Wednesday, September 16, 2009

Syawal dah nak tiba korang

Syawal dah nak dekat. Pejam celik pejam celik, ramadhan dah nak tutup buku dah. Kejap je kan?

My cuti raya starts this Friday. Why awal sgt? Sebab ramadhan ni langsung tak ambik cuti tau.. MC pun tak. So di kesempatan friday tu nanti, nak kemas rumah lah, nak kemas barang2 untuk balik kampung.. oo ooo ooo balik kampunggggg..ooo ooo ooo balik kampunggg.. hati girangggggg.. terbayang2 wajah yg ku sayang.. Ok ok..melalut di situ..

Friday nanti adalah hari yg paling busy rayanya. Pagi2 dah pegi hantar adam and dina rumah acik. Ye diorg kena pi sana sbb mama dia nak kerah tenaga kat rumah. Kang kalau diorg ada.. bukan saja tenaga akan digunakan, malah suara akan terpaksa dibazirkan sekali. So lepas hantar diorg, operasi start dgn basuh baju budak2. Actually, operasi membasuh kena start the night before untuk sarung2 sofa. Sarung sofa tu ada hasil kerja tangan budak2, so confirm memang tak boleh hilang. Kalau korang dtg rumah nanti, buat2 la tak nampak grafiti atas sofa tu ok.

Sambil mesin membasuh, boleh vacuum, kemas dapur, cuci balang isi kuih, mop lantai, tukar langsir. Eh langsir dah siap ke? Ni pun satu lagi, kalau korang dtg rumah nanti tgk rumahku punye langsir adalah senteng, sila jangan tegur. Tu maknanye langsir yg ditempah belum siap.. Uhuk. Settle bahagian bawah, kita naik atas pulak untuk bilik. Tukar cadar and vacuum. Lepas tu boleh sidai baju and tadaaa.. settle.

Budget siap semua kerja tu from 7am to 10am. Provided lepas hantar budak2, mama nye tidak sambung melayan tido di atas sofa plak. Lepas tu siap2 nak keluar plak. Ke Giant nak beli barang dapur and pampers and susu budak2. Lepas tu nak cari tudung thennn lepas tu nak cari henbeg untuk mak and a kasut for me. Mana nak pegi nak cari henbeg eh? paling dekat rasanya subang parade. So ada harapan cerah nak ke SP tu friday nanti. Atau kita gi SACC mall. Lagi senang dan dekat. Kasut confirm ada situ, ada vincci, ada primavera. Mungkin choice kasut adalah ok. Tapi choice henbeg rasa mcm tak de choice. Yg ada situ cuma bonia. Kenapa takde Coach.. I nak belikan mak i beg coach tauuu..Miahahaha.. Statement paling penipu tu..

Balik dari shopping, nak kena kemas barang/baju untuk balik kampung.. ooo ooo ooo balik kampunggggg. Baju raya dah put aside siap2. Ambik lipat2 terus masuk satu beg khas, koleksi hari raya gitu. Baju basahan budak2 kena extra sikit. Maklumlah diorg tu kang, kalau balik melaka, siap le berlengasssss.. i can imagineeee..

Lepas tu kalau ada time, i can rileks kejap. Pastu siap2 gi PARAM. Ke tak payah? Sebab kitorg nak gerak lepas berbuka. So rasanya buka light2 je kot. Lepas tu keluar boleh singgah mana2 makannnnnn.. kan kan? Sungguh bernas cadangan ku.. Poyo kan?


2 comments:

mak su said...

belikan mak su kasut high heels size 7 k...wrna putih sedondon dgn henbeg..henbeg mak su,pak su yg belikan..kita pilih pastu bila tgk rege rasa mcm xtercapai akalku tp pak su ckp "amek arr" dgn senang ati n hati yg girang i amek je ler...

Mama Fitri said...

Dengar ni mak su.. JANGAN HARAP.. ngehehehehe..