Wednesday, October 21, 2009

Cerita 1 dan 2

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak update lagi

Miahahahaha.. Sungguh sangat extremely busy sampai tak ada masa nak menghapdet blog ni. Cerita rasanye mcm bnyk je nak di ceritakan.. tapi masa tu yg mencemburui diriku.. sangat cemburu ok.. Sampai nak gi toilet kat ofis pun dok fosfon2

Since hari ni balik lewat sikit dok tunggu abang..so mari kita berjimba di sini.

Cerita 1
Last wiken, eh last last wiken, kita menyambut hari jadi adam dan dina. Meriah rumah dgn mak tok and tok abah and mak de and pak de and mak su and pak su and lyssa and honey bani. Diorg dtg ni a.k.a hari raya a.k.a hari jadi la kira nya ni. Datang pun sekali setahun la kan especially mak su ngan pak su yg tak paham2 jalan nak dtg rumah. Pak su tu boleh dimaafkan jugak la kan sbb mmg tak pernah sampai. Mak su tu pehalllll tak tau jalan! Datang dah berdoyon2 kali lagi tak paham2..

So ni ada serba sedikit gambar di hari kejadian.. Untuk perhatian, gambar adalah blur sbb yg mengetip gambar tu tangan gigil ke hapa weh mak su?

Gambar kek..eskrem kek di beli oleh mak de somewhere kat KL sbb mama nya adalah tak ada masa nak pergi beli kek with the car yg takde, bertapa di workshop untuk another gazillion years.. hatiku adalah sakit kalau cite pasal kereta.. SAKIT YG AMAT! ok ok..back to hari jadi..

Tuan puteri sibuk mengedjas baju gown dia. Tuan putera punyalah tak suka org bising2 jerit nyanyi happy birthday sampai tutup telinga. Tu mak de la tu, nyanyi kelaut wehhhhh!!! Yg pink kaler tu, is lyssa. Dia adalah tukang tumpang tiup lilin dan jugak tukang tumpang bukak hadiah. Takpe kita relakan dia tumpang. Banyak pahala kita dapat. Eh ye ke?

Bukak hadiah pakai kaki. Korang boleh ke? Adam je boleh tau! Antara hadiah2 nye ialah tepon, klip2 rambut and beg utk dina.. Abang dapat barangan ben 10. Mekasih semuaaaaa!!! Tahun depan bagi hadiah lagi yekkkkkk..miahahaha..


Cerita 2
Takde cerita cuma nak bagi tunjuk gambar raya budak2 ni je


Daaaaaaaaaaaaaaaa...

Thursday, October 15, 2009

Duit raya punya penangan

Kita kecik2 dulu kan, kalau time raya, apa yg paling kita suka? Sure la duit raya kan. Kalau kekecik dulu pegi beraya rumah org, kalau dpt 20sen pun dah cukup happy. Apatah lagi 50 sen! Kalau seringgit..mau nangis dibuatnya kot depan tuan rumah tu..

Pernah tak korang jumpa budak2 yg sgt demanding pasal duit raya ni? Kami ada kisah nak cerita pasal ni.

Last wiken, dah malam la.. hari ahad malam isnin, ada 4 org budak2 lelaki, umur lingkungan 10, 11 tahun la.. Dah pandai bawak motor merempit malam2 terjah rumah org nak beraya. Kebetulan rumah kami ni ada neighbour2 datang rumah, so terbuka terang benderang la kan. So agaknya diorg pun target lah. Ok jom kita pergi beraya rumah pakcik ni.

Diorg bagi salam, kami jawab salam, hubby pun ajaklah diorg masuk. Harus diingat jam dah menunjukkan pukul 10mlm ok. Masuk pintu pagar tu, ada la wakil yg berkata, "Kitorg datang nak duit raya je". Boleh gitu? Aaaahh boleh la kan. At least diorg jujur kan kan. So hubby pun gi la selongkar beg tu ambik mana2 sampul2 raya yg mmg kitorg dah isi dgn duit raya. Ok..ambik sorg satu.

Dan2 tu jugak diorg bukak sampul tu. Alih2 ada sorg patah balik kat hubby. "Pakcik, diorg semua dapat 2 ringgit, saya dapat seringgit je". Oooooo mak aaaiiiiiii.. kooooooo budakkkkkkkkk..mana la kau belajar kan? Ko tak nampak ke rumah acik ni, guna grill besi tu jek ha. Ko tgk porch rumah acik ni, tak bertiles pun tau. Ko tgk kereta apa acik pakai ni, kete kancil je ok. Ko demand lebih2 plak ehhhh..

Lepas tu siap mintak kat pakcik ni.."saya ada 4 org kawan lagi belum sampai ni cik. Saya ambikkan duit raya untuk diaorg boleh?".. OOooooo makkkk aaaiiiii lagi sekali.. Ko sekolah mana ni budak? Sakit jantung aku tgk budak2 ni lah. Nasib baik korg blah tau. Kalau tak blah, bak mai no tepon mak pak korg, acik nak mintak mak pak korang sekolahkan korang lebih2 sikit..

Budak2 zaman sekarang!

Wednesday, October 7, 2009

Cayang bucuk mama edisi 2

Boleh plak u all, eden terlupo nak buat entry ni semalam.. kejam sungguh kejam


Anyway this one is for Adam


Happy Birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday to Adaaammmmmmm

Happy birthday to youuuuu


Happy birthday sayang mama!

Friday, October 2, 2009

Hancur hatiku mengenang dikau


Hatiku hancur sehancurnya bumper belakang kereta wira ku.


Ye kawan2, pagi2 Rabu hujan lebat, kereta wira ku telah disondol oleh sebuat kereta picanto. Time tu hujan adalah lebat and perjalan turun bukit tu seolah2 mcm turun roller coaster. Kereta depan dah break, dgn perasaan cuak di hati siap berbisik "Alamak, ni sure kena ni". Kebabommmm.. oh exaggerate bunyi itu.. Kita tukar sikit, crash boom bang, kereta belakang tak sempat break, sondol nye my car.. Maka automatik saya menjerit AaaaaaaAaaaaAaaaaaaaa..ntah berapa belas harakat da.. S
ambil kereta terswirve ke kiri jalan naik atas rumput. Panik gila time tu. Rasa mcm nak mati pun ada. Seriusssss!!!! Ketaq lutut terdiam dalam kereta beberapa minit.. Hidup lagi rupanya aku nih..alhamdulillah.. Dapat jumpa adam and dina lagi..

I'm lucky
1. I wore my car seatbelt. Kalau tak pakai, confirm kepala terhantuk, or badan terhantuk kat stering kereta yg keras tu. Adalah akan mengakibatkan kecederaan yg melampau jugak sbb the impact was hard. Sangat hard!

2. I was damn ready menunggu kereta ku di sondol oleh kereta belakang. Kalau tak ready, rasanya tangan ni mau terlepas pegang stering tu. So mental dlm beberapa saat tu dah boleh agak what would happen dalam masa beberapa saat seterusnya. Tangan time tu dah pegang kuat stering kereta tu, knowing what would happen

3. Adam and Dina not in the car. Kalau diorg ada, i could not imagine what could happen! Dah la masing2 tak suka diikat seatbelt.

4. My car telah tergerak secara otomatiknya ke kiri. Kalau gerak straight jugak, that's it, kena plak kereta depan. Kalau pecah cermin depan tu..eeeiiii ngeriiiiii....

Most important of all, syukur Alhamdulillah sbb I am still in one piece, still boleh bercakap, boleh berjalan, boleh berjumpa dgn org2 yg disayangi, boleh sambung pergi open house lagi, boleh siapkan SAP technical upgrade kat ofis ni.. *ecehhhhhh...*


Trauma kah? Trauma jugak la sikit. Lepas ni kalau hari hujan, i'm going to drive 60-70km per hour. Ada aci ke?