Thursday, April 30, 2009

Hai..my name is Dina


I was born on 28th September 2007. Masa tu bulan Ramadhan. Mama saya sempat la puasa dlm 15 hari mcm tu, lepas tu dah kena zasss perut dia sebab doktor tu nak keluarkan saya. Masa dlm perut mama saya, saya songsang, kalau org putih tu cakap breech *betul ke eja ni?*. Kepala kat atas, bon2 kat bawah. Mcmana saya nak keluar normal mcm tu kan? Saya cuba nak pusing tapi tak muat lah. Perut mama saya tu kecik ke apa? Harap lonjong je lebih..


Nama doktor yg keluarkan saya tu is Doktor Razif from Hospital Razif kat klang tu.. Pagi subuh getik saya dah kena zass dgn doktor tu. Tgh sedap tido dlm perut mama tau.. Tak baik tau doktor ni. Tapi saya redha. Maklumlah bulan puasa, mana boleh marah2.. Saya menangis ke lepas keluar tu? Saya tak ingat lah.. Bila tanye mama saya, lagi la dia mana nak ingat.. Dia dah tak sedar diri kena bius time tu.. Lalok beb..

Berat masa lahir was 3+ kg. Boleh tahan la kan. Lepas lahir, mama tak dpt nak angkat saya sbb dia kena baring je kat katil tu sehari semalam. Drip air tah berapa kali tukar lah. Malam first day tu, saya dpt visitor. Nenek dan aunty. Abang adam and babah pun selalu dtg tgk saya. Lama jugak saya kat sepital tu..dlm 4 hari.. Boring tapi dlm nursery saya tu, ada sorg budak yg tembam.. Tembam wo wa cakap lu.. Bulat muka diaaaaa... geram rasa nak picit2 jek..

The first 2 months, syiok aaaaa.. berkepit bawah ketiak mama jek. Lepas tu mama dah start kerja, saya dah kena tinggal dgn umi. Best duk ngan umi tapi umi jaga saya tak lama. Skarang ni bila mama kerja, saya tinggal rumah acik plak. Acik pun best sbb ramai girls kat rumah acik yg boleh jadi geng gegirl saya. Girl power!

Sekarang ni umur saya dah setahun tujuh bulan. Gigi dah nak hampir penuh. Rambut dah panjang.. rambut saya ala2 model iklan tau.. guna jari pun boleh. Bercakap pun dah boleh. Tido malam pun dah pandai mengigau..

Yg paling saya sayang, cuba kawan2 teka apa dia? Teddy bear kah? Dolly kah? Cat kah? Salah salah salah.. Yg paling saya sayang tentu lah bantal busuk sayaaaa..

Lagu kegemaran saya selain lagu happy birthday is lagu Toyol. Aznil yg nyanyi lagu tu.. So saya suka nyanyi "Toyolllll...mmmmmmm mmmm.. toyol.... mmmm mmmm ".. Mmmmm tu sbb tak tau lirik, harap maklum..

Perkara yg plg saya tak suka is bila meow buat cubaan masuk ke rumah saya. Saya suka meow tapi dari jauh je. Kalau suruh saya pegang, jgn harap ok..

One thing saya hairan lah, setiap kali jumpa org kan.. apesal org tu suka usik2 pipi saya? Tak paham lah org dewasa ni.. Why whyyyy??


Tuesday, April 28, 2009

HAPPY BIRTHDAY MAK TOK

Last saturday, 25th April.. Mak Tok's birthday yg ke 62.. Selamat Hari Jadi Semoga Panjang Umur dah Sihat selalluuuuu..

Meh kita Up gam
bar mak tok sekeping.. Tak ada gambar penuh lah..ni pun edit dari gambar mak su kawin.. Tu telinga sapa lah tuuuu yg interframe tuuu.. huh..

HAPPY BIRTHDAY MAK @ MAK TOK!



Tgh pose rupa ni..mms ke mak tok..

Monday, April 20, 2009

Noti yeee..

Ada sorg budak tu kat rumah, dia tak ada keje. So mama nye masak kat dapur, dia sibuk memanjat kerusi sbb nak tgk. Nak masuk dlm dapur tak boleh sebab dah ada pagar kan. So dia pun follow lah mcm abang dia, panjat the kerusi nearby.

Since dia sonyap je kat lokasi dia, i did not bother to check la apa dia buat kan. Sekali tu dia panggil "mama, mama"..

Hmmmm apa pasal si budak kenit ni panggil. So pegi lah dekat dia. Dia tunjuk ada kertas2 terkoyak kat bawah tu. So i pun perati le. Perati punye perati...rupa2nye wallpaper akuuuuu...

Adohai.. rupanye dia senyap kat situ ada projek... Ni hah rupa wallpaper ku.. oh tidaksss.. Babahhh!!!! Tukar cat rumah jommmm..


Habissss...Terkoyak hatiku..

Thursday, April 16, 2009

You'll Be Amazed

Hari ni is Exora day. Semalam kalau korang tgk tv1, the first proton MPV dilancarkan by Mr PM kita. Cun tak? Korang pergi tgk sendiri lah kat proton branches, then u'll know. Kang kalau i tell u cun kan, u all kata bias pulak kan...

So what is so special about Exora day? Kita di Edar ni di bagi selai tshirt sorang. Kira kalau pakai ni, mcm iklan bergerak Exora la. Baju nya kaler hijau ok. Macam hijau pucuk pisang tu. Sekali pandang kat ofis ni, penuh hijau2an di sana sini.. I feel like saying.. "all the frogs in the world..this is for youuuuuuuuuu".. kekeke

Frog pun frog lah.. syukur dapat baju free ok.. tambah koleksi.. Dah ada tshirt satria neo, persona and now exora. Masa SAGA tak dpt tshirt, dapat cap je.. So what's next Mr MD?


Dapat photoshoot dgn Mr MD.. Rasakan the aura.. Wahhhh...

This is H-Line.. Solid white..dijual dgn harga 75,548K. Kalau metallic, up another 450. H-Line ada DVD, leather seat, auto cruise, navigator, tinted glass, spoiler compared to M-Line.. For more details, berkejarlah ke branch2 edar yg berdekatan dgn anda..



Wednesday, April 15, 2009

Sejuk sampai ke tolang

Lately ni rasa sejuk je kat ofis ni. Kadang2 menjelang petang tu, rasa seram sejuk pun ada. Rasa nak pengsan pun ada. Rasa nak muntah, nak demam, sakit urat badan. Pregnant kah aku? Sila jgn buat spekulasi itu ye kawan2..

Maybe sbb lepas bersalin dina dulu, tak pernah urut2 lagik. Angin kus2 dah masuk badan kot. So rasanye hujung bulan ni nak cuti lah, pegi berurut. Sementara nak tunggu pergi berurut tu, makanye nak gi ke ofis, tak boleh la pakai kasut2 vogue yg bertali2 yg mendedahkan kulit kaki dgn udara sejuk.

So, hari ni tukar konsep kasut. Kasut yg ni kalau nak kena berlari, pun boleh takde hal punyek. Kira kalau ada fire alarm sini, confirm la i can reach downstairs paling pantas compared to those yg pakai kasut2 vogue tu kan. Plus, ada bawak extra stokin sekali. So kalau sejuk melampau, sarungkan je stokin tu. Kalau complete berstokin, dah mcm rupa budak sekolah form 6 gayanye.. *exaggerate*


Thursday, April 9, 2009

09.04.09

Hari ni is special. 09.04.09. My birthday. Yg ke berapa ye? Lu pikirlah sendiri..

Semalam my 2 kids and babah dah selamat belikan kek and nyanyi2 for me. Adam and dina excited bangat mcm diorg plak yg nak sambut birthday. Dah nyanyi2 dua kali and makan kek, dina dah naik syok plak menyanyi. So dia suruh birthday mama ni nyanyikan lagi dan lagi dan lagi utk dia. Wahai cik dina oii.. sapa punye birthday nii???

Lupa pulak nak tangkap gambar kek dan muka2 semua yg ceria. Kek tu beli in slices je. Tak boleh nak beli complete, tak muat fridge nak masuk.. *nampak sgt fridge kemetot kan*

Masa tgh tgk tv mlm tu, ada sikit conversation dgn adam

Mama : Adam, mama nak PSP lah..
Adam : Adam go to work, lepas tu adam belikan mama PSP, ok ok?
Mama : Okeyyyyyyyy.. *so sweetnyek*
Adam : Adam nak beli i-pop...
Mama : Apaaaa???
Adam : Adam nak i-pop
Mama : Ohhhhhhhhhhh... i-pod?
Adam : Haaaa... i-popppp..

Sungguh teknologi anak bujang ku sorang nih..


Wednesday, April 8, 2009

Auwww gatallll

Hari ahad baru ni dpt sms dari babysitter. Dia kurang sihat, so dia request me to take cuti jaga anak2. Ok lah.. Nak buat mcmana kan.. No choice..

So there we were, lepak di rumah hari isnin. Seronok la budak2 tu tak payah pegi rumah acik kan. Pagi2 babah dia keluar ke ofis, diorg dah bangun sama2 dah. So sepagi 7.30 am, dah tercongok kat hall rumah bukak TV and diorg syok main badminton dlm rumah.

Dlm pukul 8 lebih tu, dina came to me. "Amuk, amuk".. Nyamuk lah tu, gatal sambil tunjuk kat kaki dia. So garukan la kan. Dlm 9am tu, i came out from mandi2, tgk2 dia dah bukak seluar tido dia sambil tgn sedap menggaru. Heran gak ni. Rupa2nye dia di serang gatal2. Sekali pandang, ingatkan dia kena demam campak or chicken pox ke. Dua tiga kali pandang, mcm bukan plak. Sebijik mcm kena gigit nyamuk tu, tapi kalau kat celah2 pelipat tu, setepek besar gatalnye.. Eeeiiiii..geram ok...

Petang tu bawak pegi doktor, doc kata allergic ni. Teringat 2 hari lepas ada bagi dia makan ketam. Mungkin sebab ketam kah? Tapi doc cakap, kalau allergic kat food, dalam half an hour, gatal2 tu datang. So doktor rangkumkan yg maybe dia allergic kat hama. Maybe kat tpt tido ke. But dia share tido dgn mama nye, tapi mama nye takde la kena plak kan. Mamanye kulit gajah kot. Hmmm.. tak kisah la.. yg penting letak and makan ubat.. esok paginye dah hilang dah gatal2 dia..

Eeeeiii..gatallah dina niiiii..

Nampak tak? Tak nampak eh? Kalau korang nampak in live.. sure rasa nak tolong gigit2kan..

Friday, April 3, 2009

To a friend

I have a friend
I have been friending *gila suka hatik* her since time keje di guthrie
That was 7 or 8 years agoKeje kat guthrie sama2, keje kat mecatronic sama2
Lepas tu bawak diri, i was back in guthrie, and she join hi-tech
Bagai irama dan lagu, kitorg jumpa lagi di pesb

This friend of mine

Married like 8 or 9 yrs ago *lupa lah exact number*
Tunggu sekian lama nak dukung baby of her own
Tapi rezeki rezeki, she delivered a healthy baby girl last December named Auni

So this friend of mine
Senjak2 dah ada baby auni ni
Anniversary sendiri pun lupa
Apa daaaaaaaaaaa...!!!

To my friend : Happy anniversary... may Allah s.w.t blessed u and your soulmate with lots and lots of happiness *and kids*

Nota kaki : Entry ni patutnye hari rabu 1st april..tapi busyyy tak sompatttt.. Apa2 pun the thought that count kan friend kan kan..


Monday, March 30, 2009

Earth Hour


Gelap.. Tapi actually ada 2 kanak2 kat depan tu..kekeke..

Friday, March 27, 2009

Sport rim bunga???

Conversation took place dalam kereta Wira on the way back dari ofis ke rumah

Babah : Mama nak tau
Mama : Apa dia? *suara menggeletar nih tahan batuk*
Babah : Ada member babah kutuk kereta kita
Mama : Kutuk apa? *marah ni marah ni*
Babah : Dia cakap kereta kita sport rim bunga
Mama : Bunga? Tang mana bunga nye? *sungguh tak paham ok*
Babah : Bentuk dia tu mcm bunga
Mama : Oooooo
Babah : Pastu dia kata kereta kita kemek2, ko tak malu ke man bawak kereta kemek2 ni?
Mama : Amboiiiiiiiiiiii *marah ni marah ni*
Mama : Kawan2 mama kat ofis takde pun tau kutuk2 kereta kitaaaa.. Lagi la diorg kereta power2..
Babah : Tu lah.. Sibuk

Eiiii sibuk okeyyyyy org tu.. Suka hati laaa nak sport rim bunga ke, sport rim gajah ke..ko bayarkan ke aaa? Suka hati la kereta kitorg kemek ke apa, kitorg mintak duit kat kau ke tolong repairkan..?

Anyway, the kemek will be fixed this weekend..hopefully!

Tuesday, March 24, 2009

Rambut ku tobek

Imagine korang baca ni last friday eh... *gila basi punye cite*

Semalam balik dari rumah acik, rasanye mcm tak ada kejadian luar biasa pun. Adam and dina, dah semakin riang. Dah takde kejadian menangis2 di pagi hari. Dina semakin chirpy sejak dia baik dari demam ni. Kalau terjatuh ke apa, "Aduh" sebutnya. Kemainnnn lagikkkk.. Kalau kita cakap "Cantik cantik", dia sibuk pegang pipi sendiri sambil sengih2 terteleng kiri kanan. Lawak ah ko dina oi..


Balik sampai rumah, ada pulak yg tukang sampai kat man. Anak neighbour kitorg pun duduk rumah acik jugak. Mak nye cikgu so time2 cuti sekolah ni, mak nye hantar kejap je. Age dlm 5 yrs, dia dtg cite kat man yg rambut adam kena potong dgn anak acik tu.


So bila masuk rumah tu, man pun cite lah. Telek punye telek kepala adam, mmg betullah rambut depan dia dah kena cantas dgn anak acik tu, yg kecik tu darjah 1. Alahai anak omak. Nasib baik tak kena mata main gunting tu. And akak yg jaga tu pun, takde pun cite kat kitorang.


Hmmm..korang rasa perlu ke i ask the acik tu about kes2 gunting rambut ni? Kang takut terkecik hati plak. To me, sebab tak ada luka ke apa, takpe lah, i'll let go. Tapi, takkan nak tunggu sampai luka baru nak sound kan? Susah betullah mcm ni.. tu la masalah kalau hantar anak ke rumah orang ni. Babah, bila mama boleh berenti keje jaga budak2 ni?? Soalannnnnn cepuemas yg sendiri dah tau apa jawapannya..

Rambut di cantassss



Thursday, March 12, 2009

PESB-PA-Westport-PA

Funny.. lawak lawak.. gelak gelakkkk..

Semalam, man ada hal sikit kat KL atas urusan kerja. So ofis dia bagi dia guna kereta ofis. Dalam nak dekat2 pkl 7 tu, dia call suh standby kat bawah sbb dah nak sampai. So after waited waited for him, dia pun sampai. Masuk2 dlm kereta tu, terus tiba2 rasa nak tanye

"Kunci rumah ada babah?"

Jeng jeng jeng... dan jawapannya ialah..

"Alamakkkkk.. tertinggal dalam kereta wira"

Oh tidaks.. itu maknanye kita kena patah balik ke westport wehhhhhh.. Dgn hari hujan and jalan jemmmm!!! Pastu nak menuju Puncak alam plak.. aduhhhhh..

So kita decide kita ambik budak2 lah dulu kat rumah acik dia. So dari ofis ni, gerak balik puncak alam sampai dlm 7.45. Sampai angkut budak2, gerak ke westport semula.. 2 jam tuuuuuu perjalanan pergi balik dari nun sinun ke nun sanunnnnnn.. Nangis weh nangissss..Dapat masuk rumah kul 10pm!

Budak2 dlm kereta dah tido terbongkang dah. Kesian diorg. Sampai2 rumah tu rasa mcm perjalanan baru balik dari kampungg wooooo.. Seb baik kereta company, minyak pun company bayar.. Kalau tak, kalau kete sendiri, dah tentu la tak jadi kejadian ni kan kan

Morale of the story : Mama bawak kunci rumah satu, babah bawak kunci rumah satu. Tadi dah bawak dah 2 kunci keluar rumah, TAPI dua2 kunci pun ada kat babah. Terlupa plak nak ambik dari dia..hehehe.. Tak belajar dari kesilapan lagik tuhhhh..


Wednesday, March 11, 2009

Hugs and kisses

Semalam sadisnye. Nangis dulu boleh? Korang kalau nak nangis, nangis la dulu..

Lepas ambik adam dari rumah acik baru nye, kitorg pergi kedai sbb nak beli ubat batuk cap ibu dan anak utk mamanye. Sampai2 situ nampak kete kancil umi. So kitorg park betul2 sebelah umi. Umi ada dlm kereta, anak2 dia kat dlm kedai. Umi nampak je kitorg, dia dah bukak tingkap and pintu. Tapi tak boleh nak keluar sbb kete kitorg himpit kekeke. So i took dina keluar, and umi dah hulur tgn siap2 kat tingkap dia. So servis bertukar tgn lah. Dia dpt je dina, muka umi dah merah nak nangis. So i left her and masuk kedai lah kan. Bagi can dia berdua2an ngan dina.

Adam buat apa? Adam dah say hi to umi dia, dah lari kelam kabut ke mesin toy kat luar kedai tu. Ala yg masuk duit 5 kupang, pastu pulas pulas pulas, kuar le toy tu. Tak habis2 dia dgn mesin tu. Rasa mcm nak suh tokey kedai tu buang je mesin tu lah..

Lepas beli barang kat kedai, kuar pegi kat kete umi dia. Anak2 dia semua dah masuk dlm kereta. Tgk muka masing2, semua lepas nangis. Aduhaiiii.. sedihnye hati ku. Borak2 le kejap dgn umi dia. Sedih kan kan. Mana tak sedih, duk jaga dari baby. Macam adam tu, dari baby berpampers sampai skang dah pandai tak payah pakai pampers. Emotionally attach tu dah pasti. Tapi nak buat mcmana. Kesihatan umi tak mengizinkan. So nak tak nak, mampu titis air mata je lah tgk budak2 tu.

Budak2..tolong kenang jasa umi yekkkkk..

Terimakasih umi.. U r the best..!




Tuesday, March 10, 2009

Full stop for taska

Last friday was last day for Adam and Dina at taska. Masa ambik diorg petang tu, dah appointment siap2 dgn owner taska tu nak jumpa dia. So i've told her lah mcmmana budak2 ni tak boleh nak adapt. Dia pun tau tapi dia pujuk jugak suruh tinggalkan sampai cukup bulan. Tapi since dah ada org nak jaga kan, takpe lah cikgu..

Duit tu dpt le balik tapi registration fee yg 100 tu burn. Then dia tolak cost 4 hari hantar taska tu. So dapat la jugak RM tu buat kitorg soping2 makan2 on wiken.. ;)

Tapi mana boleh nak soping. Jangkitan virus anak2 dah menular ke mama dia. Maka flat lah mama nye di rumah sengal2 badan segala. So wiken 3 hari di penuhi ngan lepakan di rumah saja. Nak keluar pun time makan saje.

Alhamdulillah ada kak ina ni yg sanggup nak jaga budak tu. Bayaran dia UP sikit dari umi, tapi tak pe lah. Asalkan anak2 serasi dgn dia, i'm fine.

Anak2ku, chaiyok chaiyok!!!

Semoga berjaya!!!


Friday, March 6, 2009

Day 3 and 4 and 5

Day 3 in taska. Adam still tak ok. KO nampaknye. Masa kitorg sampai simpang taska tu, dah boleh nampak dia kelam kabut menuju ke pagar. Keje dia duk kat luar tu, dok tgk kereta lalu lalang kat situ. Sian kan? Siannnn..

Day 3 ni, dua2 dah kena selsema. Malam masing2 badan dah dedar. Bgn pagi day 4 tu, dok rasa badan masing2. Dah panas dah. So terpaksa la EL nak make surekan diorg dua ni betul2 sihat baru boleh continue ngan taska day 5. So taska day 4 tak ada. Diganti dgn Home Sweet Home Day 4.

Seronok diorg duk kat rumah. Tapi hingus meleleh2. Dina pulak berak2. Kesiannya anak aku dua orang ni. So i've made my decision. No taska lah after this. So my plan, nak usha akak depan tu petang ni.

Dah petang2 sikit bawak la budak2 tu keluar rumah. Jumpa akak depan rumah tu. Dia ON je. Cuma sbb dia dah jaga twins baya dina kat rumah tu, so dia cakap terpulang to me lah. Dia ok je nak jaga. Ada kakak tepi rumah tu pun dia cakap nanti dia cari2kan org kat area rumah babysitter dia. So sementara tu, boleh la send budak dua org ni ke rumah akak depan ni.

Ahhhhhh..lepas satu siksa rasanya. Lepas ni nak kena kawtim ngan owner taska tu plak. Kalau boleh nak hantar adam and dina ke rumah akak tu start next week, tu pun kalau taska boleh refund sikit duit la kan. Tolak le 100 ke berapa ke. Nak tunggu cukup sebulan, rasa nye tak sanggup jiwa dan raga pikirkan budak2 tu. Menangis2 je kejenye. Mcm org trauma pun ada gakkk..

Muka2 happy tak pegi taska Day 4


Day 5 still dimulai dgn raungan budak2 dua org ni pagi2 kat taska tu. Not nice la kan, pagi2 dah moody. Tu yg bawak sampai ke petang mood mcm tu. Lagi2 plak this weekend agak long weekend lah kan. Kalau kena hantar hari selasa depan tu ke taska, confirm emosi akan terganggu..

Mak De, meh duk puncak alam le. Senang sikit hatiku... hehehe..


Wednesday, March 4, 2009

Taska Anjung Pelangi 2nd episode


Semalam by 7pm dah sampai kat taska. Budak2 hari ni takde main2 kat luar sebab PA tu baru lepas hujan rasanya. So semua melepak main2 kat dlm. Riuh dibuatnye. Masa sampai kat depan pintu tu, ada sorg budak pakai baju biru dok baring bawah meja, tak join budak2 lain. Sayunye tgk dia..emo lah aku di situ..

Dok cari adam di kecelahan kanak2 yg tgh syok main tu, eh tak ada pun. Mana dia pegi ni. Alih2 nampak dia dari dapur dgn cikgu dia. Menangis2. Ala anak mama ni. Mama baru je emo tgk budak pakai baju biru tu, ni nak buat mama emo lagik.

Me : Kenapa dia nangis cikgu?
Cikgi : Baru je nangis tu
Me : Kenapa?
Cikgi : Dia tgk budak2 ada yg dah balik. Tu yg dia nangis.

Alaaaaa sian anak mama. Dukung dia masuk kereta tu, masih teresak2 nangisnye. Adik nye pulak, kemain gembira dok babai2 ngan cikgu dia. Excited nak balik.

Me : Cikgu, adam ni tak nak berkawan ke?
Cikgi : Tak berapa nak berkawan sgt. Baru lagi tu. Bagi dia time sikit.
Me : Dina?
Cikgi : Dina pun sama. Dok ikut cikgu je. Takpe, baru lagik.

Pandai la kau kan cikgu.. nak pujuk mak bapak. Kang tak pandai pujuk, kitorg tak hantar budak2 ke situ pulak kan. Masuk dlm kereta tu, adam cakap tak nak duduk rumah cikgu, nak duduk rumah umi. Ala sayang oi, umi dah tak daya nak jaga korang. Nak buat camne..

Sejak2 adam duduk taska ni, bila dia balik rumah, manja nye agak terlebih. Langsung tak nak main lompat2 dah. Dia duduk je kepit either with me or with babah dia. Semalam dia siap suh dodoi2 dia mcm baby. Tido pun nak bawah ketiak babah. He does not look happy. Monyok je dlm rumah, tapi mulut tu bebel2 jugak la kan. Adik dia pun sama, dua tiga malam ni time tido, keje nye nak mengendeng je kat mama. Siap nak tido atas badan. Mengamuk2 kalau tak bagi.. Manjalah korang nih!

This wiken cuti panjang, kita pergi mandi kolam okeyyyyyyy..


Tuesday, March 3, 2009

Kisah Taska Anjung Pelangi

Semalam was first day adam and dina masuk Taska Anjung Pelangi. Last friday haritu, pergi survey2 taska. Tgk mcm ok jek. At least utk budak2 baya Adam, ada aktiviti yg diorg boleh buat and belajar.

Masa friday gi survey tu, adam menangis2 tak nak balik rumah sbb syok dok usha tpt tu. Siap ada gambar upin ipin kat dinding taska tu. Semalam pagi masa hantar seawal 7 pagi, ada kekucilan menangis jugak. Melekat kat kaki mama nye tak nak lepaskan. Adik dia dok perati je dia, apa kes abang dia ni menangis.

Teacher dia umpan dia dgn CD doraemon, makanye senyap lah dia. Bila dia senyap, kat muka pintu tu, adik dia dah mencebik2 dah. Ala sian anak mama. Kejap lagi kawan2 dah ramai, konfirm korang lupa kat mama nihhhh...

Taska ni, rate dia boleh tahan la. Utk baya dina, kena 230 and untuk Adam, 180. Time masa dia from 7am to 7pm. Lewat per 1 hour, kena caj 3 ringgit sejam. Antara yg terawal sampai kat taska tu pagi2, confirm la dina dgn adam. Pagi tadi hantar diorg, budak2 still tak ada lagi. Kesian anak2 mama. Tu la ofis ni buat time ofis masuk kul 8am lak tu. Kalau lewat seminit dah nak kena menjawab. So nak tak nak, pkl 7 dah kena keluar dari rumah. Eiii mencik mencik.. tukar le weh time ofis tu ke pkl 8.30..!!

Dah le budak2 tu sampai seawal pagi, balik pun ada kemungkinan yg paling lewat. Semalam sempat la sampai by 7pm, tapi petang ni nampaknye tak dapek la. Paling2 7.30pm. Alaaaaa siannyeeeeeeee... Semalam masa nak ambik adam, dia dah tercongok kat pagar taska tu. Bila nampak kereta kitorg sampai, terus jerit2 mama. Oh tidaks.. emo nye aku.. apesal rasa nak nangis nih..

Anak2ku, belajar jadi independent sikit sayang yekkkk..

Uhuk.. Tiba-tiba..Mana nak cari maid yg boleh dtg waktu siang je eh? Akan ku cuba usha kat puncak alam tu..mana tau kot ada..

Uhuk..


Friday, February 27, 2009

Apa tu?

Dalam2 sedih hati celebrate anniversary, sempat jugak main tukar2 hadiah.. hehehe.. So what did i get? Emas berkoyan2? Oh tidak..i am not a mas fan anyway. Nak beli setahun sekali pun sukar. Nak beli 5 tahun sekali pun payah. Ntah kenapa, tak kenan lah nak simpan or even nak pakai. Poyo je statement, padahal tak ada duit nak beli...hahaha..

The hadiah which i get, come with 2 years warranty and 5 years warranty on the battery. Haaaa..cuba teka koranggggggg...

Cuba pikir, barang apa yg perlu batteri?

Jeng jeng jeng...


Monday, February 23, 2009

Rela ku pujuk

Mood nak sambut anniversary dgn jayanya telah terkubur.. Sedihnyeeeee... Bad news nih

Umi adam tender surat resign..!!! Oh tidakkkk.. Katanya, kesihatannya tidak mengizinkan nak jaga adam and dina. Mmg kadang2 kalau tgk dia pagi2 tu, mmg muka tak sihat. Darah tingginye naik, kencing manis nye pun naik. Rasa nye sbb main helper dia dah masuk kolej kot. Anak dia yg sulung tu rajin sikit menolong dia, so bila anak nye masuk kolej, kurg la sorg pembantu dia.

So hari sabtu diriku kesedihan kerunsingan kemurungan nak pikirkan mana nak letak buah hatis ku itu. Ada 2 option je pun..

Satu, hantar rumah akak depan tu. Belum tanye lagi tapi ada usha ngan anak dara dia tu. Anak daranye kata, mak nye tak kisah je. Sekarang ni mak nye mmg jaga budak 2 org, twins. Baya lebih kurg Dina je. Tapi budak2 tu datang tghari sikit sbb mak nye cikgu sebelah ptg. Ni kalau akak tu sanggup jaga adam and dina, lega la sikit kan.

Dua, hantar taska. Ni yg kesian niiiiii.. Kalau adam tu ok la jugak dah boleh cakap, lapar ke, nak susu ke. Dina tu? Kalau nak susu mcmana gayak nye.. Nak tido? Macamana gayaknye.. Kesian nyeeeeeee... Tapi kalau option no 1 tak berjaya, nak tak nak, kena letak jugak kat nursery. Sedihnyeee..

Tiga.. eh tiba2 ada tiga.. tiga me resign jaga anak2 kat rumah, boleh?? Jangan nak mengada2..

This week.. minggu sedihhhh..

Arrghhhhh.... Oh umi..apalah yg dikau merajukkan di hati tuuuu...


Friday, February 20, 2009

Pagi yg indah

This morning pegi keje, cubaan mencilok by hubby telah menggabra kan sorg umat di jalan raya ni.

Masa tu lepas tol bukit jelutong tu. Korang yg lalu kat situ sure tau mcmana hebatnye jem kat situ kan. So mcm biasa.. dari belah kanan, hubby membuka langkah nak mencilok ke kiri. Alih2 ada sebijik persona ni betul2 belah kiri kitorg, di drive oleh seorang lelaki melayu ni, terus mengcrash boom bang 4-wheel drive depan dia tu! Ni confirm kes kedekut ok. Kedekut nak bagi kitorg cilok Q dia. Alih2 dia pi langgar kereta depan tu... Lepas tu yg turun dari kereta depan tu, askar lak siap pakai uniform, turun dgn mengunyah chewing gum pagi2 tu. Macam gangster gayaknye. Mau tak gabra muka umat yg melanggar tu.

So apa kitorg buat?? Kitorg blah ah..tunggu apaaaa

Salah kitorg ke? Bukan kan kan kan..