Monday, September 28, 2009

Cayang bucuk Mama

Jom nyanyi ramai2..


HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO DINA

HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUUUU..

Muahhhhhhhhhhhhh..

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Diumumkan blog ni akan bercuti selama 10 hari. Ala mcm la ramai sgt yg nak dtg visit blog ko Zah.. Ko bukak time raya pun org tak de herannya..

So di kesempatan wujudnye blog ni, saya tuan punya blog & famili, menyusun 10 jari, minta ampun dan maaf jika ada salah silap, terkasar bahasa. Raya nanti jemputlah datang ke rumah saya yg tak seberapa itu. Ada ke cina apek datang pasang railing langsir haritu dia cakap, rumah u kecik woh. Yes i know, saya adalah tidak berduit untk beli rumah yg besar2 mcm lu apekkkkkk oiii.. Grrrrr...

Oh berbalik pada ucapan, ye sila datang rumah saya. Open haus? Hmmm rasanya takde.. Tapi mcm nak buat besday dina and adam. Tapi tu bukan open haus ye. Cuma acara potong kek je lah with families. Satu kek kan bunyi tu? Takde S kan belakang kek tu.. aaa ok ok..

Have a safe journey back to kampung u ols. Have a nice hari raya. Have a wonderful time with families back at kampung. Jangan main mercun. Duit angpaw raya tu save2 la untuk dina and adam. Jangan lupa bergambar raya sefamili..

Peace!

Wednesday, September 16, 2009

Syawal dah nak tiba korang

Syawal dah nak dekat. Pejam celik pejam celik, ramadhan dah nak tutup buku dah. Kejap je kan?

My cuti raya starts this Friday. Why awal sgt? Sebab ramadhan ni langsung tak ambik cuti tau.. MC pun tak. So di kesempatan friday tu nanti, nak kemas rumah lah, nak kemas barang2 untuk balik kampung.. oo ooo ooo balik kampunggggg..ooo ooo ooo balik kampunggg.. hati girangggggg.. terbayang2 wajah yg ku sayang.. Ok ok..melalut di situ..

Friday nanti adalah hari yg paling busy rayanya. Pagi2 dah pegi hantar adam and dina rumah acik. Ye diorg kena pi sana sbb mama dia nak kerah tenaga kat rumah. Kang kalau diorg ada.. bukan saja tenaga akan digunakan, malah suara akan terpaksa dibazirkan sekali. So lepas hantar diorg, operasi start dgn basuh baju budak2. Actually, operasi membasuh kena start the night before untuk sarung2 sofa. Sarung sofa tu ada hasil kerja tangan budak2, so confirm memang tak boleh hilang. Kalau korang dtg rumah nanti, buat2 la tak nampak grafiti atas sofa tu ok.

Sambil mesin membasuh, boleh vacuum, kemas dapur, cuci balang isi kuih, mop lantai, tukar langsir. Eh langsir dah siap ke? Ni pun satu lagi, kalau korang dtg rumah nanti tgk rumahku punye langsir adalah senteng, sila jangan tegur. Tu maknanye langsir yg ditempah belum siap.. Uhuk. Settle bahagian bawah, kita naik atas pulak untuk bilik. Tukar cadar and vacuum. Lepas tu boleh sidai baju and tadaaa.. settle.

Budget siap semua kerja tu from 7am to 10am. Provided lepas hantar budak2, mama nye tidak sambung melayan tido di atas sofa plak. Lepas tu siap2 nak keluar plak. Ke Giant nak beli barang dapur and pampers and susu budak2. Lepas tu nak cari tudung thennn lepas tu nak cari henbeg untuk mak and a kasut for me. Mana nak pegi nak cari henbeg eh? paling dekat rasanya subang parade. So ada harapan cerah nak ke SP tu friday nanti. Atau kita gi SACC mall. Lagi senang dan dekat. Kasut confirm ada situ, ada vincci, ada primavera. Mungkin choice kasut adalah ok. Tapi choice henbeg rasa mcm tak de choice. Yg ada situ cuma bonia. Kenapa takde Coach.. I nak belikan mak i beg coach tauuu..Miahahaha.. Statement paling penipu tu..

Balik dari shopping, nak kena kemas barang/baju untuk balik kampung.. ooo ooo ooo balik kampunggggg. Baju raya dah put aside siap2. Ambik lipat2 terus masuk satu beg khas, koleksi hari raya gitu. Baju basahan budak2 kena extra sikit. Maklumlah diorg tu kang, kalau balik melaka, siap le berlengasssss.. i can imagineeee..

Lepas tu kalau ada time, i can rileks kejap. Pastu siap2 gi PARAM. Ke tak payah? Sebab kitorg nak gerak lepas berbuka. So rasanya buka light2 je kot. Lepas tu keluar boleh singgah mana2 makannnnnn.. kan kan? Sungguh bernas cadangan ku.. Poyo kan?


Tangga Raya

Hari ni lewat masuk ofis lagi. I clocked in pukul 8.04 am. Masuk hari ni dah 3 kali lewat berturut2. Mencik betul..

3 hari lewat tu semua sebab jam because of accident. 2 hari accident di tpt yg sama. 2 hari tu mamat tergolek dari motor. Kesian lah nak raya2 ni, accident plak.

Hari selasa punya accident lagi hebat. Motokar berderet2 kena. Ada dlm 5 biji rasanya. Tu pun kesian. Nak raya2 ni, kereta pulak kena masuk workshop. Abis tu kalau tak sempat siap, mcmana agaknya diorg nak balik raya kan? Untuk org yg ada berbiji2 kereta kat rumah, tak pe la jugak. Setakat kereta pergi pasar yg accident, apa lah sgt kan. Tapi untuk org yg ada itu lahhhh sebijik kereta yg paling di sayang, diriku tumpang simpati. Semoga kereta kalian siap keluar workshop before raya..

Bercakap pasal kereta ni, semalam neighbour dpt kereta baru. Kereta raya namanya. Kereta jenis apakah itu? Hebat!!

And me? Tak dpt kereta raya pun tak pe lah. Saya ada
Kuih raya
Baju raya
Langsir raya
Rail langsir raya
Roller blind raya
Alas meja raya
Dan yg paling penting, tangga rayaaaaaa..

Hantu raya je takde.. miahahaha..


Wednesday, September 9, 2009

Dina Dina Dina


Ok.. This month is Dina's month. Boleh ke declare mcm tu? Eh sukahati lah kan.. Ni kan blog i..

Kenapa this month is Dina's month? Sebab bulan September is birth month of Dina. 28th Sept to be exact. Alamak nanti kita buat entry the day Dina was born ye. Tunggu 28hb lah. Tapi dina punya birthday tak ada yg menarik sgt sbb dia kena C-sect kan. So, evertyhing dah plan and I was ready mentally and physically masa tu. Zassss.. tarussss ada baby Dina..

So ppl, Happy Dina's month everybody!.. kekeke..


Friday, September 4, 2009

Don't break my heart

Waahhh tajukkk..lain macam je bunyikk??? What happen? Nak kena nyanyi lagu tony braxton mcm ni..

Ahh sudah sudah.. jgn nak spekulasi.. ni nak cite ni.. Sapa tgk iklan Jangan merokok kat tv? Uihhh..sungguh meruntun jiwa tgk iklan tu.. Korang kalau tak meruntun jiwa, tak tau la korg ni alien kot..

Penceritaan iklan ni menarik. Credit to tukang yg buat cerita tu. Iklan ni dia nak tunjuk mcmana BAHAYAnya rokok tu pada kita. Ada ibu yg kena kanser mulut, sampaikan anak dia takut nak dtg dekat dgn dia. Sayu je dgr mak nye cakap 'i love u' kat anak nya..dgn pronounciation yg tak jelas sbb mulut/bibir dia dah teruk kena kanser. Sadis.

Then ada scene a husband dying of kanser paru2. Slowly dia bukak oksigen yg melekap kat mulut tu and say to his wife..'Maafkan abang' and 'Maafkan ayah' to the unborn child dalam perut the wife. Sadis jugak. Korang tak rasa sadis ke? Teruk ahhhh.. Korang kena tgk baru ada feel..

Each time lepas iklan tu.. i would tell budak2 kecik kat rumah tu.. JANGAN MEROKOK.. Owh..sambil2 tu jeling2 kat babah nya tu sekali ye. Actually tuju nye utk babah la kan, tapi kita buat secara psaikologi gitu...kononnnnnnn..


Tuesday, September 1, 2009

Anak2 mama dah besar..uhuk..

Bulan ramadhan ni, spent time lebih sikit kat masak-memasak di rumah. Lagi2 plak cuti wiken panjang sampai hari isnin (Merdeka and next week nuzul quran lagi.. Sapa tak cuti nuzul quran tu jgn jeles yeee). Also time2 ramadhan ni, kalau waktu berbuka, adam and dina kena makan sendiri. Diorg duduk sekali kat meja makan and berbuka sama2 ngan mama and babah mereka dan keluarga mereka..

Kiranya ni first time la dina makan nasi dgn sendirinya. Habis terabur nasi je lebih. Macam ada lubang kat bawah dagu tu. Adam plak, makan nasi sampai habis. Terharu mama nye tgk nasi kat pinggan dia licin..Adam, mama masak sedap sgt kah sampai berusaha nak habiskan nasi dlm pinggan tu?

I love u lah Adammmm!!! And of cos Dina also...sebab bawak pinggan plastik dia masuk dapur bila dah habis makan.. I LIKE!!!! Anak2 mama dah besarrrr...