Thursday, August 13, 2009

Reality check..

Cuba korang tgk kat tepi tu..2009 wish list.. wish list lah kononnnn kan..

Satu apa pun tak kesampaian.. now dah bulan 8.. tinggal 4 bulan je lagi. Confirm tak kesampaian punya lah.. Meh kita buat reality check sikit..

New fridge - yg ni confirm not this year. Sebab? Sebab rasanya nak beli fridge lepas extend dapur tu sikit. So this one, postpone.
Adam enter kindy - yg ni nak suh masuk nursery pun menangis2, apa lagi nak gi kindy. So kita postpone this one next year, umur 5 tahun.
New sony digicam - sony lama still boleh guna tapiiii sangat malas nak ambik gambar. So fosfon jugak to next 2 years hehehe..
Makeover hall rumah - yg ni kita buat workaround lah. Instead of makeover dgn barang2 baru, kita rotate je le barang2 ada kat hall tu kan. Cuma nak tukar langsir, rod langsir and rak tv kalu dpt. Ni bukan total makeover, cuma persiapan nak raya.. ngehehehe..agak over jugak
Insurance for Dina - ok this one i still want it by end of this year. So korang kalau korang adalah agen insuran yg berjaya, sila contact saya. Jom join kita..!
Family hols langkawi - ni confirm not this year. Tahun depan pun belum tentu jugak sbb rasa nak pi S'pore next year.
R5 for PMS - muahahahaha... no comment.. Lu pikirlah sendiri..
Cat wira black - hmmm.. ni mungkin jadi mungkin tak jadi. Apa2 hal tunggu lepas raya.. Ni pun dah bengkok buat kereta wira tu, tayar baru 4 bijik campur dgn benda2 remeh nak kena tukar..dah lepas 1k dah..

So.. out of 8 dlm list tu, 6 dah kena slash, tinggal 2. Yg 2 tu, 1 dah confirm nak jugak jugak, yg lagi 1 tu, tgk keadaan persekitaran dulu ye..

Thursday, August 6, 2009

Dina princess barbie doll



Suka dia pakai mende tu kat kepala. Abang dia pun ikut excited. So mama panggil dina as princess semalam. But the abang nyampuk, "Barbie doll lahhhhh". Oh ok.. "Dina princess barbie doll".. i like!!!


p/s : Thanks to aunty dora

Wednesday, August 5, 2009

Apa ke jadahnya..

Dah lama nak cite pasal ni tapi asyik terlupa je. Menyampah betul la.. Pakej sukan astro tu naik harga woi. So my total bil for astro.. kalau dulu 59.95, harga baru jadi 71.95. Apa ke jadahnya???? Grrrrrrrrrrrrrrrrr...&*#^$&^

Justification dari astro, dia kata kos penyiaran sukan dah naik. Apa ke jadahnya???? Nak naik tu naik sikit2 tak boleh ke aaa? Mcm minyak haritu, naik seposen dua posen sikit2. Ni korang terus up another 12 hinggit. Mangkuk ayun betul..


So.. let's see.. Babah..u want sports channel ke??? *dgn nada ugut* kekekeke..

Tuesday, August 4, 2009

Transformmmm...

Semenjak ada dua anak kecik kat rumah ni, rumah ku dah tranform menjadi ala2 dlm kandang sikit. Kat hall tu.. menuju ke tangga ada pagar.

And ada satu lagi pagar dari hall menuju ke dapur. Pagar tu dah melekat kat situ ada lebih kurg 4 tahun.
Now adam dah 4 tahun, dina dah 2 tahun..i think it's about time to bukak the pagar. Yes.. last saturday, the day of me menyental rumah, pagar menuju ke dapur telah dgn rasminya di tanggalkan dari soketnya. Yippi.. baru la nampak mcm rumah sikit kan. Boleh la mama pasang bidai.. bidai ke apa namanya tu ha? Boleh la tu bidai..

Yg tinggal pagar ke tangga. Yg tu tak boleh bukak lagi sbb Dina masih terkedek2 naik tangga turun tangga.. Bahaya..

Satu pagar disimpan dgn kemasnya. Mana la tau ada next baby lagi kan.. Sementara tu, mak su, kalau mak su nak pinjam..boleh..tapi datang ambik sendiri lah ye.. Ngehehe..

Monday, August 3, 2009

Nyanyi kasi serak lagi

When was the last time korang beli CD lagu2? Me? Rasanya 5 years back kot. Masa tu beli CD lagu siti nurhaliza. Oh yes, i was a fan of ct dolu2 before dia kawin. Lepas dia kawin, dah kureng sikit lah..layan gitu2 je. Nak harap beli CD/kaset dia..jangan harap le beb.

So anyway, tahun ni ku terjebak. Last wik i went to Giant. Konon nak usha blouse/tudung baru lah kan. Alih2 terpandang Speedy punye kedai CD. Langsung teringat iklan kat tv pasal CD compilation Ella.. OK, that's it. Jom masuk beliiii...

Harga 30.90.. ada 2 keping CD.. ada berapa lagu eh.. puluh2 la plus 3 new songs. Yes, dulu i was a fan of ella also. Dari time sekolah2. And yes, i am still a fan of ella despite ke-manjaan dia yg kdg2 i think terover gediks. Masa sekolah, siap dpt tgk konsert dia ok. Masa tu dia dgn The Boys. Masa tu dia brutal la kan.. Duluuuu penah sekali ternampak dia dgn family dia kat Jusco Bukit Tinggi. Ye, my hubby try cuba2 nak provok ah suh i go and ambik gambar dgn dia. But no, saya pemalu org nye. Takpe..kita usha dari jauh je lah.. muehehe..

Anyway, back to the CD. The lagu baru tajuk Puisi Hamba, sgt meleret2 lagunya. But who cares? I want to hear lagu2 berantu dia dolu2. So dlm kereta, jom layan lagu Ellaaaaa.. Sampai serak2 suara dok nyanyi sama2.. Koooollllllll!!!!

Ella rockssss!!!

Entry yg dah basi

Sapa tgk keliwon semalam? *soalan ni patutnye ditujukan untuk last last week ye..harap maklum* Usually i dont watch tapi ntah kenapa semalam, adam tak bagi tukar channel tv3 tu, dia cakap dia nak tgk cite keliwon tu.. Idak le dia sebut keliwon kan, dia cakap nak tgk cite hantu tu. Ah sudaahhhhhh..terpaksa la layan sama dia..

Semalam kisah nye pasal Saka. The mother died, forcing the daughter to bela the saka for her. The daughter tu lakonan Fasha Sanda.. The mother a.k.a the Saka lakonan Khatijah Tan. So after the mother died, tinggallah saka tu dibela by the anak. Tiap malam keliwon, anak nye kena pergi jadi hantu tanggal kepala nak hisap darah for the saka. Kesian dia. Tgh2 dating makan kat kedai, lari tinggalkan the guy sbb kepala nak tercabut. Kelakar ke? Dah mcm kartun plak lari2 pegang kepala nak tercabut. Apa kesudahannya? Tentu la sudahnye saka tu berjaya dicabut keluar dari badan the daughter by a young ustaz. Sungguh young ye. Sangat tak convincing mamat tu berlakon jadi ustaz. Cari le pelakon matang sikit...

Alkisahnya malam jumaat tgk keliwon, di paksa by Adam and babah. Kesiannnn...

p/s : Malam jumaat last week punye keliwon was about keranda terbang. But this time around, saya dah bijak. Baik ku layan tidur dgn Dina. Bukak2 mata keliwon dah habis.. yippi..

Wednesday, July 29, 2009

Dilanda Ribut Topan

Dah macam di landa garuda dah blog ni.. Sunyi sepi tak ada bunyi. Lately, blog access dari ofis adalah lembab selembab2nye.. Dgr katanye diorg limitkan bandwidth access to outside.. Adakah itu betul? I have no idea.. Tapi bila access time2 ni (now dah pukul 6.30 pm), laju la plak. So i think betullah kot kan sbb ramai dah pulang rumah, aku je tak reti2 nak balik rumah oiiiii..

Anyway, there's nothing much to cerita about. Last wiken Adam went for Boys' Day Out with Babah to PD. Seronok gila dia dpt mandi kolam. Dapat mandi laut. Balik2 sampai rumah dah tak larat bukak mata. Adik nye la kesian kena tinggal kat rumah dgn mama. So we had a very long Girls' talk at home. More like bebelan yg panjang kot..

Where is my B.. B oh B.. My vitamin B

Tuesday, July 14, 2009

eToyol

Sapa tau lagu toyol nyanyi by Arwah Sudirman? Lepas tu lagu tu direnewkan lagi by Aznil Hj Nawawi. Adam and Dina is so much in love dgn lagu tu. Even before cite eToyol.com kat tv3 tu ha. So bila keluar cite toyol tu kat tv3, apa lagik..mulut tak habis2 dok menyanyi lagu tu. Sambil tu dipaksa nye mama nya nyanyi sama.. "Ma, lagu toyol ma"

Jeng jeng jengggg..mama nye pun nyanyilah..

Toyolll
Dia datang padaku berlari lari
Tolong
Ke mana kan ku pergi
Toyollll
Kenapa pula aku yg engkau cari
Tolong
Rupanya hodoh wow wow wow wowwwww

Tiba2 aku rasa sakit di kepala
Terjatuh dari katilku
Sungguh besar benjolnya

Rupa2nye ku bermimpi
Tidur tadi aku tak basuh kaki
Mimpi mimpi

Aaaaa..tu cuma sedutan sikit je dari lagu dia.. Kalau mama nye tengah nyanyi, harus la ada backup singers dia kan. Tukang sambut hujung2 tu adam dgn dina lah.. Lagu penuh dia, lagi panjang. Korang google2 lah sendiri kalau nak dgr lagu dia mcamana. Jangan ada plak yg datang jumpa aku kat ofis "Zah, lagu toyol zah".. Ada aku sepuk kang..

So korang follow ke cite tu kat tv3? Show tu tiap hari isnin 3.30 -4.30 pm. Tapi malam ada siaran ulangan kat tv9 from 8.30-9.30pm. Even though adam dah tgk petang tu kat tv3, dia still nak tgk jugak yg ulangan malam2. Citenye berkisar psl toyol lah. Dah tajuk pun toyol kan, takkan tajuk toyol keluar cerita ala2 Tragedi Oktober erra awie plak kan. Kalau nak cerite, panjang cerita ni. Dah nama pun cerita bersiri kan. So kalau korang nak tgk, korang usha2 la tv tu malam2.. Takde la seram..ada unsur2 komedi sikit. Toyol yg dah berevolusi katanya. Siap main PS2 lagi tuh.. Canggih tak canggihhhhh..???

Monday, July 13, 2009

Jiwang karat

Lama tak ada UP kan gambar adam and dina kan. Adam sgt gila dgn transformer dia. Haritu call tok abah & mak tok nya, sibuk cerita dia ada CD transformer. Siap janji nak bawak balik rumah tok abahnye. Cik abang oi, bila masa mama promise u balik kampung nih? Oh yes, kita nak balik awal august kan kan.. by that time CD tu dah jadi ikan pekasam, lunyaiiiii dibuatnya..



Dina plak sibuk dgn dgn apa ye? Dia tu sibuk dgn apa yg abang dia sibukkan. Copycat betul. Idola dia la tu kiranya. Semalam malam, normally kalau dia dpt susu sebotol, dia akan cakap "Nak tido". Nanti dia katupla matanya. Posisi memang sebelah me, always. But kalau dia dtg perangai mencari babahnye, mcm semalam, lepas habis susu dia, dia duduk katak, "Nak tido ngan babah". Terus dia bangun, peluk bantal busuk dia sebelah kanan, sebelah kiri plak tarik bantal tido yg besar gabak tu. Selamba je dia heret pergi kat babah dia. Letak bantal, bummmmm terus lelap okey. Sungguh ku tergores. Sadis..

Tapi apa2 pun.. i love u both. Miss u two..although kalau kita kat rumah, mcm nak roboh rumah tu dibuatnye sebab mamanye kaki jerit.. Muah babiesss.. Asal aku jiwang hari ni?




Thursday, July 2, 2009

Cite bonet kereta

Hari ni kita cite kisah bonet kereta. Tadi pergi makan dgn kawan2 ofis sedepartment. Wah seronok seronok.. dapat lunch kat luar. Nak harap lunch kat dlm ni, hidup segan mati tak mahu. Ngeri ohhhhh..

So dgn gumbiranya..jommm kita pi makan. A friend drove her car. Sebuah kereta wira special edition. Cunnn kaler itam berkilat. So jommm naik kereta. 4 orang sekereta. Me and another friend, idora who used to have a blog tapi dah katup, duduk kat belakang.

So naik, tutup pintu. Duk diam2. Sambil2 tu kutuk owner kereta, apa ni ada helmet dlm kereta. Oooo..helmet husband dia. Tadi pagi dia hantar husband nye ke ofis sbb hari kan hujan. Isteri mithali woh.. Oh yes, dora offer nak pakai helmet tu dalam kereta.. Ko pakai dora..memang aku tak ngaku kawan..

Kereta bergerak gostan gostan. Forward ke depan. Ok kita keluaar dari pagar ofis. Mulut masing2 pot pet pot pet. Alih2, i feel lain macam lah. Tgk muka dora. "EEehhhhhhhhhh bonet terbukakkk!!!!"

Kekekeke.. ye kawan2. Bonet kereta owner kita terbukak seluas2nya. Dah gayak nak jadi transformers ok.. Autobotttt..transform!!!!

Kitorg dlm kereta gelak nak pecah perut!!!!! Tu kitorg yg dlm kereta, apa plak kata mereka yg nampak kitorg yg di dalam kereta yg ingin berubah menjadi transformer??? Lawak lawak.. you make my day lah Puan AYA!!!!

Monday, June 29, 2009

Mari nyanyi sama Adam

Mama : Happy birthdayyy *mute*
Adam : *sambut* To youuuuuuuuuuuuu...

Mama : Selamat Hariiii *mute*
Adam : *sambut* Ibuuuuuuuuuuuuu..

Suka Suka...Bagus bagussss...

Monday, June 22, 2009

Penyakit berjangkit

Dekat paper, tv semua tgh sibuk cerita pasla H1N1 kan. Kat malaysia tercinta ni, dah 40 confirmed cases sampaikan ada sekolah yg kena tutup seminggu sbb H1N1. Sure seronok budak2 sekolah tu kan sebab tak payah pergi sekolah beb!! Org sibuk cite pasal penyakit, alih2 aku sibuk cite budak sekolah tu seronok dpt sambung cuti.. apakah??

Anyway, aku nak cite wabak kat area rumah aku.. Berjangkit2. Uncontrollable.

Bulan 3 haritu, kakak depan rumah tu dah selamat. Baru last 3 to 4 weeks, neighbour sebelah kiri pun dah selamat. Bulan 7, neighbour belah kanan pulak akan selamat. Bulan 9, neighbour selang 3 biji rumah jugak akan selamat. And then neighbour baru depan rumah selang 3 bijik pun nak selamat.. Fuh...

Selamat apa?

Selamat hari raya? Selamat hari guru? NO NO..

Actuallynya, selamat melahirkan babyyyy... Sekali dlm setahun ada 5 baby ok kat lorong rumah tu..

Masa tahun adam, 2005 ada 3 babies... 1 boy 2 girls..
Time dina 2007.. ada 2 baby girlsss..

Last year no babies.. masing2 sibuk buat baby kot..tu yg 2009 baby boom utk lorong rumah Azah... *nama lorong rumah di rahsiakan atas sebab2 keselamatan*


Friday, June 19, 2009

Bersawang tuuu..

Lately blog ni tak berusik. Kenapa tak berusik? Sebab M.A.L.A.S

Ye.. M.A.L.A.S

Bukan takat M.A.L.A.S, campur dgn sakit kepala, selsema and batuk yg berpekej2 nih.. Menambahkan rasa benci nak tgk laptop ni.

Awas!!! Jangan ada yg come out with spekulasi2..

M.A.L.A.S tetap M.A.L.A.S


Kay punya tag pun belum terjawab ni.. len kali la kay eh..

Monday, June 8, 2009

SYABAS..Bil air anda meriah


Di suatu petang yg panas, pulang dari kerja, mengambil anak2 dari rumah acik.. kelihatan sekeping bil di selitkan di pintu pagar rumah. Oooo.. bil air agaknya tu. Bil air apa ada hal kan, semenjak2 SYABAS bagi free for the first 20m padu tu, i dont need to pay any water bill pun. Dulu2 my bill was like 5 to 6 ringgit saje.

Akan tatapiiii.. apakah betul apa yg ku lihat di bil itu? RM442???? Macam nak gugur jantung ku... Makanye setelah di belek2 area rumah tu, ropa2nya ada kebocoran lahhhh.. Boleh nampak air tu turun ikut longkang.. Aisehhhhmengggg.. Apa ni.. Kena makan dgn tikus mondok ke apa batang paip tu?

So i googled around nak tgk what others say about this. Ada tu cakap, boleh buat rayuan untuk dikecualikan bayar, provided we called SYABAS certified plumber to do the work. Ada tu plak cakap, tak boleh buat rayuan, but boleh appeal utk bayar secara ansuran sahaja.

So, saya call PUSPEL hari sabtu. The customer service tu cakap "Sejak awal tahun ni, tiada rayuan untuk pengecualian ye puan".. Jadahnye..

So lepas tu we called a SYABAS certified plumber kat area berdekatan.. dia kata nanti dia dtg tgk dulu. Sampai matahari dah turun, bayang pun tak nampak ok.. Jadahnye..

So we called the brother yg selalu dtg potong rumput rumah kitorg. Dia dtg and say.. dia ambik upah 100. So ok lah ok lah.. sila proceed bang.. Tak boleh tahan wohhhhh..main keje tutup bukak main pipe je.

Petang ahad dia dtg.. around 4 mcm tu lah.. Pass 5, tak siap. Pass 6 tak siap. Pass 7 dia tanye, "Air dlm tangki dah kosong ye".. Yeeeeee..air dalam tangki dah kosong yekkkk..so kalau the brother tak siapkan keje tu malam ni jugak..makanye ada yg pegi keje tak mandi.. *ada can EL yeah yeahhh*

Brother tu cakap.."ada masalah lah. Spare part tak dpt nak cari. Kedai hardware tutup". OK understood. Hari ahad kan. Kalau mcm tu, letak balik la parts yg lama tu. At least ada jugak air kat dapur. Tatapi.. tak boleh le plak.. Part lama tu udah tak boleh masukkan balik. Adohaiiiii...

So conclusion nye.. kena pasang getah paip dari luar..sambung masuk ikut tingkap dapur.. masuk bilik air.. Aaaaa ko.. kul 9pm++ baru boleh mandi. Budak2 punye mandi, kena angkut air dari luar. Kesian diorg nunggu nak mandi dgn hari yg panasss.. So nak tak nak, angkut lah dulu sementara getah panjang sampai...

Begitulah ceritenye hari yg panas di hari ahad. Hari ni brother tu sambung buat kerja. Harap2 balik nanti, semua settle. Boleh mandi dgn suka rianyeeee...

Lepas ni nak ke SYABAS plak... we'll see apa pegawai tu kata. But, ni tugas the other half lah. Lagipun bil tu nama dia hehehe.. So biar dia kasi gegarrrrr itu SYABAS..!!!

Friday, May 29, 2009

Muzik di hati kami


Adam lately ni dok kecek piano dgn mamanye. So untuk tidak menghampakan harapan dan impiannya, maka mama nye bertungkus lumus keje siang malam pagi petang nak belikan piano untuknye.. Fuhhh..mana tau boleh jadi legend kan..

So hari sabtu, jom kita ke JJ cari piano. Lalalala... Aaaaa..jumpaaa ok.. Harga nye 49.90. Ye betul. Read that again 49.90. Bukan beribu2 mcm korang pikirkan. Apa ingat mamanye beli piano yg bagak tu ke? Kalau piano tu la masuk rumah.. huhhhh..muat ke masuk pintu rumah?? Wahaha..

Semenjak ada piano dlm rumah... the whole family dah jadi gila musik. Adam mmg tak lekang lah dari pianonye. So mama nye kena main pujuk rayu nak pinjam kejap. Lepas dpt piano dari adam, dapatlah mama nye mencari note utk lagu Happy Birthday..kekeke.. Dan maka nye, babah nye pun berangan boleh cipta lagu.. siap ajar mcmana nak rekording kat piano tu..

Siap berangan nak hantar adam kelas muzik. Mama nak suh belajar gitar. Babah kata, belajar gitar tepi longkang je lahhh.. belajar main drum lah. Apa?? Tepi longkang???? Adam tak boleh lepak tepi longkang okeyyyyyy... Duduk rumah baca buku! No lepak2 bawah kolong ke...tepi longkang ke..!! Ada pahammm..

p/s : Wahai kay..why lah u tagged me.. adohaiii..







Wednesday, May 27, 2009

Tersasul

Dina panggil babysitter nye as Acik..

So, semalam tgh syok tido dgn Dina..tiba2..


"Acik, nak tutu"


Adohaiiii.. Oh halloooo cik dina.. this is your mama okehhhhhh..

Cettttt...!!!!


Senjak dua menjak ni.. memang perasan lah Dina ni dok tersasul je panggil mama as acik. Acik dah mandrem Dina ke apa ni..hehehe.. Adam kemain gelak kalau dgr dina panggil mama as acik. Oh sungguh ku jeles okeh. Tu baru spent time dgn acik on weekdays jek.. which is 12 hours a day lah lebih kurg... Kalo ada bibik kat rumah yg dok belek dia 24 by 7... huhhhhh.. mau dia panggil mama as bibik gak.. Kan Pah kan kannnn..





Monday, May 25, 2009

Sepetang dating di PA

Hari friday lepas, gi dating makan2 ngan man kat kedai kat puncak alam tu je.. So a conversation took place..

Babah : Nak order apa utk adam dgn dina ni?
Mama : Bihun goreng je..
Babah : Dik dik *panggil org kedai tu*
Mama : Bungkuskan bihun goreng satu eh
Babah : Tak nak daun bawang

Errrr... daun bawang??

Bawang goreng daaaaaaaaaaa....!!!


Tuesday, May 12, 2009

Mari menyanyi..

Hari ni rasa nak buat entry berlagu lah..


Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan
hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata
Dan hapus semua sesalku


Friday, May 8, 2009

Tak busy lah

Baru-baru ni dpt SMS dari seorang peminat blog saya *peminat mendenyeeeee... padahal adik kandung sendiri..muahaha*. SMS berbunyik

"Bz ke?? da jarang wat blog..."

No lah.. mana ada busy.. mcm biasa je.. Yg beza dulu dgn sekarang is the other half skang selalu ajak balik awal. Dulu2 kena tunggu dia habis kerja, habis masuk gym.. so dlm 6.3o baru nak sampai ofis ni. Between 5.30 to 6.30 tu, dpt la saya menghapdet blog ni kan..

Ye.. saya tidak menghapdet time ofis berkerja ye. Paling2 pun pagi2 buta getik sebelum start ofis, atau time lunch dan lepas ofis hour. Sesungguh nya saya pekerja berhemahhhh.. percayalah!!!!!

Wednesday, May 6, 2009

Kenangankuuu Bersamamuuu

Tiba2 rasa nak Google my high school lah. So jom kita google, Sek Men Seri Perak. Tadaaaa..


I attended SMSP tahun 1987. Masuk masa tu 1RK1. Pelik tak? RK tu rancangan khas untuk mereka2 yg dapat good result in penilaian darjah 5 tapi tak dpt nak masuk sekolah berasrama penuh. Aaaa gituuuuu.. Starts with 1Rk1, 2RK1, 3RK1. Habis SRP, masuk science stream plak. Form 4Sc1, diakhiri dgn 5SC1.

Nama cikgu? Aaaaa.. ni yg paling susah nak ingat nihhhh.. Form 1 and 2 dapat Cikgu Yusuf. Form 3 Cikgu Noraini. Form 4 and 5, alamak tak ingat. I can remember muka cikgu tu tapi eiiii tak ingatnye nama diaaaaa.. kejam kah aku? Cikgu disiplin masa sekolah was Cikgu hashim. Garang wooooo.. Serammmm...

Kawan2 masa sekolah mmg best. Dah la kena duk hostel from form 1 to 3. Macam2 le perangai. Ada yg boleh nampak hantu pun ada.. Sungguh misteri nusantara betul. Dah le hostel tu tepi hutan.. Seram je kalau malam2..

Aktiviti2 time sekolah ni yg best. Masa sekolah dulu, i love sukan. Lagi2 kalau berlari sprint. Wah gitu.. mmg tak nak lepas peluang.. Cobaan nak masuk 100M tu amatla susah. Asyik2 every year dpt 4x100, 200, 400, 4x400. Itu je aku dok bolot. Tapiiii nak 100M tak dapat2 sampai la form 4 ke 5 eh. Itu je la sekali dpt masuk. Excited tak hingat!!! Vangga vangga..kembang kempis hidung rasanye walaupun tak juara hehehe..

Lepas tu aktiviti berkawad PBSM. Sangat suka ok. Time tu hitam kilat kena matahari pun tak kisah, nak berkawad punya pasal. Lagipun PBSM masa tu top ok. Kalau masuk kawad time sukan sekolah, confirm menang lah. Kadet polis pun kalah beb *untuk makluman, kadet polis tak layak bertanding sbb nama pun kadet polis kan, kalau kadet polis masuk, habis la kitorg*

Kenangan yg paling tak boleh lupa? Kalau tanye korang, sure korang tu kenangan tak boleh lupa is cinta monyet kan kan??? Not for me lah. Dah le muka seposen, badan cikeding lah tu kat sekolah, sapa lah yg nak kan.. Rasanye masa sekolah tu, semua kenangan terindah lah. Each seconds tu mcm rasa sungguh best *kononnnnnnn*

Diakhiri entry ini dgn lagu sekolah..

Kami Pelajar Sekolah Seri Perak
Tumpukan Tenaga Pastikan Tetap Berjaya*
Tujuan Kami Bersih, Suci, dan Murni
Nama yang Tertinggi Tetap Kami Hormati
Marilah Kita Bekerjasama (Chorus)
Tinggikan Taraf Kita
Buktikan Setia Setiap Masa
Kuatkan Semangat cita-cita
Kami Pelajar Perlu Pimpinan Murni
Semangat Berkobar untuk Bangsa dan Negara

Rasa berkobar2 plak niiii..