Tuesday, July 29, 2008

Dina demam ah!

Start saturday, Dina demam. Bila malam lagi lah panas badan dia naik. Tak dapat plak diukur tahap temperature dia sebab mama dia ni tak pernah2 lagi beli termometer tu. Entah bila tahun nak beli tah!

So bila time malam je, start lah cik dina kita ni merengek2. Tido malam mcm2 aksi dia buat still tak kena. Last sekali mama angkat dia tido atas badan mama. Sebab haritu teringat Umi dia cite, dia suka landing atas perut Umi. Bila dapat atas badan, terus senyap tido dengan lena nya. Tapi Dina, apa jadik kat mama Dina ni? Terpenyek wo mama. Sakit pinggang mama tak boleh gerak2. Tapi, demi mu Dina, ku korbankan jiwa dan ragaaaaa..

The whole of Sunday, Dina dok clinging to me. Takat cling je tak apa lagi, ni nak merengek2.. Oh sunggu menguji kesabaran sungguh. Dah tu abang nye plak, takde keje lain la hari Ahad tu, nak susu every 2-3 hours. Adehsss.. kelam kalibut jadinya dunia ku. Stress wo. Dah la babah nye tak ada, sangat busy dgn meeting2 cawangan dari siang sampai ke malam. And also, i receive an SMS invitation for a cawangan meeting this saturday. Ehhh cik ketua.. mana nak ku letak anak2 ku yg cargas niii..

Oh gambar di bawah ni tak ada kena mengena dgn tajuk posting ni. Ni gambar adam tgh belek jari adik dia masa adik nye dah tido. Also, adam dah pandai tidurkan adik dia ye. Dia tepuk2 badan adik dia. Bagus bagus. Kurang satu job scope mama kat rumah. Tapiiii, bila time dia nak tido pulak, dia tarik tangan mama dia suruh tepuk dia plak. Aisehhhhh.. Not forgetting, to Jib, K's sweetheart, Happy 3rd birthday to u!


Tengok muka saya ni

Kawan2, tengok lah muka saya ni.. Ada tanda. Haritu nak buat circus sikit kat rumah Umi, aksi bertajuk "Cobaan memanjat kerusi kayu Umi". Bila panjat tu, sudah terpeleot kena kerusi betul2 kena tang pipi saya yg tembun ni. Maka bertanda birulah muka saya.


Petang bila mama datang collect i, Umi terus cerite what has happened. Mama kata "Lasak macam boy". Ater, tengok lah sapa abang saya yg hensem tu, apa dia boleh buat, mesti la saya boleh buat jugak. Takkan dia je nak buat sorang kan?

Tapi yang paling penting, mama cakap, saya tetap comelllll..

Kau yang cantik

Sopan Santun

Paling Comel

Di hatiku



Monday, July 21, 2008

IT Family Day


Ye, last wiken 19&20, kita ada family day kat PD. Lokasi : Glory beach resort. We all sampai around 2.30 pm, terus check in. Dapat satu number utk lucky draw, number 019. Ye, 019 akan win grand prize malam ni.. a 29 inch tv. Sungguh konfiden tuan punye 019 ye. Kalau dapat boleh lelong..hehehe..

Lokasi bilik is B8-9. Tingkat 8 unit 9, hujuuuuung sekali. Alamak..mcm seram je..kot ada momok ke. Apartmen ada 2 bilik. Satu queen and satu single. Mama dgn Dina sure la dpt bilik yg queen kan. So babah ambik extra tilam, kena caj 20 hinggit. Malam nanti plannya nak tido depan tv, angkut tilam dlm bilik single tu. Actually bukan single, double katilnya.


Adam tgh posing dalam bilik

Yg ni utk Aunty Pah..

Start at 5.00 pm, ada sukaneka utk adults dan children. Adam dah di consider uncoltrollable bila tgk kolam ye. So babah kena layan dia habis2an. First time masuk pool tu, sibuk nak cuba gelongsor tu. Maka dia dgn beraninye naik dan toron. Toron2 terus tertomoih dalam air. Bababnye terpaksa interframe la. Bila bawak dia naik, sibuk cerite air masuk dlm mulut and hidung. Ala kesian anak mama. Terus fobia tak nak toron. Tapi berapa lamakah fobia nya itu? Sekejap jeeee..


Sementara org bersukaneka, Ms Dina kita sibuk buat taik mata. Maklumlah kena angin sepoi2 bahase tepi beach. Sedaplah kan. Mama dah tentu tak boleh main sukan lah kan. So jadi tukang gelak je la kat tepi tu. Aaaa..gelak gelak tgk aksi org tua main sukan!



Malam macam biasa la ada dinner kan. Ada lucky draw. So, did 019 won the grand prize? Almost lahhh.. dapat no 5! Tu dapat standing fan. Amat sesoai sangat lah tu. Mmg ada cadangan nak beli pun, nak letak kat bilik Adam. Yg toto tu menang sbb dapat teka bilangan biji butir cokolat dlm balang ye. On the dot okey! 102 biji.. Teror ke apa ni? Consider teror lah kan.. Yg kecik sikit tu is set pinggan mangkuk. Yg tu menang sama dgn sijil dgn pen drive tu. Menang utk apa? Korang telek lah sendri sijil tu tulis apa.. Auwww..


Thursday, July 17, 2008

Makan apa?

Semalam balik dari ofis, i terasa nak dinner di luar lah. So kitorg pegi ambik adam and dina dari rumah umi. Adam mcm biasa, each time nak ambik dia, mmg dia excited bangat! Nampak2 je muka mama dia kat pintu, soalan pertama dia ialah "Babah?".. Aisey potong stim ah adam ni. Mama yg dtg sambut dia, babah lak dia tanye.

And so, we had dinner at a nearby restaurant je. Sebelah kiri kedai tu ada kedai jahit baju. Ada notis kat depan kedai tu ye which says "Tempahan baju raya ditutup pada 15/07/08". Aisey..sekali lagi potong stim ah! Macamana ni? Kain baju raya pun tak beli lagi, tempahan baju raya dah pun stop. Hampehs..

Di sebelah kanan kedai makan tu plak, ada satu kedai jual barang2 sekolah and jugak toys. So makanye, Adam sudah jadi hilang punca arah tujuan sebab mengenangkan Ultraman, Transformers segala benda superheroes kat kedai tu. Kejap2 gi jengah kedai tu, mcm la kedai tu nak hilang dari situ. So babahnye tak tahan, tukar tektik sikit la. Asyik dok beli patung2 je kan, so bawak dia ke section buku. Dapat la dia buku Ultraman coloring and stickering. Penuh la muka dia ngan mama dia ngan adik dia ngan sticker2 ultraman..mangsa keadaan sungguh la.

We all order Grilled Chicken Chop. Sedap tapi kenapa chicken chop dia makin kecik eh? Dina order Hulk Hijau and Merah. Tu dia tgh geget geget. Adam biasa la..mana nak makan. Dok terjengah2 kedai sebelah tu.

Lepas makan nak belikan basikal baru Adam. Basikal yg ada kat rumah tu..dah terkepak tayarnya. Tapi kedai basikal Puncak Alam tak best lah! Nanti ye Adam, kita pergi cari kat Meru okeh??

Tuesday, July 15, 2008

Mari berpesta

So, this is the birthday girl..kiut kan.. The birthday even + aqiqah agak happening jugak. Pagi2 dah ada marhaban. Lepas tu petang sikit ada clown ye. And Adam is quite penakut dgn clown. Dah la clown tu melepak depan rumah kitorg sambil budak2 queue nakkan belon, so Adam dok menangis lah bila nak ajak keluar tgk clown. Dgn clown dia dah takut, apatah lagi belon! Belon pun takut sayang ye.. Tak pe tak pe, nanti mama beli belon buat stok dlm rumah ye sayang.. I like i like!!

So, and this is not the birthday girl. On Sunday, mak uda datang bawak kad kahwin mak su. And also dia pass kan baju Ms Hanny yg dah tak muat tu. So this is the baju i like i like!! Seksi seksi..auwwwwwwww..


Friday, July 11, 2008

Present..presentation.


Ye..someone will be getting a present lah this weekend. Sapa ye? Tentulah Miss Nasya the belated birthday girl. Apa ye dalam tu? Dalam tu ada baju Kiko. Kiko je. Ai tak mampu nak beli brand power2 aih. Cantik baju nya sangat sweet. Sweet sebab babah yg pilih ye. Kalau ai yg pilih, ulang2 kaler pink, asyik2 kaler pink. Tak ada kaler lain ke? Ih ih ih..


Ye.. Adam pun dapat present. Hulk bawak motor ye. Letak bateri, boleh gerak sendiri. Dia sgt gumbira dapat Hulk.. or dalam bahasa dia "Ak". Nanti nak cari dvd Hulk pulak. Sila ignore baju dgn seluar yg tidak match itu. Dia dah kebolosan di rumah umi, so belasah le seluar yg tak matching colournya. Asalkan seluar lah kan sayang..


Ye.. Dina pun dapat present. Sangat susah la pulak rasanya nak cari present utk girl. Toys semuanye berupa doll or bear2 segala. Kat rumah yg beruk tu pun dia tak berani nak usik, apa lagi nak belikan dia yg baru. So puas la keliling kitorg dok cari apa nak bagi kat Dina. Last2 masa nak bayar tu, kat kaunter tu ada le benda ni. Tu benda yg di geget geget ngan rakusnya by Dina although kemain cantik bersimpuh lady like.. Benda tu kalau kita squeeze, boleh bunyi2 ye.. Kiut..

So this weekend activity will be:
1. Attending birthday party cum Aqiqah kenduri
2. Stay kat rumah sebab Mak Uda and famili mau mari bawak kad kawin Mak Su.

Ye, my youngest sister is getting married this coming August. Nikahnya on the 8th of August. Konon2 nak kejar 08.08.08 lah! Whatever lah mak su! Hantaran pun 8,888.88 ke mak su? Adam punye tugas is to be the "flower boy". Errr.. kang tgh jadi flower boy, terbolos macamana? Aiyokk..tak tauuu..!! Kira tu present Adam pada Mak Su and hubby le.. Muehehehehe..

Thursday, July 10, 2008

Senget

Last wiken babah menanam pokok.. Pokok buah dragon.. Tapi lepas dua hari, pokok tu dah senget. Dah pesan kat babah tegakkan balik, tapi tak jugak di tegak2kan nya. Maka kesengetan lah pokok itu. Tu bukan apa tu. Nak tunggu abang tukang potong rumput tegakkan lah tu. Panggil dari hari Isnin tak mai2 jugak lagi. Rumput ai dah panjang dah tu.

Aaaa..ada khemah di depan rumah ai. Tapi bukan khemah ai ye kawan2. Tu khemah rumah sebelah. Dia nak buat kenduri + happy birthday anak nye. Last wiken tak jadi. So ke mana kita babah nak cari hadiah Miss Nasya tu? Miss Nasya dah setahun, sama baya dgn Dina, beza kat bulan je. Nasya is on 1st July and Dina lak 28th Sept. Nanti esok2 nak pergi sekolah, boleh together2 kan. Sure comel!

Wednesday, July 9, 2008

Seposen nye muka!


Black Dog Bone
Si Gadis Ayu
Hey si gadis yang manis
Senyum di bibir terlukis
Hey si gadis yang ayu
Sebentar lagi kita bertemu
Woh woh woh
Gadis ayu...
lesung pipit di pipi
Ayu... senyummu menawan
Gadis ayu... ku jangan dihampakan
Ayu... sungguh ayu
Hey si gadis yang manja
Aku telah jatuh cinta
Hey si gadis yang ayu
Kau kan jadi milik ku
Gayamu lembut bila engkau menari
Woh woh
Kepintaranmu itu menarik hati
Woh woh

*Otai lah Mama ni!*

Adam's milestone

Suka nye.. sukanye.. Semalam ai gi ambik adam dari rumah umi.. Sampai depan pintu rumah umi

Adam : Atak, atak, atak *non stop ok*
Mama : Apa yg atak ni?
Adam : Atak, atak, atak *kali ni sambil aksi pegang seluar*
Mama : Errr..
Umi : Dia tak pakai pampers dah Zah..
Mama : Oooooo.. *eh tapi apa kaitan pampers ngan Atak*
Adam : Atak, atak, atak..
Umi : Akak cakap kat dia, ada katak kat pampers, tu yg dia tak nak pakai pampers dah
Mama : OooooOOoooooo.. Kataaaakkkkkkkkkkkkk..
Adam : Selembab betul la mama ni! *yg ni exaggerate*

So..eeiii suka nya suka nya.. Adam tak pakai pampers. Tapi umi pesan setiap 10 minit tanye kat dia nak kencing ke tak.. Aaaa..jenuh tiap 10 minit. Tapi takpe..

Balik rumah.. One time telah kebolosan di depan sliding door.. Tapi tak pe sayang.. Mama is still happy.. Nak kena bagi hadiah kat Adam ni.

Mama : Adam nak hadiah apa?
Adam : Edonal *sambil senyum2*

So kawan2.. sila teka apakah itu Edonal? Muehehehehehe...

Thursday, July 3, 2008

Boring sih..


It's now 6.55 pm.. masih kat ofis.. Boring gila. Gila pun tak boring macam ni punye gila boring. Tengah tunggu kereta hantar servis, dari pagi hantar sampai ke petang ni tak siap-siap. Lembeb sungguh. Kesian kat Adam dgn Dina. Semalam dah la lambat, hari ni pun lambat lagi. Mesti dalam hati diorg berbisik "Boring gila. Gila pun tak boring macam ni punye gila boring"...


This wiken ada besday party + aqiqah anak pada neighbour sebelah rumah. Apa nak bagi hadiah eh? Nasib baik girl, ada banyak choice sikit. Tapi bila nak beli hadiah nya? Esok dah hari jumaat, lusa dah majlisnya.. Takkan lah esok lepas kerja nak pergi merendek JJ dulu? Tak boleh lah.. Semalam dah lambat, hari ni dah lagi lambat, esok mana boleh lambat. Kesian mamat ngan awek ituh..


Tell me.. who can sampai hati nak tinggalkan ini face lama2?

Or this face?