time dia jumpa dina, dia dah panggil tomato.. Itu pipi dina sudah match dgn tomato.. sangat bulat dan berkilauan.. Ranum sekali..

Monday, June 2, 2008

Apa tu?



Apa ye adam buat masa lapang? With a pen/pencil, ni lah yg dia lukis. Macam cacing pun ada..

Lukis lah adam.. Jangan lukis kat dinding rumah mama ye sayanggggg....

New Look

Last thursday, adam had a haircut. Ni lah rupa nye lepas kena potong rambut. Masa kat barber tu, sibuk cakap geli geli, makanye jadilah rambut yg dipotong nye ini kurang semenggah di mata mama nya. Takpe lah..janji dah pendek..
While abang at barber's, adik nya tinggal kat rumah with mama. Sungguh kesian. Terbaring je tak ada mood nak main. Once abang dia balik, melompat bangun keriangannnn...yahhooo...