Wednesday, January 12, 2011

First entry 2011

Uiiii lamanya tak update

Ala bukan ada org kisah pun update ke tak kan kan..

Short and simple je update kali ni

Apa makna "Kasut kena gigit nyamuk?"

Daaaaa..

Thursday, November 18, 2010

Mari Berdansa

Last sunday was concert day untuk adam. Concert held kat Seri Cahaya School dekat2 dgn Monterez tu. Sungguh sunyi jalan masuk tu. Kalau budak2 sekolah situ jangan la kau pandai2 nak merayau2 kat luar tu..ngeris.. Tapi bagus jugak sunyi2 tu kan, so budak2 pun sendiri ngeri nak merayau keluar skolah..

So konsert start at 3.30pm.. Adam sampai earlier than that. Dia ikut bas sekolah..geng geng geng bas sekolah..
Konsert tu actually a combination between 2 qdees, branch Saujana Utama and Puncak Alam. Most of the persembahan adalah di conquer by SU mainly sebab diorg ada lagi ramai student2. Kat PA cuma berapa kerat je.. Kalau tak silap ada 15 persembahan, 3 out of those were from qdees.

So adam involve dlm 2 lagu.

Right round.. u spin my head right round right roundd..ni gambar2 nye.. Rasa mcm malas pulak nak cerita kan kekeke..



2nd number hindustan.. Kena pakai baju hindustan lah kan..




Tapi lawak lah tgk budak2 ni berjoget.. Main belasah suka suki diorg je.. Yg pandang kiri, yg pandang kanan, yg pandang kawan2 nak tiru buat apa, yg diri senyap tak buat apa2 pun ada. Very the ikhlas okeh. Apa kaitan berjoget dgn ikhlas eh?

Duduk tgk konsert pun kena paw gak. Belon mickey yg dina pegang tu je dah 5 ringgit. Bola kecik ada lampu2 tu dah 10 hinggit. Habis 15 hinggit. Lepas habis konsert, pergi makan seafood. Nyummmmm..



Monday, November 1, 2010

Itchy Itchy, Scratchy Scratchy 2

Ok. Ni edisi kedua untuk entry sebelum ni..

Alkisahnya, Adam pulak menjangkit chicken pox. Kesian. Penuh badannya. Geram mama nya tgk. So terpaksa lah dia bercuti dari sekolah. Dah la sekolah sekarang ni tgh sibuk berlatih untuk annual konsert.. Nanti adam lupa pulak step dancing dia.

But since dia cuti ni, boleh la dia buat hafalan dialog dia nanti..

Hello ladies and Gentlemen
I am Adam Fitri from Qdees Puncak Alam
We will dance a hip-hop dance
We hope you enjoy the dance
Thank you

Tengok tengok, mama dia dah boleh hafal skrip. Duk jadi tukang peringat dia.. Selalunya dia ingat the first 2 lines tu je.. Yg lagi 2 lines lepas tu agak sukar sikit.. Tapi mama percaya Adam boleh!!!

Get well soon dear!!

Monday, October 18, 2010

Itchy Itchy, Scratchy Scratchy

Macam org gatal miang je tajuknya..

Anyway, Chicken pox telah menyerang Dina.. oh noooooo.. *sila jerit beramai2*

Muka malas layan mama sibuk nak ambik gambar dia tak cun

Cerita nya bermula on Thursday malam. Masa tu i've noticed a 2 dot berisi air kat atas bibir dia. Ingatkan sebab dia tak basuh mulut ke kan. Pas tu, dia tunjuk kat bawah tgn dia ada satu dot lagik. Hmmm ni mesti kes basuh tangan tak bersih ni..

Pastu dia nak terberak. Masa nak bersihkan si kenit tu lah, bila selak baju dia nampak ada dot dot dot keliling badan. OMG! Wah mama dina ber OMG kekeke.. Dah agak dah niii, sure kena chicky chicky pox.. Oh comelnya..chicky pox..

Sian minah tu..muka nya penuh dgn that chicky chicky thing. Kat dahi, kat tengkuk, kat atas kepala pun hebat jugak. Mama dia yg tengok ni jadi geram. Rasa nak tolong garu-garukan. Padahal tuan punya badan kewl je. Sekali2 nampak dia picit atas kepala dia. Kalau kat muka tu dia tak berani nak usik sbb mama dia dah sound.. "usik laaaa, nanti dah tak cantikkkk". Terus tak jadi usik, kalau gatal, dia dtg sua muka dia to me mintak gosok2kan.. siannnn dinaaa..

Friday TERPAKSAlah mama dia berEL nak jaga dia. Bawak gi paed kat shah alam la konon. Belakang klinik nya bukak, doctornya tak ada. Hampeh, penat jalan jauh2. Gi lepak Baskin Robin makan eskrem. Lama youuu tak makan BR. 2 regular scoops tu 14 hinggit ko. Amikkkkk.. Tapi takpe la..girls day out.. *abang takde kena pi school..hehe*

Last2 kena pi klinik biasa. Dapat ubat sapu satu, ubat demam, ubat tahan gatal and antibiotik. Dalam 4 ubat tu, antibiotik lah yg dia tak hingin langsung. Susah la korang ni kan, tang antibiotik je tak moh.. tang ubat demam rasa oren tu kemain laju. Tak suh makan pun nak makan..

Come third day ahad, dah bnyk yg kering chicky chicky nya. Dah jadi kudis-kudisan. Sedap la dia mengorek yg kat badan2 tu sampai khayal sorg2. Sekali kena sergah, tersengih2!


Hari ni monday, mama has to go to work. Kena la tinggal rumah babysitter. Nasib lah acik, kalau ada anak2 acik tu yg belum kena.. kalau kena jangkitan dina, mintak mahap la awal2 ye.. Nak buat canner kan, kalau mama boleh dpt MC gak boleh la jaga dia kat rumah..



Wednesday, October 6, 2010

SPECIALLY FOR AHMAD ADAM FITRI!

Today, this special entry is specially dedicated to a special boy on his special day :)


Since Adam and Dina share almost sgt dekat date birthdaynya, so mamanya yg sgt budget ni telah pun mengsuggestkan di combinekan je acara potong kek diorg berdua. So this was the cake. Beli kat SR BJ. Boleh di customizekan untuk letak muka kita sendiri. So esok2 korg nak celebrate birthday masa umur dah 70 tahun, boleh la letak muka masa 25 thn.. rasa muda gitu kan kan..

Ni tgh tiup lilin lepas puas menyanyi jerit2 happy birthday to youuuuuuuuuuuu.. boleh bergegar gegendang telinga dgr suara adam.. Ada cousin diorg yg share sekali tiup lilin. Izati pun born in September jugak.

To my big handsome boy, Adam Fitri


HAPPY BIRTHDAY!! HAPPY BIRTHDAY!! HAPPY BIRTHDAY!!


Semoga sentiasa be a good son to Mama and Babah


Be a good brother to Adik Dina


WE LOVE YOU!


Aiseh, gambar atas tu tak hensem sgt la kan, kita sudahi special entry kali ni dgn gambar nii..

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Ololololooooooo..

Tuesday, September 28, 2010

SPECIALLY FOR IRDINA FITRI

This special entry is specially dedicated to a special girl on her special day :)



Morning of 28.09.2007

Still in Sleeping Beauty mode

Celebrated her 2nd year old birthday.. Kagum tgk kek di situ.. *babah dia posing duyung kat belakang tu*


Presenting Dina - 3 yrs old

Selamat Hari Jadi Sayang

Semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati hidup mu

WE LOVE YOU

LOTS OF LOVE FROM

MAMA, BABAH & ABANG ADAM




Wednesday, September 8, 2010

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa, tiba Syawal kita rayakan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Pada yg balik kampung tu, drive kereta, tunggang motor, kayuh basikal
dgn penuh hati2 okay


Salam penuh keikhlasan dari
Azah, Man, Adam & Dina

Thursday, September 2, 2010

Adam 1 to 5

Saje nak share gambar adam dgn korg..boleh kan?

Ni adam masa 5 bulan.. frog tu sekarang ni dah jadi frog feveret adik dia. Aaaa.. tikar sarawak tu mmg beli kat sarawak. Sekarang ni dah kena simpan dlm store.. Sian tikar tu.. eh ni cite tikar ke cite adam?

Ni dah nak masuk 1 year. Time ni kat hotel kat melaka. Bawak adam pegi jalan2 zoo melaka kononnya. Padahal budak kecik tu bukan paham mana pun tgk haiwan2 zoo tu. Mama dia yg excited ada la..


Hensem boy tgh memperagakan baju raya masa ni. Tgk sofa tu kat sliding door tu sebenarnya untuk block dari dia panjat tangga. Zaman2 aktip dia sibuk nak jadi adam explorer ni..


Ni hari raya pertama thn 2006. Dah siap pakai baju raya, sibuk pulak dia nak tido dlm buaian kat kampung melaka. Collect la duit raya tu dammmmm...

Haaaa..dlm banyak2 gambar i have.. this is one of my feveret!

Adam 2 tahun. Masa ni dah jadi abang adam.. sbb dah dpt adik dina..
Ni gambar 4 tahun time celebrate besday dia with adik nya. I like the hairrrrr...

Gambar umur dia 3 and 4 adalah sgt kurg. Maklumlah masa tu tak ada digi cam yg semenggah. Time tu yg ada punnn, alahaiiiii.. nak tekan butang capture tu pun makan masa a few seconds baru boleh capture gambar. Pendek kata org yg nak di gambar tu dah kemana, gambar tu pun tah ke mana. Anyway, ni gambar umur dah 5 thn. Sangat taksub ngan rambut cacak. Layan kan je..

Tahun ni raya nak ambik gambar banyak-banyak!!!

Tuesday, August 24, 2010

Gambar 3 4 keping di DEMC


Masa mula2 sampai. Good boy je kan duk dlm selimut. Masa ni dah kena mandi and aircond full blasttttt. Org yg tak demam pun boleh jadi demam duk sejuk beku dlm tu..


Ni tido malam. Tgk tgn dia kena bandage sbb tak bagi tpt masuk IV tu gerak2 keluar. Baik punya dia jaga tangan dia letak atas bantal elok2.


Ni hari nak discaj. Semangat hirup sup. Food kat DEMC was good. Kami yg puasa2 ni menahan bau je. Seb baik mama kau puasa adam. Kalau tak puasa, confirm ambik menu yg lagi canggih untuk perut mama

Menu last day dia. Ocean blue nemo namanya. Ada fish finger. Sup sweet potato. Potato, mayo and coleslaw. Adam makan tak pandang orang lain dah.. Sedap sedap sedappp katanyaaa..

Sunday, August 22, 2010

Dentist Doctor Paed MO ENT..korg figure out sendiri lah

Dalam few weeks ni, banyaknya encounter with doctors.

First encounter last week rabu, sbb gigi. Gusi sakit sebab wisdom tooth ni tak keluar habis. Lepas tu dia dah start berlubang and tersangkut kat gusi. Tu sbb gusi bengkak. So last week rabu, went to Klinik Pergigian Kawan di Puncak Alam. Nama dentist tu tak ingat. Kejam ko zah. So lepas dah cek,
Dentist : Nak kena buat minor surgery ni.. *dia start cerita why semua*
Me : SURGERY??? *mata terbeliak2 dah ni rasanya*
Dentist : Ye dalam 2 jam je
Me : Saya sedar ke time tu doc? *dgn muka tak malu*
Dentist : Sedarr, kena bius jekkkkk
Me : OH NOOOOOO *dlm hati tapi muka panic gile okeh*
Dentist : Datang next week selasa ok, Pukul 8 pm.
Me : OK doc *kononnnnnnnnnnnnnn*

So come next week tuesdaynya, semangat ni berkobar2 nak ke klinik. Alih2 pembantunya call kata tak jadi malam ni, doc ada emergency, kita buat malam esok ye. Rasa mcm nak melompat2 kegumbiraan okeh. Seb baik kat ofis.

Bih tu, nak di jadikan cerita, selasa malam tu dear adam pun start demam.

So next day nya rabu, i took EL sbb demamnya adalah sgt membakar. Next encounter with doctor, doctor dari poliklinik sham. Temperature 39 degree, tekak ada bengkak. Dapat ubat demam, batuk and antibiotik.

Malamnya pulak ketemu lagi dentist dan surgery pun bermula. Start with 3 jabs of bius. Pergh..terbaek dari ladang punya wa cakap lu. Lepas tu mulut kebasssss... Next dia jab kan lagi, kali ni ngan jabber yg lagi besarrrrrr punyaaaaaaa. Zassss 3 kali jugak kena. Tapi time tu kan kebas, mak rileksss youuuuuu... Lepas tu start la dia kerjakan my gusi. Darah mercik2 nihhhhh. Ngeriiiiiii.. After 1 hour lebih, settle. Geraham yg membuat onar tu telah sukses dikeluarkan. Tapiiiiii.. lepas tuuuuu bila mulut kebas dah hilangggg.. terkebil2 dlm gelap tak boleh tido bebbbb.. sakittttttttt..!!!! *spesel utk ida gaya exaggarate ini*

Esoknyaaaaa.. adam punya demam tak kebah2. So jom kita pergi bawak adam ke paed kat seksyen 11. My third encounter with doc eh. Kali ni type paed lak. Kat situ doc tu cakap adam ada tonsil. Besar. Then adam kena neub. But balik dari paed, still demam. Hari jumaat pun demam. Risau makkk..

So sabtu pun demam. Tak boleh jadi ni. Muka mak kau ni dlm senget2 ni pun bedal gak la keluar sbb tgk dia tak sihat kan. So sabtu, lets go to hospital lak. Kali ni pilihan nya ialah DEMC. Tpt baruuuuuu..besttt..besarrr.. Sampai pagi tu kena pegi klinik dulu, jumpa medical officer. My 4th encounter with doc. Doc nya seorang tengku. Tengku Wadi, ni kerabat ko gak ni kot? Ada slang pantai timur nihhhh.. So dia cakap tonsil adam teruksss, dah ada white2 dot due to infection. So dia bagi pilihan
a) Dia bagi ubat-ubatan jugak which i know adam tu susah nak makan especially kalau antibiotik
b) Masuk wad, antibiotik masuk ikut IV.

Sah2 terpaksa pilih b kan sbb nak dia cepat sembuh. Kalau makan ubat kat rumah tu, dah le memonteng je lebih, mana nak baik kan kan. So masuk lah adam ke wad 416. Masuk2 terus kena suh mandi and aircond kena bukak full blastttt sebab nak redakan demam dia. Eh tapi mmg berkesan. Lepas dah mandi, full blast aircond, makan ubat, terus back to normal temp dia. Alhamdulillah.

My 5th encounter with doc, Dr Ahmad, pakar ENT. So dia pun cakap yg sama mcm Doc Tengku tu tadi. No need to worry. After 2, 3 days, sure adam akan sembuh. Doc, masalahnya i've promised my bos nak concentrate on my work sbb dah cuti 3 hari since wendnesday. Ni dah confirm2 kena ambik leave ni. Apa nak buat bossss.. family firstttt..

As at today (Sunday), adam is still in wad. Demam dah tak ada. Tonsil is still there belum cured and batuk belum baik lagi. Looking at that, tomorrow monday, i still need to be in the hospital.

So begitulah ceritanya, my encounter with 5 jenis doctor berbeza2 bakground dlm masa 2 weeks.

Dear adam, semoga cepat sembuh sayang!


Monday, August 16, 2010

Barbie doll dina


Dina baru dpt Barbie doll last saturday.. Happy dia, sampai nak tido pun peluk barbie doll..

So this morning, dlm mata terpejam sambil didukung oleh mamanya ke kereta..

Mama : Dina nak bawak barbie doll tak?
Dina : Tak nak
Mama : Kenapa?
Dina : Nanti baby iyad ambikkkk..

Baby iyad - sorg budak kecik yg di jaga oleh acik

Boleh tahan gak bedekut budak dina nih.. Macam la baby iyad tu nak main sgt doll2 nihhh

Gambar Dina tido malam tadi berbungkuskan kain pelikat babah nya..kekeke..


Wednesday, July 21, 2010

Dialog Dina bertemu tulang Mama

Mama : Dulu kan, masa dina kecik-kecik, dina duduk dlm perut mama
Dina : Dina nampak Adam
Mama : Mana ada adam..
Dina : Dina nampak tulang mama
Mama : Ye ke? Dina buat apa dlm perut mama?
Dina : Dina tidoooo jekk..
Mama : Tido je?
Dina : Dina tak main-main
Mama : Kenapa dina tak main-main?
Dina : Nanti tulang mama sakittt..

Kekekeke.

Dina now ada tagline baru"Tapiiiiiiii.. dottie tak payahhhh punnnnnn*
Pengaruh iklan TV betullll..

Tuesday, July 13, 2010

Jom jadi waiter bersama Adam

Last wiken adalah sesi berkampung di rumah sendiri sbb the babah is busyness. Maka adalah one sessi tu, adam ajak main adam-as-waiter-ambik-order-lepas-tu-masak

Adam : Mama nak makan apa?
Mama : Hmmmmm.. mama nak bubur
Adam : Bubur apa
Mama : Bubur ayam
Adam : Ok..

Adam : Dina nak makan apa?
Dina : Nasi dengan telur
Adam : Ok..

So dia pun sibuk lah mengeja atas kertas.. waiter ambik order lah katakan kannnnn.. khusyuk nak mengeja.. Yg mama nya pun buat tak tau je la kan sbb nak tgk apa dia tulis..

So..taraaaaaa.... Inilah hasilnya..

Paling mahal.. TELO tu..ngehehehe..
But still, not bad for a 5 years old la kan kan *ayat penyedap hati*

Thursday, July 8, 2010

Berdialog bersama Dear Adam

Mama : Ikut cakap mama.. Who is afraid of the big bad wolf?
Adam : ..bip bek wolf..
Mama : Adam tgk mulut mama nih.. biggg baddd wolf
Adam : bip bek wolf

OK mama give up.. Confirm takde ciri2 cikgu aku nih


Adam : O for apa mama?
Mama : O for Octopus
Adam : Bukannnn.. O for Open
Mama : Sama la.. O for Octopus, O for Open
Adam : Mana bolehhh.. O for Opennn.. V for Octopus
Mama : V for Vegetable lahhhh..
Adam : Sama la tuuuuu...

Bila plak octopus = vegetable nih?


Uncle H : Tadi adam makan apa?
Adam : Karipap
Uncle H : Karipap tu apa?
Adam : Karipap la
Uncle H : Karipap tu kuihhhhh..
Adam : Mana adaa.. karipap bukan kuih. karipap tu karipap laaaaa..

Ok adam.. u'r the boss

Tuesday, June 22, 2010

Dear Dina, minum susu kena bagi habis tau

Situasi Dina tgh minum susu

Dina : Tak nak dah *Susu ada lagi 1/3*
Mama : Tak habis ni. Kenapa tak habis?
Dina : Nanti Dina gemuk..

Kecik2 dah kecoh pasal gemuk tak gemuk..iskk..

Wednesday, June 16, 2010

Dina yg prihatin

Mama : Dina, mama sakit badan lah.
Dina : Dina urut mama ok
Mama : Ok.. *dgn relanyaaaa*
Dina : *start picit bahu mama*
Dina : Burrrrpppppppp... alhamdulillahhhh....

Boleh gitu???

Thursday, June 3, 2010

Mana mama dia?

Sebuah conversation di kedai ikan, bukan ikan pasar okeh, ni kedai jual ikan as pet..

Exact location, depan akuarium, penuh dgn ikan2 kecil yg comel comel

Dina : Sian nya ikan niiii, tak ada mama diaaaaaa..

Oh comel nya.. mcm i masa kecik2 dulu..comel kan?

Wednesday, June 2, 2010

Remember me tak?

Hari ahad lepas kan.. tah apa kena penyakit tah kan..

Ada la satu buku cerita ni dah beli lamaaa.. ada la dlm 2,3 minggu dah tersadai kat rumah tu. Cerita by Sophie Kinsella.. Remember Me?Auwww..romantik kan buku saya baca..

So anyway, semalam setelah sekian lama tgk buku tu bertapa atas kabinet tu, so saya pun memulakanlah langkah pertama.. Remember anaz punya point kawan2? Make the first stepppp.. So semalam saya pun mulakan lah first step tu, mula2 baca analogue dia..wah menarik.. Lepas tu rileks dulu. Lepak lipat baju dulu, layan budak2 kejap, masak untuk lunch kejap. Suapkan makan budak2 lepas tu. Then semua dah allright, baru kita mulakan episode 1.

Bila dah start episod 1, mula la melarat2 tak nak stop. Imagine normally kalau wiken, i'll take a nap. Nap ke weh? Tido more like it. Tapi kali ni sbb syiok sgt baca.. terus2an membaca sampai ke petang. Break kejap bagi kanak2 minum petang. Then sambung lagi dan lagi sampai ke maghrib, baru nak ingat mandi. By that time dah chapter berapa tah. Dah 2/3 dari buku tu lah kira2nya.

Ok.. lepas tu mandi bla bla bla makan. Settle. Kanak2 pun dah start ambik bantal. TV plak takde cite menarik.. ok jom sambung lagi.. By 10.30pm, settleeeee satu buku tuuuuu. Berjaya juga akhirnyaaaa..

Cite tu best. Mulanya nak beli Shopaholic series tu. Tapi masa tu duit cash ciput, nak value for money kena la beli the whole series sekali kan kan. So cash dah kurg, ambik je la buku Remember Me tu..

So the story is about this girl yg accident, hit on the head. Lepas tu hilang her memories of 3 yrs back. Memang best. Ada part2 yg kelakar, i giggle sorg2. Nanti ada la anak dara kecik tu tegur "Kenapa mama ni gelak2 niiiiii".. Kaco daun lah dina ni..

Untuk cerita selanjutnya, sila baca sendiri ;)

Tuesday, June 1, 2010

Adam oh Adam

Mama : Adamm, mama sakit perut lahhh
Adam : Ada baby dalam perut mama agaknyaaaa

Buat lawak plak dia time2 org sakit perut nihhhh..

Friday, April 23, 2010

Keje dia nak con duit orang

Korang kena paham, entry ni patutnye dipublish like 1 month ago ye.. harap maklum

Korang pernah dpt tak satu call dari number ni 03-21788888?

Tadi masa tgh surfing facebook.. eh bukan.. masa tgh buat functional spec :p.. my handphone berbunyi..

I'm just a little bit caught in the middle.
Life is a maze and love is a riddle

Tu ringtone saya yek..

Alih2 ada suara female chinese lady dalam bentuk voicemail mcm gitulah.. Dia kata i have a pending transaction of RM3k+ with AMBank credit card waiting for approval. Press 0 to confirm, press 5 to repeat, press 9 to speak to an operator.

Well..sesungguhnya saya tak ada kredit kad okeh. So sungguh fishy. So i press 5 nak dgr lagik. Dia ulang suara. Tak puas hati lagi ni, tekan lagi 5, terus line putus.

Memang fishy okeh dgn suara minah tu yg sangat tak profesional. Takkan AMbank punye customer service suara mcm tu kan..

So i google the number.. the beauty of google okehhhhhh..

Tadaaaaaa..it's actually a scam. Let's say the receiver tu tekan 9. Ada sorg yg akan pickup the call. Nanti i akan cakap, eh i dont have a CC with AMBank maaaaaa.. so then nanti dia akan pura2 cakap, ok i'll transfer u to a bank negara officer in charge of CC scam. Then another person will answer your call. Dia akan cakap yg dia akan buat siasatan, but in the meantime, pls let me know all your credit card number / pin number / account number that u have. Gilak kan. Jenis mcm ni pun boleh kannnn...

Lucky me.. kalau tak aku dah kena con dgn these people yg mcm sengal keje nak con duit org je manjanggg..!!!

AMBank..pls do something about this.. Sebab number tu mmg number AMBank..cuma that number can receive incoming call je, cannot make outbound calls.. AMBank oiiii.. *ni mak su lah ni*