Thursday, January 21, 2010

Betul ke apa aku dengar eh?

Sapa dgr radio pagi tadi? Eh specific sikit.. Sapa dgr berita kat radio pagi tadi?

Kerajaan nak cadangkan harga rokok dinaikkan lagi. Naik ke berapa RM tu korang rasa? 10 hinggit? Nooo.. 11? Nooo jugak.. 15? Pun noooo..

50 okehhhhhh.. 50.. LIMA PULUH HINGGIT...

Syabas syabas!! I support u..

Tuesday, January 19, 2010

Entry provokasi untuk Pah

Sejak2 tahun baru 2010 ni, perjalanan ke ofis adalah satu pengembaraan yg amat mencabar dan menguji kesabaran.

Jalan sesak gila2 punya. Stuck dari ITm puncak perdana sampai ke traffic light bukit jelutong tu. Gila! Eh apesal korang ramai2 duk area di mana aku duduk eh. Please lah. Duduk tempat lain boleh tak? Menyesakkan jalan lah korang ni..!!

Dah lepas situ, kena plak jam kat tol BJ tu. Ni lagi satu. Keje naik taraf manjang! Tutup satu jalan. Tak cukup dgn tu, cuba pikir, dari jalan sebesar alam masuk tol tu jadi 2 lane je ke kiri nak masuk NKVE. Dah jadi leher botol kat situ. Tolong tolongggggg..

So apakah alternative yg aku ada untuk mengelak jalan2 berupa sebegini?
1. Keluar lebih awal. Now ni kitorg keluar rumah pukul 6.45am. Bangun pagi seawal 5.45am. So..nak keluar at 6.30am? Agak2 ada perbezaan tak jalan tu kalau kita cepatkan 15 minit tu? Hmmmm.. nak cuba?
2. Lalu jalan alternatif lain. Contohnya boleh lalu Meru masuk setia alam. Tapi meru tu pun bapak jam jugak kat simpang 4 tu. Tapi mungkin boleh cuba.. mana tau jam nye tak seteruk BJ tu. Jom cuba..
3. Dengar kata dari nusarhu puncak perdana tu akan ada penchala link 2. So makna kata kete nak pegi KL boleh lalu jalan situ. Bila kereta ke KL lalu situ, so kurg lah jalan sesak BJ tu kan? Tapi bila agaknya jalan yg ditunggu2 tu nak siap? Hmmmm..nak kena tunggu?
4. Pindah rumah. Duk dekat apartment ain kat seksyen 8. Bulan2 dalam 500. Dah le nak kena bayar duit rumah skang ni, lagi nak spent another extra 500 utk rumah sewa. Banyak duit mehhhhhhh????

So antara 4 tu mana yg lebih attractive?

NONE

Merasa la kau jalan sesak seumur hidup ko zah!

Friday, January 15, 2010

Cerita adam di sekolah lagi

6.45 am
Adam telah di wake up kan bangun untuk pergi ke rumah acik. Babah kena dukung bawak dia turun bawah. Dan sekali lagi kena dukung bawak masuk kereta. Dannnn sekali lagi kena dukung dari kereta masuk ke rumah acik. Manja lah adam ni! Tengok adik, selamba rock je dia masuk rumah sendiri sambil mulut bebel2 ceria. Masa dlm kereta on the way ke rumah acik, adam dah start meragam tak nak pegi sekolah, nak cuti katanya!

8.30am
Mama call acik. Adam pegi sekolah ke? Pegiiiii tapi ada sikit2 drama la..nangis2 sikit. Kena makan ubat demam yg mama bekalkan sbb badan dia mcm tak sihat sgt.

1.30pm
Mama call acik. Adam buat apa? Tengah tidur katanya.. Ooohhhhh...penat agaknya balik sekolah

2.00pm
Babah call mama. Adam ok tak? Okeyyyyyy kata mamanyaaa.. Since babah kerja esok, so malam ni jom bawak adam pegi KFC for completing the whole week of school.

2.15pm
Teacher yasmin call mama. Dia kata he's progress is quite OK for today. Dia buat reading dgn teacher haryani. Teacher yasmin kata "He can reaaaadddddd". Oh yes.. malam tadi dah belajar dgn mama dia maaaaaaa... Mama dia pujuk dia baik punyaaaaaa.. Tapi ada one time ni, adam cakap dgn cikgu, "teacher, adam mengantuk lah".. hehehe kiut. Sure sbb makan ubat demam tu kot. Tu yg balik sekolah, terus tido tu..

GOOD JOB ADAM!


Thursday, January 14, 2010

U can do it Adam!!!

Semalam punya entry baru je puji adam good boy kan kan..

Tapi malam semalam dia cakap, dia menangis kat school. So including semalam, dah 2 malam berturut2 dia cakap benda yg sama. Masa first night tu ingatkan dia main2. Abih dah masuk malam ke dua ni rasa mcm heran la pulak kan. So malam2 tu jugak me sms teacher fida. Did adam fitri cry in school? Ok kena letak nama penuh sbb ada 2,3 adam kat sekolah tu, nanti teacher fida confuse. Then she replied. Yes, during reading session. So i reply balik, dah brp hari dia cry? Teacher reply, "dah 2 hari. mungkin dia belum biasa lagi. puan jangan bimbang ye"

Ok.. jgn bimbang..? Mana boleh jgn bimbang. Mesti lah i bimbang okeh. Tgk mood dia nak pergi sekolah pun went down. Then pagi tadi dgr cite dari acik, dia menangis masa bersiap nak pergi sekolah. Alahai, ni yg tak bestttt nihhhh..

So tadi petang around 4 i called the principal pulak. But principal said nothing to worry about. Dia baru 5 thn. We cannot push him if he does not want to. But next time, she's assigning teacher fida to concentrate on adam. By the way dia ada mention adam not focus dlm kelas *ikut perangai sapa ni eh?*. Bila dia buat kerja and boring, dia akan stop. Full stop. Pujuk la mcmana pun, dia tak nak buat. Time tu la nanti dia boleh nangisss..

Sooooooo.. malam ni.... adam, jom mama nak slow talk. Nak kena encourage lebih. Nak kena kurgkan tv. Jom buat homework kat bilik. Nanti mama bacakan buku. Lepas tu kita bukak A B C games kat laptop mama okehhhh..

Adik.. u r welcome to join, tapi mulut tolong diam pleassseeeeeee..hehehehe..


Wednesday, January 13, 2010

Adam's 2nd day berhomework

How's adam in school? so far so good. Cuma dia moody sikit bila bangun pagi sbb mungkin letih kot gi sekolah. So kalau kena kejut pagi2 tu mcm mamai2 je. Normally kalau dia tak sekolah, cargas je bangun pagi time mama babah dia bgn pagi nak siap pergi kerja.

Dah 2 hari dia ada homework. Hari isnin dia kena tulis huruf 'a'. One page je so no problem la dia. 2nd day, kena tulis 1 2 3..ada 4 pages semua sekali. Haaaa..yg 1 tu dia dah buat kat rumah acik. Pastu acik dia kata, dia tak nak buat dah. Balik rumah malam kena sambung lagi 3 pages tu. Haaaa amikkkk.. bergaduh2 mama ngan anaknya..kekeke..

Adam marah2. Mama dia pun sama naik marah2. Ni tak boleh jadi ni. So kena reverse psychology sikit..cewah..tak sia2 ambik kelas psychology masa kat ppp dulu hahaha. Each time dia dpt tulis, mamanya clap clap clapppp.. Sambil puji2 la sikit "Pandaiiiiinyaaaa". OK dia excited gilak dgr puji2an. Tu yg semangat tu nak siapkan. Tapi adik dia jeling je dari tepi..dengki lah tuuuuu.. Siannnn dinaaaa.. Nanti turn dina plak okehhhhhh...


Wednesday, January 6, 2010

Selamat bersekolah to all!


Best..

Bestnye cuti yg sangat lama. Walaupun tak ke mana2, stay kat rumah je.. pun best sangat2..

Adam's first day in school adalah sukses. Tak ada kejadian nangis2 peluk2 sauk2 kaki. Pagi2 dah excited siap dgn uniform, kasut sekolah and socks. Adik nye sangat mencemburui dia tapi dipujuk dgn kata2 "Lepas hantar adam to school, kita pergi sarapan ye". So she was fine.

8.00 am dah hantar adam and kitorg ada la stay kat situ dlm a few minutes, lepas tu kitorg blah. Pegi breakfast and then patah balik ke school tu just nak check him out lah kot2 nangis melalak2 ke. But no, he was fine. So kitorg pun balik la rumah tunggu time dia nak balik, nak pick him up. Around 10.30 kelas habis, ngam2 sampai school tu, dgr the teacher tu cakap "Tomorrow, no toys to school okey".. Aaaaa..that was dedicated to my boy. Kekeke..ada ke pergi sekolah sibuk nak bawah toys. Kan dah kena sounddd..nehehehe.,.

Anyway, the next day, dia adalah mematuhi arahan teacher. No toys to school and awal2 dah pesan to me "Kejut adam tau, adam nak pergi sekolah". 2nd day at school, ada artwork sikit. Lekat2 kapas on gambar sheep. Bila sekali pandang, macam tikus putih pun ada jugak jadinya..! Balik rumah siap ada aksi menyanyi dan menari. Tapi sepatah apa pun tak paham biji butir apa yg dia nyanyi..yg i can catch cuma "Chooo choooooo" siap aksi train bagai.. Ok tu i can understand..

Hari ni no school sebab this week is induction week. Today and tomorrow is induction day untuk 3 and 4 year old kids. Start friday, baru kelas back to normal.. 8 to 11am. And nanti, teacher akan pick and sent him to acik's house.

Anyway, seronok la tgk budak2 masuk sekolah. Ada tu masa nak balik, i can hear ada yg tgh menangis.. "nak susuuuuuuu nak susuuuuu".. Adam pun ada jugak cite, ada budak tu nak teacher dukung dia..hehehe.. Kiut lah..

Dina pun kiut. Masa tunggu abang dia nak keluar pintu, dia dah siap carikan kasut sekolah abang dia. Siap ambik and letak tepi "Ni abang punya".. Hahaha comel comel. Siap boleh kenal kasut abang. Hebat. Lepas tu siap panggil abang dia kat pintu sekolah tu "Adam Adam".. Lek lah dina, abang tgh syok belajar tu..