Wednesday, July 29, 2009

Dilanda Ribut Topan

Dah macam di landa garuda dah blog ni.. Sunyi sepi tak ada bunyi. Lately, blog access dari ofis adalah lembab selembab2nye.. Dgr katanye diorg limitkan bandwidth access to outside.. Adakah itu betul? I have no idea.. Tapi bila access time2 ni (now dah pukul 6.30 pm), laju la plak. So i think betullah kot kan sbb ramai dah pulang rumah, aku je tak reti2 nak balik rumah oiiiii..

Anyway, there's nothing much to cerita about. Last wiken Adam went for Boys' Day Out with Babah to PD. Seronok gila dia dpt mandi kolam. Dapat mandi laut. Balik2 sampai rumah dah tak larat bukak mata. Adik nye la kesian kena tinggal kat rumah dgn mama. So we had a very long Girls' talk at home. More like bebelan yg panjang kot..

Where is my B.. B oh B.. My vitamin B

Tuesday, July 14, 2009

eToyol

Sapa tau lagu toyol nyanyi by Arwah Sudirman? Lepas tu lagu tu direnewkan lagi by Aznil Hj Nawawi. Adam and Dina is so much in love dgn lagu tu. Even before cite eToyol.com kat tv3 tu ha. So bila keluar cite toyol tu kat tv3, apa lagik..mulut tak habis2 dok menyanyi lagu tu. Sambil tu dipaksa nye mama nya nyanyi sama.. "Ma, lagu toyol ma"

Jeng jeng jengggg..mama nye pun nyanyilah..

Toyolll
Dia datang padaku berlari lari
Tolong
Ke mana kan ku pergi
Toyollll
Kenapa pula aku yg engkau cari
Tolong
Rupanya hodoh wow wow wow wowwwww

Tiba2 aku rasa sakit di kepala
Terjatuh dari katilku
Sungguh besar benjolnya

Rupa2nye ku bermimpi
Tidur tadi aku tak basuh kaki
Mimpi mimpi

Aaaaa..tu cuma sedutan sikit je dari lagu dia.. Kalau mama nye tengah nyanyi, harus la ada backup singers dia kan. Tukang sambut hujung2 tu adam dgn dina lah.. Lagu penuh dia, lagi panjang. Korang google2 lah sendiri kalau nak dgr lagu dia mcamana. Jangan ada plak yg datang jumpa aku kat ofis "Zah, lagu toyol zah".. Ada aku sepuk kang..

So korang follow ke cite tu kat tv3? Show tu tiap hari isnin 3.30 -4.30 pm. Tapi malam ada siaran ulangan kat tv9 from 8.30-9.30pm. Even though adam dah tgk petang tu kat tv3, dia still nak tgk jugak yg ulangan malam2. Citenye berkisar psl toyol lah. Dah tajuk pun toyol kan, takkan tajuk toyol keluar cerita ala2 Tragedi Oktober erra awie plak kan. Kalau nak cerite, panjang cerita ni. Dah nama pun cerita bersiri kan. So kalau korang nak tgk, korang usha2 la tv tu malam2.. Takde la seram..ada unsur2 komedi sikit. Toyol yg dah berevolusi katanya. Siap main PS2 lagi tuh.. Canggih tak canggihhhhh..???

Monday, July 13, 2009

Jiwang karat

Lama tak ada UP kan gambar adam and dina kan. Adam sgt gila dgn transformer dia. Haritu call tok abah & mak tok nya, sibuk cerita dia ada CD transformer. Siap janji nak bawak balik rumah tok abahnye. Cik abang oi, bila masa mama promise u balik kampung nih? Oh yes, kita nak balik awal august kan kan.. by that time CD tu dah jadi ikan pekasam, lunyaiiiii dibuatnya..



Dina plak sibuk dgn dgn apa ye? Dia tu sibuk dgn apa yg abang dia sibukkan. Copycat betul. Idola dia la tu kiranya. Semalam malam, normally kalau dia dpt susu sebotol, dia akan cakap "Nak tido". Nanti dia katupla matanya. Posisi memang sebelah me, always. But kalau dia dtg perangai mencari babahnye, mcm semalam, lepas habis susu dia, dia duduk katak, "Nak tido ngan babah". Terus dia bangun, peluk bantal busuk dia sebelah kanan, sebelah kiri plak tarik bantal tido yg besar gabak tu. Selamba je dia heret pergi kat babah dia. Letak bantal, bummmmm terus lelap okey. Sungguh ku tergores. Sadis..

Tapi apa2 pun.. i love u both. Miss u two..although kalau kita kat rumah, mcm nak roboh rumah tu dibuatnye sebab mamanye kaki jerit.. Muah babiesss.. Asal aku jiwang hari ni?




Thursday, July 2, 2009

Cite bonet kereta

Hari ni kita cite kisah bonet kereta. Tadi pergi makan dgn kawan2 ofis sedepartment. Wah seronok seronok.. dapat lunch kat luar. Nak harap lunch kat dlm ni, hidup segan mati tak mahu. Ngeri ohhhhh..

So dgn gumbiranya..jommm kita pi makan. A friend drove her car. Sebuah kereta wira special edition. Cunnn kaler itam berkilat. So jommm naik kereta. 4 orang sekereta. Me and another friend, idora who used to have a blog tapi dah katup, duduk kat belakang.

So naik, tutup pintu. Duk diam2. Sambil2 tu kutuk owner kereta, apa ni ada helmet dlm kereta. Oooo..helmet husband dia. Tadi pagi dia hantar husband nye ke ofis sbb hari kan hujan. Isteri mithali woh.. Oh yes, dora offer nak pakai helmet tu dalam kereta.. Ko pakai dora..memang aku tak ngaku kawan..

Kereta bergerak gostan gostan. Forward ke depan. Ok kita keluaar dari pagar ofis. Mulut masing2 pot pet pot pet. Alih2, i feel lain macam lah. Tgk muka dora. "EEehhhhhhhhhh bonet terbukakkk!!!!"

Kekekeke.. ye kawan2. Bonet kereta owner kita terbukak seluas2nya. Dah gayak nak jadi transformers ok.. Autobotttt..transform!!!!

Kitorg dlm kereta gelak nak pecah perut!!!!! Tu kitorg yg dlm kereta, apa plak kata mereka yg nampak kitorg yg di dalam kereta yg ingin berubah menjadi transformer??? Lawak lawak.. you make my day lah Puan AYA!!!!