Kita kecik2 dulu kan, kalau time raya, apa yg paling kita suka? Sure la duit raya kan. Kalau kekecik dulu pegi beraya rumah org, kalau dpt 20sen pun dah cukup happy. Apatah lagi 50 sen! Kalau seringgit..mau nangis dibuatnya kot depan tuan rumah tu..
Pernah tak korang jumpa budak2 yg sgt demanding pasal duit raya ni? Kami ada kisah nak cerita pasal ni.
Last wiken, dah malam la.. hari ahad malam isnin, ada 4 org budak2 lelaki, umur lingkungan 10, 11 tahun la.. Dah pandai bawak motor merempit malam2 terjah rumah org nak beraya. Kebetulan rumah kami ni ada neighbour2 datang rumah, so terbuka terang benderang la kan. So agaknya diorg pun target lah. Ok jom kita pergi beraya rumah pakcik ni.
Diorg bagi salam, kami jawab salam, hubby pun ajaklah diorg masuk. Harus diingat jam dah menunjukkan pukul 10mlm ok. Masuk pintu pagar tu, ada la wakil yg berkata, "Kitorg datang nak duit raya je". Boleh gitu? Aaaahh boleh la kan. At least diorg jujur kan kan. So hubby pun gi la selongkar beg tu ambik mana2 sampul2 raya yg mmg kitorg dah isi dgn duit raya. Ok..ambik sorg satu.
Dan2 tu jugak diorg bukak sampul tu. Alih2 ada sorg patah balik kat hubby. "Pakcik, diorg semua dapat 2 ringgit, saya dapat seringgit je". Oooooo mak aaaiiiiiii.. kooooooo budakkkkkkkkk..mana la kau belajar kan? Ko tak nampak ke rumah acik ni, guna grill besi tu jek ha. Ko tgk porch rumah acik ni, tak bertiles pun tau. Ko tgk kereta apa acik pakai ni, kete kancil je ok. Ko demand lebih2 plak ehhhh..
Lepas tu siap mintak kat pakcik ni.."saya ada 4 org kawan lagi belum sampai ni cik. Saya ambikkan duit raya untuk diaorg boleh?".. OOooooo makkkk aaaiiiii lagi sekali.. Ko sekolah mana ni budak? Sakit jantung aku tgk budak2 ni lah. Nasib baik korg blah tau. Kalau tak blah, bak mai no tepon mak pak korg, acik nak mintak mak pak korang sekolahkan korang lebih2 sikit..
Budak2 zaman sekarang!
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kahkahkah....terlebih ajar punya bdak2....ishk2,melampau sgguh...
kahkahkah....terlebih ajar punya bdak2....ishk2,melampau sgguh...
huh! camni punye budak pun ada ke? part yg lawak tu siap nk ambikkan utk member..hangguk hang!
Post a Comment