Friday, February 20, 2009

Pagi yg indah

This morning pegi keje, cubaan mencilok by hubby telah menggabra kan sorg umat di jalan raya ni.

Masa tu lepas tol bukit jelutong tu. Korang yg lalu kat situ sure tau mcmana hebatnye jem kat situ kan. So mcm biasa.. dari belah kanan, hubby membuka langkah nak mencilok ke kiri. Alih2 ada sebijik persona ni betul2 belah kiri kitorg, di drive oleh seorang lelaki melayu ni, terus mengcrash boom bang 4-wheel drive depan dia tu! Ni confirm kes kedekut ok. Kedekut nak bagi kitorg cilok Q dia. Alih2 dia pi langgar kereta depan tu... Lepas tu yg turun dari kereta depan tu, askar lak siap pakai uniform, turun dgn mengunyah chewing gum pagi2 tu. Macam gangster gayaknye. Mau tak gabra muka umat yg melanggar tu.

So apa kitorg buat?? Kitorg blah ah..tunggu apaaaa

Salah kitorg ke? Bukan kan kan kan..


Last day HK..yippi yabedabedu

Day 4 HK, yahooooooooooooooo.. Last day!!!!!!!

Kalau korang boleh notice, belakang tu masjid


Pagi2 gi terjah kedai subenir lagi. Last minit ngabiskan duit HK.



Kat airport.. yg muka asing2 dari kitorg tu., to tourist guide kat sana.. Emil and and..sapa eh..lupa lah.. Kitorg kalau berjalan, berjalan la 6 sekawan nih.. Meh introduce sikit.. 3 dari kiri tu, sales dealer dari Ganu..Rosni namanya. 5th dari kiri, tu hazlin, mamat warranty. Sebelah dia, Asram, dari finance. Jeket merah, Aida dari HR and ujung kanan sekali tu Ina dari finance.


Kul 11am dah gerak ke airport. Yihhhaaaaaaaa... Kuala Lumpur, here i come!!!! Flight berlepas kul 2+pm. Kali ni flight MH73 is besarrrrrr.. Dah le tak ramai orang. Layan tv dia mmg syok sbb dapat 1 tv each kan. Tukar2 channel, and me layan House. Lepas makan, tido. Indahnye....


Touch down at 6pm. Dgn segera claim baggage. Then, lepas peluk cium kenkawan dari Tengganu sorg tu, off i went mencari kereta ku. Dgn kenkawan HQ, tak payah le nak peluk cium kan. Esok2 jumpa balik kat ofis, gaduh2 semula..


Sampai rumah dlm kul 7 lebih, ambik Dina. Aaaaaa..peluk peluk cium cium. Terimakasih Umiiiiiiiiii!!!


Thank you babah sebab jaga Adam!!! Lepas ni kita jalan sama2 ok.. Nak pegi mana ye??? Indonesia kahhhhh.. Soping sopingggggg... bestnyeeee..

Aku tau aku tau.. korang sure tak puas tgk gambar2 kan? Sebab gambar2 ni bukan aku yg punyaaa.. Hazlin yg punya..muehehe.. Yg from my camera, belum masuk lappy lagi daaa.. Gila malas nak cari kabel.. mintak maaflah ye kawan2.. Esok2 gambar dah masuk, i fill in the entry only with gambar, no cerita ceriti ok..

Daaaa..






Mulanya di sini

Disebabkan esok is my anniversary.. agak2 nye ada tak org nak tau mcmana kitorg bertemu? Ala..kalau korang tak nak tau pun, aku nak cerita jugak. Pedulik apa.. rasa2 nak muntah hijau, pegi cari besen. Yg kat ofis tu, tolong jgn ambik tong sampah, nanti kena marah dgn Kak nor baru padan muka..

It all happened, around 14 yrs back ke eh? Siyes tak ingat date first time jumpa. Tak mcm korang kan, sure boleh ingat exact date kan kan. Masa tu kerja kat satu company besar kat shah alam ni. Both of us dlm building yg sama, tapi lain company but same parent company. Company apa tu? Lu pikirlah sendiri ye...

Cara kitorg kenal tak ada yg special pun. Start with kirim salam. Auw..ngada2 nye nak kirim salam. Lepas tu ajak makan lunch. Pastu ajak makan dinner. Pastu ajak nonton bola sepak sama2. Pastu tolong hantarkan balik rumah dari ofis. Ngehehehehe.. syok2.. ada org datang ambik pergi kerja.. Lepas tuuuuu, dia bawak pergi jumpa mak nya. Lepas tu, dia dtg jumpa my parents. Lepas tu tunang setahun and we got married on 21st Feb 1999 di Teluk Intan, Perak.

Simple je kan? Korang punye saat perkenalan lagi mesti mcm2 kan? Cuba cite sikit. Ah kay, kay tak payah cite. Dah tau dah.. ;)

Lepas ni kita buat entry on the 21st Feb 1999 itself ok..


Wednesday, February 18, 2009

Day 3 HK...

Day 3 di HK dimulai dgn makan pagi roti dan telur. Dah 2 hari makan telur manjang. Balik rumah lepas ni, sebulan tak nak makan telur oi..


First trip, off we went to Star Avenue. Alaaaa.. yg bekas tapak tangan super2star kat atas walkway tu. Boring ah. Tak kuasa nak jalan sampai habis.. agaknye dlm quarter way je kot kitorg dah patah balik naik bas tunggu yg lain2. Pose dalam bas pun ada bagusnye..


Lepas tu Ginseng Shop. Merasa la minum teh ginseng secawan. Pahit amat. Kat sini kejap je sebab lepas tu nak gerak ke disneyland. Excited ke? Hmmmm..tak le sgt. Lain la 12-13 yrs ago masa time2 belajar dulu kan. Gile excited nak masuk disneyland. Ni..ala suam2 kuku je lah. Lain la bawak budak2 kan. Kat disney, bnyk pose dari naik ride kot. Makan pun susah wo. So korang kalau nak gi disneyland HK ni bawak budak2, payah le sikit especially pasal food kan. Budak2 bukan kira, kalau dah lapar tu, nak jugak makan.


Kat disney ni duduk lama sih! Dari lunch time sampai 8pm. Lenguh2 kaki dibuatnye. Naik berapa ride eh? Satu ride yg best and power and the rest ride yg bodoh.. Ngehehehehe.. Ada ke duk Q panjang2 dekat 45 minits, naik ride winnie the pooh..boleh boleh??? Tak adventure langsung.. Hazlin ah niiiii...



Konon mcm excited lah ni naik ride tu.. apa nama ride tah..lupa daaa.. Masing2 jerit tak hingat. Bukan jerit kengerian.. jerit sbb takut basah!!! Tak senonoh. Anak mat saleh kat tepi kitorg pelik je tgk..


Tomorrowland ni salah satu land kat Disney tu. Kat sini yg ada ride ngeri tu. Yg ride winnie the pooh tu kat fantasy land. Untuk kanak2 bawah umur tu..


Exactly 8 pm ada show bunga api. Dalam 12 minit gitu. OK ler..boleh la layan..

Kuar dari disney, perut dah keroncong. Sampai hotel around 9++ p. Lapar niiiiii.. So kitorg cari halal food area2 hotel tu. Dapat le kedai kebab Turkey ni.. sedap jugak cuma nasi dia berkanji gila.. Ni kalau balik mesia ni, memang berdendam dgn nasi niiiii..


Lepas dah kenyang, boleh la round2 shops2 kat situ. Tapi banyak kedai dah tutup. So kitorg tgk dari luar je lah. Kesiannya.. Kempunan shopping gi sana.. Baru ingat nak beli LV, Coach.. ecehhhhh.. nak mimpi pun tak dpt, apa lagi nak beli weh..


Again, kul 12 baru balik hotel. Penat gile. Mandi2 *gigih tu mandi tgh2 malam buta* dan tido ZZZzzzzzZZZZzzz...

Day 2 HK

Day 2 di HK dimulai dgn mandi pagi bla bla bla. Turun bfast around 8 am dgn kawan2. Apa yg boleh di makan time ni? Roti dan telur.. tu saje.. lain kalau korang nak makan, sila lah, takde org nak larang pun.. Paling kuat pun kena jeling je..

Dalam pukul 9 start naik bas. Ada 2 coaches sbb 60+ org kan. First visit is to Golden Bauhinia square. Ambik gambar ramai2 dan gambar tak ramai2. Kat situ tak ada apa..except view je lah. Boleh nampak HK tallest building.. 88 storeys above. KLCC berapa storey eh? Google google..

Lepas tu ke Aberdeen Fishing Village. Sini kampung atas air. Takde apa yg best pun. Naik tongkang pusing2, belakang kena caj HK50. Cesss.. Tak rela aku..

Then off we go to HK Jewellery Shop. Pun tak best. Apa ingat aku bawak duit ribu riban ke nak beli diamond or jed? Tapi ramai gak yg membeli. Men mostly. Beli utk wife kat rumah kot. Ada tu beli untuk daughter. Kira sapa keluar dari situ bawak beg kecik Jewellery Shop tu, kitorg kagum ahhhhh..



Lepas tu ke Ocean park. Sini mcm genting theme park tu lah. Naik kabel segala. Ngeri jugak tapi tak sengeri kabel kar langkawi ok. Rides kat sini ala2 je lah. Kalau bawak budak2 suka la diorg. Ni dah umur 30+ ni, tak kuasa rasanye nak Q panjang2 naik rides. Eh apesal gambar atas tu tak ada muka tuan punya blog eh? Oooo..sbb tuan punye blog ambik gambar diorg ni daaa..



Sesi makan kenduri McD.. Lapar beb

Dah petang around 5 kitorg gerak ke Victoria Peak. Sini just nak tgk view HK di waktu malam. Sejuk yg amat kat sini. Reminds me of Niagara Falls beb! Sejukkkkkk bestnyeeeee...

Lepas tu beramai2 dinner dekat chinese muslim canteen ni. Tak ingat lah nama tempat. But the food was good. Agaknye sbb lapar gile tak jumpa nasi dari pagi kan. Masakan ala2 chinese but sedapppppp.. i like.. ke aku yg exaggerate sbb lapar berdengung..



Sampai hotel dah around 9++ pm. Singgah ke Ladies market. LM ni mcm petaling street la kat malaysia. Sejibik! Takat nak beli subenir keychain, baju i love hong kong ke... worth the money lah.. Tapi kat sini kitorg kena paw jugak lah. Stop kat satu kedai ni jual fridge magnet HK50 dapat 3 ketul. Dia letak harga seketul tu HK20. So kenkonon dah good deal lah tu kan. Masing2 dah beli, gerak ke satu kedai ni plak. Tau dia bagi berapa??? HK50 for 6 ok.. Bengong! Tertipu aku rupanya!!!

Habis beli2an, sampai hotel around 12 midnight. Kelenguhan kaki. Mandi dan tidooo..Zzzzzz..tak ingat dunia dah sampai jam bunyi pagi getik..

Eh apa korang ingat i takde calling2 back home ke? Of course le ada.. siap beli prepaid kat sana ok.. Ngam2 habis prepaid tu on day 4 kat HK. Sgt efficient. I like.
End of day 2....

Tuesday, February 17, 2009

Pre-anny entry

Eeeiii malasnya nak upload gambar HK.. boleh???

Cite HK to be continued boleh tak? Actually dah readi dah kat draft tapi gambar tak masuk lagi. Kang ada yg termuntah hijau lak boring baca story without gambar kan kan..

Ni nak story nih.. this saturday will be a very special day. 21st Feb marks our 10th year anniversary as husband and wife. Rasa mcm baru semalam je bersanding atas pelamin tu. Auw..

Tapi kan entry ni kalau disulami dgn gambar sanding 10 yrs ago sure lagi best kan. Nanti lah i'll try korek2 album tgk gambar kawin. Eh tak payah korek pun tak pe, boleh snap gambar yg tergantung kat dinding kat rumah tu. Ha next week ye kawan2..tunggguuuuu..

Talking about 10 years, tak sangka dah lama gitu kitorg hidup melayari alam rumahtangga kan.. Ada ups and downs. Yg down tu tak payah cerita lah kan. Tapi takpe, semua tu ada hikmahnya. Aku redha..eceh..

Yg ups? Dah tentu la the day Adam and Dina was born. Now ni bila tgk baby, eeeiii geramnyaaaa.. Rasa mcam nak sorg lagi lah.. Tapi kita kena perfikiran rational sikit lah kan.. Tunggu la yg dua org tomatos ni besar2 sikit. Pastu tgk keadaan ekonomi. Penting tu. Maklumlah, nak hantar anak bagi org jaga bukan nye singgit dua hinggit je kan kan.. Kang yg menjaga tu pun boring, tiap2 tahun bertambah sorg lagik! Penat dia nak melayan..

So to my other half, happy pre-anniversary yang!!! Boleh????


Friday, February 13, 2009

Day 1 in HK

Sedih betul la day 1 ni sbb adik kena tinggal dgn Umi. Dia punya la excited naik kereta tu ingatkan nak pergi jalan2 kot. Alih2 kena pi rumah umi. Sedih je muka dia.. Oh tidaksssss..

Adam kena tinggal dgn babah. So dapat la dia ikut pergi KLIA. Sampai KLIA tu, alamak sayunyaaaaa nak lambai2 bye2 kat dia.. Uwaaaaaaaaaaaa... Ni mama nye yg nangis ke anaknye yg menangis..?

Dekat KLIa menunggu dekat 2 jam jugak. Ni first time ni merasa naik flight ikut KLIA.. Hebat! Cuma kalau org2 tua nak berjalan kat situ..adeh letih la kan..

Ramai jugak yg pergi trip ni.. Around 60+. Flight bertolak.. silaps.. berlepas on 6++ pm. Dalam flight mmg boring yg amat. Nak makan pun tak lalu nye nasi goreng dia tuuuuu.. Rindukah? Agaknye kot.. Tapi minah duk sebelah tu, sgt concern. Dia cakap makan sikit, nanti perut kosong, macamana mau jalan. Oh macam mak2 gituk gayaknye. So I ate roti je lah. Alas perut. Dah le terlupa nak bawak maggi ke apa dlm beg.. Macamana boleh lupa ni?? Sengal lah..

Sampai HK around 10.30pm. Gitu gini gitu gini sampai Kimberley hotel around 12++ gak. Ngantuk and tired. But ada jugak tu yg ajak2 round dah malam2 buta gitu. Tak larat weh. Masuk bilik hotel, ketiduran keayaman. Biasa la kan first day, mana boleh nak tido nyenyak2. Dah le tido bilik sorg satu, so on kan lampu kat foyer, tv dok on sepanjang malam. Lantak kau la nak cakap cina dlm tu, sepatah haram tak paham kan. At least boleh la jadi teman sebilik..

End day 1.

nota kakiku : Gambar tak masuk dlm lappy lagi ni..korang sanggup ke baca cite HK without gambar nih?


Friday, February 6, 2009

HK, here i come

Blog tomatomerah akan kesunyian untuk 4 hari yg berikutnye.

Why ye?

Gara2 passport itu lah..

Saya akan terbang ke Hong Kong hari ini jam 6 petang. 4 petang dah nak kena ada di KLIA. Tapi tak masuk ofis lah esok. Buat penat badan je nanti nak terkejar sana sini kan. So elok duk rumah dgn budak2, petang baru hantar kat Umi dia.

Sedihnya nak tinggalkan diorg. Tapi bila dikenang2kan, dah dpt peluang pergi berjalan ni fully sponsored, rebutlah peluang itu. Umi pun rela nak jaga diorg, so anak2 ku Adam and Dina, jaga diri baik2. Jangan nakal2. But i know Adam tu kalau dgn Umi sangat menurut perintah OK. Dina, jangan suka merajuk ye sayang.

Hari monday kita ketemu semula. Babah, jangan lupa bawak adam pergi KLIA hari isnin yeee... Tak sabarnye nak touch down malaysia.. Belum pergi dah tak sabar nak touchdown.. Apa daaaa..


Thursday, February 5, 2009

Punch the punch card

Misi Punch card biru tercapai utk bulan Jan 09..

Yeszaaaaaaa...!!!!

Good work Azah.. *Dah tak ada org lain nak puji, puji diri sendiri lah ye*

Tadi almost tak sempat nak biru, tapi sempat jugak akhirnye. Minyak kete dah blink blink, tapi nasib baik husband amat memahami situasi keadaan. So dia tak nyinggah isi minyak dulu. Nanti2 dia isi lah tu..

Thanks husband..


Nasi ku beras mu

Semalam lunch time ada member yg baik hati, nak membawa saya keluar makan di restoran2 di luar nu. So kami ber-4 bergerak lah dgn hati yg riang, nak pergi makan kat satu restoran ni. Saya tak pernah makan kat kedai tu. Tu sbb excited sikit.

So, kata lapar kan. Ambik nasi, ikan merah asam pedas, sambal sotong and potato. Makan punye makan punye makan, alamak jelantah la nasi dia! Potong stim wo.. Org dah la lapar ni.. Sedihnyaaaaa.. Tapi makan lah jugak buat alas perut kan

Sebelum part makan tu kan. Dah isi2 pinggan tu dgn lauks pauks, pegi le kat cashier tu suruh dia kira. Cashier tu kata, makan dulu, ingatkan dia nak dtg kira kat tpt makan. Tapi sampai sudah yilek. So, lepas tu bila nak bayar, terhegeh2 nak tanye lauk apa. Penat nak mengulang da! Lepas tu nak tau how much saya kena? RM10 ok.. aarrghhh..tensen weh..

Tak nak ah makan kat situ lagik!!!! Kita makan tempat lain jommmmm...


Tuesday, February 3, 2009

Adam tolong jangan menangis!

Adam ni lately asyik nak kena marah je tau.. Nak dapat adik baru ke adam?? Oh itu spekulasi yg sengaja ku ada-ada kan.. Jangan percaya beb!

Semalam sampai rumah agak awal la jugak. 6.45 gitu. Dia dah mengamuk2 dlm kereta cakap nak makan roti canai. Masalahnya mama dia ni dah beli nasi goreng pattaya untuk di makan bersama2. Amukan dia kalau korang dgr, sgt dahsyat. Bingit telinga dengar dia menjerit.

Sampai rumah tu, dia keluar kereta, terus gi main kat luar. Ajak masuk rumah, mmg confirm dia bolayan la kan. Kitorg semua masuk, tinggalkan dia sorg2 kat rumah. But me, mcm biasa la, sambil tu sekodeng2 gak tgk dia ikut sliding door tuh. Kot la kang tah ke mana ilangnya.

Adam ni dlm2 lasak tu, agak jenis takut jugak nak lari jauh2. Ingatkan dia ni spesis main redah je. Ada org jual eskrem naik moto lalu jalan tu, kelam kabut dia lari sampai depan rumah. Duduk kat tembok. Ice-cream man tu dah chow, baru dia join balik budak2 tu main kat luar. Lawak ah ko Adam..

Then dia main bola. Sparring partner dia dah tendang jauh2, tak ada nya dia nak pegi kejar jauh2 gitu pegi ambik. Agaknya, kalau mata dia dah tak nampak rumah ni, kira dah zon bahaya la tu. No can't do.

Tapi bab nak panggil dia masuk tu mmg give up le. Mula2 i tried. Tak jalan. Babah tried. Lagi la tak jalan. Masa tu dah pukul 7.20 mcm tu. Budak2 lain semua dah masuk. Dia boleh rilek main basikal dia kat luar. Mulut bebel2 sorang.

Then tak boleh jadik ni. Mama fitri ni jugak nak kena ambik tindakan. But mcm biasa la kan. Being a mother, ada pandai pakai psycho sikit. So masuk la dia ke rumah dgn senyum dan tawa.. Ewah..

Dah masuk rumah satu bab plak. Nak tgk Channel Ceria dia. Menjerit2 kat dlm rumah tu. Mula2 tu kitorg biarkan je. Mama nya tak kisah sgt dgr dia jerit. Biarkan je. Dah penat, pandai la dia berenti kan. Sendiri jerit, sendiri penat. Mama tak penat punnnnn :P

Dah pukul 8 tak stop2 lagi. Dina ngan mama syok ni makan nasi goreng pattaya. Dok ajak dia makan sekali..huh lagi dia jerit makin kuat lagi ada... Tapi sekali lagiii..mama fitri being a hero.. Dapat pujuk dia dgn ucapan "Lepas makan kita boleh tgk upin and ipin kat komputer mama". Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... terus stop, duk sebelah, makan nasi grg bersama2.. Yipppiiiiiiiii!!!

Hari ni pagi2 dia pesan, tak nak upin dan ipin. Nak tgk ultraman kat komputer mama. Duhhhhhhhh!!!!


Friday, January 30, 2009

Cite training yg basi

Dah cite ke belum eh? Belum belum..

Last week hari rabu and khamis, i went to ECP training. ECP stands for Effective Coaching Program. Objective of the training is to ajar the participants on how to coach your staff effectively.

Lokasi was at Kota Permai GCC kat Kota Kemuning. Kalau masuk area2 golf ni, yg menarik is the houses la of course. Mulut ni tak habis2 bercakap "Cantik lah rumah ni", "Berapa ye babah harga rumah ni", "Bestnye kalau duduk kat sini kan". Penat la the other half mendengar i celoteh pasal rumah2 yg tak tercapai dek tangan nak membelinya. Takpe la kan..tak dpt beli, dapat ngomel pun jadilah!

Sambung cerita pasal lokasi tadi tu. The dewan is big. Big lah for only 14 participants! Semua nak monteng, konon nak join grup 2. Bakal penuh la grup tu nantik! Makan ok lahhh..so and so.. Orang dah bagi makan free kita jangan komplen lebih2 sgt okey..

One thing je i tak puas hati la situ. The toilet! Ooo mak aiiii.. Apa kes la dia buat toilet kecik mcm tu. Punya lah sempit weh!!! Tak puas hati betullah. Kalau sapa berdiameter lebar sikit, i think akan ada masalah di situ!!! Eeeiii..tah hapa2...

Training tu ok overall ok lah. Mencapai matlamat. Now i know how to coach. Siap kena belajar Pegging Techniques.. Ala yg word2 rhyming tu just so kitorg boleh hafal all the 10 tech. of coaching.. Sampaikan balik rumah, boleh lagi dok menghafal.. Ish ish Azah azah, baik ko baca wirid ke kan..

Nanti on the 13th march, akan ada follow up session. Kena attend lagi sekali. OK ler..layan je lahhhh.. Training kan one of our KPI.. kata nak dpt R5.. muahahaha..


The Fitris family

Adam bersuara di suatu petang yg mendamaikan

"Adam Fitri"
"Dina Fitri"
"Mama Fitri"
"Babah Fitri"
"Ultraman Fitri"

Sejak bila mama give birth to ultraman adam oiii..

Anyway, beware segala raksaksa di dunia including Puaka Niyang Rapik.. Ultraman Fitri is coming to town!!!!

Thursday, January 29, 2009

Biasa tangan tu!

Bro adam ni kan.. mmg takde keje betullah.

Boleh tak dia pegi koyakkan kuku kaki dia yg jari kecik tu. Alih2 dia datang tunjuk kat mama.. "Ma, ngok ni"..
Dia koyakkan kuku dia tu, tinggal hujung nyawa je kuku tu melekat. Eiiiii geramnya.. Lepas tu dia nak settlekan yg kaki kiri dia plak. Mau tak kena jerit dgn mama dia ni.. Aaaa buat buat... mama tarik semua kuku adam nantikkkkk....

Nampak tak korang???

Wednesday, January 28, 2009

Sikit2 nak nagis je Adam ni

Adam ni dah jadi macam adik le. Mengalahkan dina. Semalam dia tido lewat sikit. Dah pukul 11.00 dia tak tido lagi. So kitorg dua layan la tgk cite kasanova XXL kat tv3 tu. Babah dah berlayar. Dina jgn cite la..awal lagi dah lelap awek tu..



So i was in the middle. Dina belah kanan. Adam belah kiri. Babah belahh jauh2 sikit babah ye.. So tgh2 layan tu.. ada iklan. Rasa malas nak tgk iklan, so i shut my eyes lah kan. Ala2 tido tapi tak tido sebenanrnye. Alih2, dengar suara teresak2. Eh sapa lak ni. So bukak mata sikit, sekodeng si adam. Lerrrr..meleleh air mata dia..



So terpaksa la bangun nak pujuk dia.. Angkat dia duduk atas riba. Pujuk2 dia.. Tanye dia kenapa.. Sedih tgk cite budak kecik kat tv3 tu tadi ke? Dia senyap. Sedih sbb kena marah ke? Dia senyap. Tapi kitorg tak ada marah2 pun kat dia tadi. So heran le kenapa dia menangis. Lama jugak le dok pujuk dia. dia tetap tak nak cite.



Dah habis cite kasanova tu, baru la i hit the jackpot. Adam menangis sebab babah tido, adik tido, mama tido ye??? Dia pun angguk..."mama tidooooo".. Ala ala alaaaaaaa... mama tak tido ah. Mama restkan mata tak larat tunggu adam tido ah..



Aisey bro Adam ni.. sikit2 nak nangisss..cembeng ahhhhh. Muka je machooooo!!!!



Freddy krueger berkukukan sepit baju..

New haircut

Cerita ni cerita dah lama..dah basi.. 2 minggu lepas.. tapi layan je la ye..

Adik dina kita tu, rambutnye dah mencecah biji mata dia. Lepas tu rambut kat atas telinga pun dah panjang. Kalau tarik ke belakang telinga, nampak la rambut tu tak kemas. Kemas??? Macam nak masuk sekolah je bunyinya..

So, pagi ahad tgh tgk dia mandi dlm bilik air, terpikir nak kasi trim itu rambut. Ambik sikat satu, ambik gunting satu. Advantage sikit sbb dia tgh sibuk main air, so dia tak perasan apa mama dia tgh buat kat kepala dia. Setiap kali zrassss rambut dia, dia akan pelik tgk rambut tu jatuh masuk dlm baldi tadah air tu. Tapi dia pedulik apa kan. Asalkan tgn dia ada gayung, tu dah cukup happy utk dia.

So ni lah hasilnya.. tadaaaa..


Eh gamba tu tak nampak plak rambut dia.. Sebab ni gambar lepas mandi.. Rambut dah bersikat elok.. Sila ignore background yg kureng ituh..

Belah tepi kiri dah cun dah. Tgk2 belah kanan, alaaa..spoillah mama ni. Takpe la dina, sikit lagi panjang la balik tu. Apa ada hal kan kan?? *sedapkan hati..huhuhu*


p/s To YM tengku wadi and E and YM tengku khalis, congrats for your cute newborn boy in d house... Kalau dina tgk ni..sure tak kelip mata..


Monday, January 19, 2009

Jawapan utk kuiz di bawah

Kalau korang jawab A, salah. Nak window shopping? Mana boleh. I tak reti nak window2 nih.. Kalau rasa nak beli barang, terus shop. Kalau window2 ni alamat meleleh air liur la sambil jalan tu..

Kalau korang jawab B, salah. Nak tgk movie? Apa cite pun yg best now ni? Histeria? Maut? Nak tgk puaka niyang rapik pun tergedik2, ni kan plak movie sebesar alam ngan sound effect yg maha canggih tu.. No no no..salah salah salah..

Kalau korang jawab C, salah. Nak pergi zoo visit beruk? Teringat cite Rozana tu, masa si Hero angkat si heroin. Dialog dia berbunyi "Rasa mcm angkat anak beruk". Wahahaha..kering seposen..

Kalau korang jawab E, salah. Nak sekodeng kat tasik tu tengah2hari? Sapa ada weh kat tasik tu time gitu? Takde maknanye..

So jawapan nya ialahhhh.. ye betullll.. D!!!

Whaaatttt??? Gi muzium? Tak pernah seumur hidup pergi muzium, this is my first time lah kiranya. Cik Abang tu dia memang ala2 misteri nusantara sikit. So there we were. Dgn tak ada visitor langsung kat situ. Kitorg berdua je merayau kat situ. Sure kakak2, abang2 yg kerja dlm muzium tu cakap "Apa hal la budak 2 org ni berdating kat muzium?"

Let me story sikit dlm muzium tu ada apa. Mula2 dia tunjuk artifak2.. perghhhh artifak tuuu.. Artifak2 dari Jugra. Banyak la harta karun tembikar2, besi2 dari zaman dahulu kala tertanam and di gali kat situ. Lepas tu kitorg tgk pameran barang untuk lelong. Ni semua koleksi peribadi, bukan hak muzium. Kalau ada duit, boleh pegi beli barang2 tu. Ada mcm2. Ada congkak lamaaaaaaa tu. Ada lukisan P.Ramlee. Ada keris2. Yg ni mmg feveret cik abang ler. Siap mencangkung, memanjang leher nak tgk keris2 tu. Seb baik tak payah meniarap, menelentang.. Oh yes, barang2 mahal2 belaka. Cecah ribu2an ringgit.

Lepas tu kita tgk salasilah kesultanan selangor. Masa baca salasilah dia tu, i was oooo.. aaaaaa.. ooooo.. Aceh, macam begitu concentrate gitu kan. Soalan utk wak, Selangor dah ada berapa Sultan?? Ha jawab wak, jawab..kalau terel...

Then, turun 1 level, ada pameran hmmmm..ni ala rojak sikit. Ada silat2. Ada rumah2. Ada adat lenggang perut. Campur aduk ah sini. Lepas tu turun another level. Pameran sukan. More towards team bola sepak selangor zaman2 Allahyarham Mokhtar Dahari. Cik Abang tu, being a soccer fans, dia boleh identify nama2 pemain bola tu. Excellent!

Lepas tu pameran alam kehidupan. Ada giant katak. Ada giant ikan. Ada giant buaya. Ngeri woh tgk buaya tu walaupun tu cuma replika. Gila giant!!!!!!

Last sekali is pameran keislaman. Ada gambar2 masjid tertua di selangor.

Overall, i think the muzium tu need more maintenance lah. Ada tpt2 yg basah mcm kebocoran aircond. Bau pun oooo mak ai. Especially kat tpt pameran hidupan alam tu. Sebab bnyk binatang yg dia awetkan. Eeiiii tak suka tak suka bau diaaaaaaa..

That was how we spent our 2 hours nak menunggu passport siap. Gambar tak ada sebab mmg tak boleh ambik gambar dlm tu. Sebagai warganegara yg mematuhi perintah, kononnnnn.. tidak lah saya mengsnap any gambar dlm tu. Mesti ada yang tanye, agak2nya nak pergi lagi tak? TAKKKKK!!!


Thursday, January 15, 2009

Kill our time

Kuiz utk hari ini, kemana kitorg pergi utk kill our time?

A. Window shopping *sebab 300 dah melayang. So window je lah*

B. Tengok movie *lama tak tengok movie berdua2an*
C. Zoo negara *pegi visit beruk*
D. Muzium Shah Alam *tak pernah seumur hidup masuk muzium*
E. Tasik Shah Alam *merendek or sekodeng tepi tasik?*

Jawapannya ialah.. Kita jumpa selepas ini..

Berurusan di Jabatan Kerajaan

Yesterday morning i kena pergi renew my passport. There goes my RM300! Since susah sgt nak cilok time Cik Abang nak pergi imigresen ni, cik abang had to take leave nak bawak me to there. Nak pergi sorang tu bukan tak boleh, tapi logistic nak pikirkan kenderaan kalau sorg nak pergi kerja, sorg nak pergi imigresen, amatlah payah.

So pagi2 dah sms bos cakap nak cuti. Borang dah letak kat atas meja dia semalam. Kalau ikutkan, nak buat lepas dapat gaji, tapi Encik Organizer dah sibuk asking me tiap2 hari tanye my passport. Each time dia dtg, i said esok esok dan esok. Sian member tu..

Lepas sms, bos reply bunyik mcm tak bagi cuti. Dia cakap ada meeting petang ni. Ater the day before tu, i went back at 7.30pm, mana ada meeting invitation pun i dapat. Tu sebablah, i decided to take leave as well kan. Alih2 pagi ni kata petang ada meeting. I am not happy.

So cakap kat Cik Abang, i have to go to office lepas settle everything. Nowwww, he is not happy. Dah le wife dia nak tinggalkan dia 4 hari 3 malam early feb nantik, nak cuti sehari pun tak dapat. Dah dua2 tak happy. Tapi kitorg berlagak happy jugak lah kan.

So sampai imi dalam kul 9 lebih. Kat kompleks PKNS. Gi bfast jap, then naik level 2, ambik gambar and photocopy IC. Gambar kena bayar RM10, photocopy kena 4 kupang. Ambik number kat kaunter 11, dpt number 481. Current number masa tu was 458. Ada less than 30 ppl. But i'm cool. I can wait.

Around 10+ my turn gi kaunter 9. Officer tu bagi salam. I jawab salam. OK, form semua bagus. Sambil dia buat keje, dia borak2..
Officer kastam : Lahir kat Johor..
Me : Ye
Officer : Kat mana?
Me : *blur jap*.. aaa.. JB
Officer : Ni address IC kat perak?
Me : Ikut ayah pindah2 kerja..
Officer : Oooo.. Ni address puncak alam ni?
Me : Ni rumah sendiri..
Officer : Dah kawin, menetap kat situ la?
Me : Haah..

Apa saje la tuan officer. Nasib baik ada 3 jenis address, kalau ada 10, bertambah la soalan dia tanye. Lepas tu dah setel, dia suh pergi kaunter 6. Tunggu officer tu panggil nama. Oh ok.. Kat kaunter 6 kena tunggu dlm 15 minit, baru nama kena panggil. Pay RM300. Dapat resit. Officer suh come back tomorrow to collect. Whatttt??? Am not happy nihhhhh.. Sapa nak dtg balik esok woi? Dah le nak cuti pun tak dpt.. Tapi kat resit tu tulis, can come back after 2 hours to collect the passport. So I've asked la officer tu. Ni lepas 2 jam tak boleh siap ke. Dia cakap dia tak berani nak janji. Kang janji, tak siap, dia plak kena marah kan. Apa daaaaa.. konfiden lah sikit. Cakap le.. YESSSS..boleh siap dlm masa 2 jam...

But i dont care. Sapa nak mai balik esok nak collect? So kitorg gi jalan2 nak kill time. Tau tak kitorg gi mana?? Tak nak lah cite sekarang, cite next entry ok..

Since after 2 hours baru boleh dtg collect, kitorg budget2 dlm pkl 1++ siap lah tu. So lepas go to that somewhere, we all pegi lunch kat nasi ayam kampung masuk desa. Tapi nasi ayam tu dah kurang kick lah dari dulu. Dulu punye lagi power..

Around 1.30pm, we all sampai PKNS semula. Terus pergi ke kaunter nak kutip passport, letak resit. Tak lama lepas tu, dlm 15 minit, my name dah kena panggil. Yahooo..siap sudahhhhh..!!!

Lepas tu straight ke ofis. Kalau lambat siapnye, i dont think i want to get back to ofis.. Tapi since cik abang pun cakap dia nak lepak klang kejap, so might as well drop me je kat ofis kan. Sampai ofis dlm pkl 2.15 gitu. Kira half day lah tu.

So where am i going early feb? Jeng jeng jeng....


Wednesday, January 14, 2009

Move It Move It

Semalam sampai2 rumah umi, adam pot pet pot pet. Umi dia suh tgk dekat bibir bawah dia tu. Ye ada kecederaan di situ. Agak terbelah jugak la. Umi dia suruh aku tanye kat Adam wut happen. Adam mcm biasa la, cite dongeng cite legenda cite fairy tale semua keluar. Rupa2nye dia terhantuk kat kabinet rumah umi. Masa kejadian, dia tgh berjoget dgn iringan lagu Madagascar Move it move it.

Adeh la anak aku.. Umi dia cakap sampai nampak kesan gigi dia kat kabinet tu. Nasib baik gigi tak patah.. Sian anak mama..