Lama tak update kan? Beginilah jadinya kalau cuti straight from 18th feb sampai 28 feb. Berapa hari tu beb? 10 hari tuuuuu..
Bukan suka2 nak cuti okeh. kalau nak apply straight 10 hari dgn bos.. confirm dia tak bagi punya lah.
Actuallynya cuti sbb the other half adalah sakit. Dia demam start dari isnin 15th feb raya cina tu. Hari selasa pegi klinik. Doc bagi ubat demam je. Lepas tu rabu demam lagi. Pegi panel klinik dia pulak. Siap kena drip kat klinik tu. Darah pun ambik hantar lab. Tapi resultnye kena tunggu the day after, which is khamis. So khamis tu still demam. Sbb dia demam and tak larat nak bawak kereta, so i took EL as well. Lagipun risau jugak tgk demam dia tak hilang2. Khamis dpt result, doc kata blood adalah normal.
Hmmmm heran..tapi demam nya tak jugak elok2. Sakit badan makin menjadi2.
So friday, dia pi ofis ambik GL, and pegi hospital panel dia. Sri Kota Klang. Zassss terus kena admitted. Bermulalah hidup kami di rumah, tanpa babah. Sedihnye bunyi.
Pagi2 sabtu dia call..dlm kul 7 pagi mcm tu lah. Dia kata doc dah dpt detect sbb apa. Bukan denggi, bukan malaria. Tapi kena kuman tikus. Lega la sikit sbb at least doc knows apa masalahnya kan. While kami2 waiting kat rumah, tunggu SIL datang ambik, dlm kul 9 dia call lagi. Alih2 dia cakap kena masuk ICCU. Hmmm ok..iccu. Masa tu mcm blur2 je. Boleh rilek2 lagi kat rumah mcm takde apa2. Kalau separuh org, mau melompat kot, tak pun dah nangis2.. Dah 10, 15 minit mcm tu.. ehhhhh hello.. my husband masuk ICCU okehhhh.. Ok ok..that is bad. My SIL sampai tak lama lepas tu, dia lagi la panic dgr kata masuk ICCU kan.
Sampai ICCU..biasa la ada lakonan drama sikit kan kekekeke.. Eh gelak plak.. Tapi lega la tgk dia still awake. Takde la dok pakai oxygen mask ke, unconscious ke apa kan.. Masa dia masuk ICCU tu, doc kata virus dah serang kidney and paru2 and blood. Masa tu white cell dlm blood dia dah kurang dgn banyaknya. That is why dia kena diletakkan di ICCU, so doc & nurses boleh monitor dia
So lepas tu bermulalah hidup kami berkampung di hospital. Dari sabtu sampai isnin dok berulang situ je. By monday, dia punya wire2 semua dah cabut. Dah boleh jalan keluar masuk ICCU dah. Lega sudahhhh..
By tuesday, dah keluar masuk wad biasa. But still kena masuk antibiotik 3 kali sehari. Wednesday pun still di situ. Khamis baru doc bagi dia discaj. Legaaaaaa.. Dia la kot manusia paling happy dlm dunia on Thursday tu.
So how is he today? Better. Thanks for all the good well wishes. Thanks to those yg visit to the hospital. Thanks jugak pada those yg plan nak visit tapi tak jadi. The thought that counts :)
Thanks to the doctor. Thanks to the nurses in ICCU yg sgt baik hati bagi adam and dina masuk jumpa babah walaupun sekejap. Menangis babah nak jumpa korang tau..Opsss..
Thanks to my officemates yg telah membuat sumbangan ikhlas utk kami sekeluarga. Sgt terharu i atas keprihatinan u ols semua..
Most important of all, thanks to the most gracious Allah s.w.t for the other half's speedy recovery..
By the way, last 21st feb tu, the second day dia dlm iccu was our 11th-year wedding anniversary okeh.. Maka bercandle light dinner lah kami dgn makanan hospital tu. Rasa nya masa tu menu ayam masak kicap.. Boleh la.. dari tak adaaaa...kaaannn??
Monday, March 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
laaa.. sakit teruk tu. alhamdulillah semuanya ok. kirim slm abg man eh. muka dia kah yg i saw in jjcm last sunday kat restoran exotic duduk blakang serina redzuwan? N kata it's him hehehe. anyway bkn sll tau org citer anniversary candlelight dinner at hospital :P
jjcm? rasanya tak.. takde plak dia balik rumah cite psl muka dia tercapture masuk tv dgn serina tu.. unless dia gi makan dgn awek la.. cuba kay ingat2 balik, dia makan dgn sapa? tapi kalau dia makan dgn awek dan agak2 muka dia tercapture, dah tentu dia blah cepat2.. ehhhh banyak plak teori saya.. :)
oops jgn paranoid!
tp laki kita beriya kata it's him yg blakang si serina jjcm. taktau dia mkn dgn sape sbb muka/badan dia je yg kuar. restoran exotic apa ntah. serve daging landak, rusa etc.
ahhhhh, betul le tuh, laki ko..opssssss, terlebih sudah, ahahha
Post a Comment