Korang dengar HOT FM tak pagi2? This morning, masa on the way datang ofis, hot chat nye berkisar pasal habit yg the wife/husband suka buat, but the spouse pulak tak suka the other half tu buat habit tu.
Ada la this one caller ni. A lady. Dia called cakap habit dia dari baby sampai la ni dah beranak pinak is menggentel hujung bantal. And the husband sangat tak suka. So each time dia dapat bantal feveret untuk di gentel, husband akan buang/sorokkan. Then each time bantal dia hilang, dia akan cari bantal baru utk digentel.
Apa la the husband tu. Takkan lah gentel bantal pun tak boleh! Kot habit korek hidung di khalayak ramai ke ok la nak marah kan. Eiii tak patut betullah..
Actually kan, i have the same habit! Hahaha.. Dulu dari kecik mmg ada this one bantal sampai dah besar. Lepas tu pegi US, nasib baik la kan tak angkut sekali gi US dulu tu. Kalau tak haru! Balik dari US, the bantal still ada. So continue balik dgn bantal tu. Sampai lah dah kahwin and ada Adam. Lepas ada Adam, bantal tu mcm disisihkan. Tak tau la kan sebab apa. Tiba2 je rasa mcm dah boring dgn bantal tu after almost 30 years bersama2. Kesian bantal tu. Sekarang dah kena simpan kat almari. Tragis. Putus cinta tarus. But i have cinta baru! Ada bantal lain pulak dah jadi cinta baru ku. Hahaha..
Tabiat menggentel ni dah jadi ikutan by Adam jugak. Tapi nasib baik dia bukan jenis nak jugak bantal tu kalau pergi rumah org or balik kampung. So tak payah la susah2 nak angkut bantal2 tu sekali kalau berjalan kan. Dina pun dah ada perangai tu sikit2. Time minum susu, pandai je tangan tu cari benda nak gentel. Tak kisah la bantal ke, hujung baju mama ni ke. Semua dia bedal, asalkan dia layaaannn...
So korang, apa yg korang hate pasal habit your spouse? Let's see, I hate habit smoking dia, especially kalau dalam kereta time panas2 getik! Sesak nafas rasanya. Tapi cakap 10 juta kali pun, mcm tu jugak. Unless kalau kereta baru, baru dia tak smoke dalam kereta. So apakah erti??? Nak kena beli kereta baru ke?? NO NO NO..
Thursday, November 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
q pon ada habit menggentel dan meraba.. dulu masa kecik2 time nak susuuuu aje mesti cari betis i untuk diraba.. kirenye kalau botol susu tu di tgn dia, kalau ai kat dapur mesti dia menjerit 'nak leggggggg nak legggggggggggg'sekuat hati dia.. kalau tak harus mengamuk2.. maka haruslah daku stop kejap apa2 yg tgh buat tu..
selepas leg, dia beralih pulak kat elbow.. tah bila tah tetiba lak tuko ke elbow.. skit2 nak elbow skit2 nak elbow... since skang ni dah tak susu, each time nak tido, itu jam jugak laaaa di gentel2nye my elbow.. aduhhhh.. best sgt ke ehhh.. best kot kenyal2 gitu hehe sampaikan kadang2 sekuat hati ditenyehnye my elbow.. bila mintak elbow dia nak gentel pandai lak dia tak bagi huhuuuuuu
skang umur q dah 5 thn.. gentel elbow ni at least dah 2 years + berlarutan.. tak tau laaa sampai bila nak stop.. bg bende lain tak nak lak dia menggentel.. aduhlaaa.. time kat umah mak yah dgn nursery pandai lak tak mintak elbow teacher ke heheheheh time ada mommy aje kot ngada2.. ntah la q oiiii.. cecepat laa stop tabiat tuuu
Post a Comment