Wednesday, February 10, 2010

Blackout malam ku

Rumah ku blackout semalam. Oh sadis sungguh sadis. Masa tu dah pukul 11pm++ dah.. Budak2 dah tido. Bapak budak pun dah tido. Mak budak dah tido jugak tapi bangun sbb nak iron baju *mak sapa la ni yg rajin ni kan*. Masa tgh iron2 tu lain mcm lah! Lampu mcm berkelip2..kipas mcm berdengung2. So lepas habis iron tu, pegi lah survey bilik lain. Pun sama. Kipas mcm bunyi lain mcm.

Lepas tu check hall plak. Memang confirm mcm ala2 elektrik overload je ni. So tutup segala rupa switch kat bawah. Dah gelap dan panas. So naik atas balik, on kan fan dgn harapan boleh la fan tu gerak sbb yg lain dah dimatikan kan. Ok habis out kaput yilek. Tak jalan. Ah sudahhhh..

Bapak budak pun call la abang yg buatkan dapur kitorg tu. Tapi sbb dah malam kan..so dia janji nak tgk pagi ni je. So malam tadi, berpanas berbahang lah kami tido. Nasib baik adam and dina tak buat perangai.

Masalahnya sekarang.. mak budak adalah mengantuk. Tido tak lena. Takut lah. Takut kang ada short circuit ke kan. So pagi tadi jam bunyi 5.45.. wahhh xcited bangun mandi. Maunye tak xcited, dah berlengas2 rasanya.

Dalam kereta, mak budak dah tersenggok2. Tapi tak boleh nak layan sbb bapak budak pun mata tak larat bukak jugak kekeke. So keadaan adalah tidak sesuai untuk mak budak melelapkan mata. Bertahan jugak la sampai ke ofis. Kang kita tido, dia tido..haaaaaaa sapa nak bawak kereta tu???

So diulang suara sekali lagi.. NGANTUKKKKK!!!!!

Mana Ms Ngantuk?

Latest update terkini, TNB dah datang rumah pagi2 tadi. Efisen kan dorang. Tapi kalau korang dtg malam semalam, jujur ku katakan, korang SANGAT SANGAT efisen.. So lepas depa usha2, dengar khabarnya dah ok. So malam ni, tidurku berair-cond.. wuhuuuuu... Yippiiiii..



Tuesday, February 9, 2010

Dina yang sentap

Last sunday, adam telah spent time dgn babah dia, pergi berkelah di ulu yam. Maka tinggallah dina dgn mama nya di rumah. Car-less and dapur-less. sure tu ada yg tanye tu..apesal mama dgn dina tak ikut berkelah? Oooo..sbb babah adalah pergi dgn rakan2nya.. Malas lah nak join..tak syiok..

So kelihatannya dina di rumah adalah ok-ok belaka walaupun ketiadaan abangnye disisi. Tapi xtra manja skit, nak tido pun nak sekali atas sofa tu.. Asyik nak kena belek dia je.. Tapi takpe dina, that day, mama had all the time in the world for u babeh..

Walaupun dina kelihatan biasa2 je.. tapi deep down in her heart, adalah agak tergores jugak lah. Masa pagi isnin tu nak hantar dina & adam ke rumah acik, dia langsung tak senyum. Babah dia tegur dia, langsung dia buat dek je. Muka straight mcm tak nampak babah dia depan dia. Lepas tu masa petang nak ambik lagi best, sbb babahnye dtg ambik naik van, so dia dah ready2 kat tepi van tu nyambut si dina dtg tergedek2 nak naik van tu. Sampai2, kenkonon babah nak angkat dia naik. Guess apa dia cakap "Dina boleh naik sendiri"... Wuhhhhhuuuuuu.. ouchhhhh.. Zasssss baik punyaaaaaa... Sentap rupanya anak dara tuhhhh.. Cuba imagine in time to come, dia akan cakap "go away, i can do this on my own".. pergh mama berangan anaknya speaking london wahahaha..

Mmg dari petang membawa ke malam, dia langsung tak layan babah dia. Babahnya panggil la mcmana pun, dia buat dek je. Ada la around kul 8++ mcm tu, dia lari kat babah dia mintak dukung. Ok..dah kawan balik dahhhhh.. Takde la lama mana merajuknya.. Tapi sangat kelakar la tgk dia pandang blank je kat muka babah dia..

Peace no warrrrr dinaaaaaa..


Monday, February 1, 2010

Who is this?

Who is this?
This is Ritty
I am Ritty
Who is this?
This is Alzy
I am Alzy
Who is this?
This is Bubbly
I am Bubbly
Who is this?
This is Whizzy
I am Whizzy
Ritty and Alzy
Alzy and Ritty
Whizzy and Bubbly
Bubbly and Whizzy
Who is this?
Who is this?
This is Snowy
This is Brownie
Snowy and Brownie
Brownie and Snowy
Who is this?
I am ADAMMMMMM!!!!!!!

OK ni bahananya kalau ada anak yg baru nak pandai baca buku. Untuk memberinya motivation untuk membaca, maka mama nye kena lah spent time malam2 layan dia baca buku reading dia. Hasilnyaaaa..tadaaaa..mama dia dah boleh hafal satu buku. Tak payah tgk buku dah boleh jerit dari jauhhhh WHO IS THISSSSS..

Sikit2.. WHO IS THISSSSS??

Oh yes, adam dah pandai sebut nama mama dan babah dia..
Mama azahhhhhh
Babah rahmannnn

Bagus bagus.. jgn jadi Mama Fitri okehhhh.. ingat tuuuu..

Kucing apek

Kucing rumah sebelah tu sgt hebat. Ntah mcmana semalam boleh terlupa nak lock tingkap kat dapur. Alih2 pagi tadi, lepas dah siap2 kat atas, nak turun bawah ambik barang kejap. Dalam kegelapan, paham2 la kan subuh2 kul 6.15am tu, macam samar2 gitu nampak selepuk benda atas sofa. Eh apa ke benda tu? Sapa sepah2kan spender baju kat living hall ni? Memang nak kena nih..

Tenung punya tenung.. alamak!!! kucing lahhhhhh.. si Rio dari rumah sebelah. Nasib baik kau gebu kan. Kalau kau kucing comot tepi jalan, rasanya mmg nak kena kejar keluar ni.. Sungguh diskriminasi lah ko zah..

Kalau Rio ni jenis nak kat strangers, rasanya lama dah kitorg songlap kucing tu muahahaha. Tapi dia memang penakut dgn strangers, tapi ada hati nak masuk rumah org. Siap pandai kepak tingkap tu sbb nak masuk kan kan rio..ko mmg kan. Bila nak dtg peluk, ko larik. Sungguh tak kenang jasa. Dah bagi sofa buat tpt tido, ko lari ehhhhh.. Cakap thank you pun tak nak. Seb baik saya pencinta kucing, kalau ko masuk rumah org anti-kucing, siap la kau makan selipar jepun kekdahnya..

Oh ye.. ada ke apek belakang rumah we ol tu tuduh2 kitorg bela kucing. Lepas tu kononnya kucing belaan kitorg tu, suka ngendeng2 masuk rumah dia yg bau belacan kena bakar tu? Eh hello apek, tuduh tgk2 org la dulu. Imbestiget dulu baru la buat sttment. Ni sedap mulut ko je kan. Even though kucing2 tu bukan kucing aku, i dont think kucing tu ada hati nak masuk rumah kau okeh. Dah la anjing kau terjerit2. Lepas tu, pakai atap kat dapur guna jenis zink yg kalau hujan, aku nak bercakap dgn laki aku pun tak boleh okeh. Bingitttt..

Apesal dari topik kucing ke topik apek nih?