Friday, August 29, 2008

Buang karan sungguh!

Semalam ada majlis makan2 soto di ofis. Masa tengah makan tu, dapat SMS dari my sister. Bunyinye "Tamatlah drama tanggang dgn angan2nye..penat tgk! Hampeh tol!". Aler, dah dispoilkan ending cerita tanggang pada kakak nye. Apa aaaaaa.. Potong stim betul.. Dah le ending pun buang karan! Penat tau i tunggu every night malam tu..

Anyway, spoil atau tidak, i still wait for the ceritalah. Tanggang makin nazak. Tanggang in-laws pergi ke rumah mak tanggang nak mintak mak tanggang datang jumpa anak nye. Tanggang punye mak tak nak jumpa. Tanggang punye mak kata anaknya yg patut jumpa dia, bukan the other way around. Keesokannya, datin janji nak bawak tanggang balik jumpa mak dia. Tapi alamak! Mak tanggang jatuh tangga and dia meninggal dunia. Tanggang sampai rumah maknya via ambulan masa jenazah mak nye masuk dalam van jenazah. Oh! Ampun kan tanggang mak. Ampun kan tanggang. *masa ni i silently jengah Adam yg tgh kusyuk menonton, kot la dia menangis kan. Tapi tak punnn.. lagi dia ketawa masa mak tanggang jatuh tangga ada la..*

Sambung cite, tanggang menangis2.. tiba2 zas zus zassssss.. dia terjaga dari sedar dlm hospital... oh damnnnn..mimpi ketika pengsan rupanyaaaa.. Dia still di zaman sekolah. Kena langgar masa mencuri beg tangan cikgu dia. So lepas terjaga tu, dia lari lari macam forest gump sampai rumah mak dia and terus peluk kaki mak dia mintak ampun... Begitulah the ending of Tanggang..

Cet!! Sungguh aku tertipu dgn cerita melayu ini. Tapi tak pe, i support drama melayu ok. Korang support ke?


*kali ni tak ada gambar fasha sanda sebab nanti ada org cas aku nye idola fasha sanda*

Wednesday, August 27, 2008

Superheroes


Ni antara koleksi superheroes Adam. Ultraman besar tu tok abah belikan kat BP. Masa tu dina still dalam pantang. Dek kerana melayan sgt kerenah cucunye, tok abah belikan la ultraman ni. Spiderman tu mama beli kat JJ Bukit tinggi. Mahal tu. Jangan bawak main keluar ye Adam..Kang hilang mama mengamuk kang. Yg kecik2 tu ada ultraman lagik. Ada batman. Dulu2 adam sebut batman as batbat. Pas tu yg lain tu character dalam Kungfu Panda. Tu koleksi Mekdon. Ada banyak lagi superheroes si dia ni tapi malas nak susun atur lah! Yg ada ni kira cukup la. Yg ni kira feveret dia lah ni.

Masa sessi fotografi ni, Dina sibuk nak kacau. Mama dah susun baik punye, dia pegi langgar semua sekali. Bikin mama hati kacau betullah Dina ni. Tapi ku gigih juga susun utk kali yg ke berapa and hasil nye dapat la gambar kat atas tu ha. Tgk ni Dina tgh aim baik punye. Duduk tu elok2 sikit ah Dinaaaa... Ih ih ihhhhh..

Friday, August 22, 2008

Pose maut dari Dina

Kawan2, tgk ni abang saya tak malu betullah. Menangis sakan! Menjerit2! Entah apa2 la abang saya ni. Dia menangis sebab nak ikut babah go to work. Abang ni, mana boleh ikut babah go to work lah! Duduk la rumah dgn adik and mama. Nanti abang boleh tido dgn dina and mama. Tak suka ke? Kalau tak suka, pegi tido sorang2 kat bilik belakang tu. Nanti ada momok, tak taukkkk..

Tapi kawan2 cuba tgk saya. Saya pose maut ala2 James Bond gitu. Saya tgh cubaan memanjat sofa. Lately ni, saya dah boleh memanjat sofa tu. Sungguh gembira hati saya. Tapi mama saya susah hati sebab nanti saya melompat2 kat sofa tu nanti boleh jatuh gedebush kat bawah tu. Kalau dah jatuh, tentu la saya nangis cari mama saya kan. So far cobaan jatuh belum pernah lagi tapi esok2 mana lah tahu kan. I know I know! Jangan jadi anak derhaka mcm tanggang tu. Dengar cakap mama okeyyy...

This wiken, abang nak ikut babah pegi melaka, boys outing katanya. So saya kena tinggal dgn mama kat rumah. Kesian kan kita mama. Takpe nanti bila adik besar sikit, kita buat girls outing pulak kan. Tapi i heard mama nak pegi Team Building kat Bukit Merah bulan 10 nanti kan? Yahooooo..merdekaaaaaaaaa...!!!!!

Wednesday, August 20, 2008

Anak derhaka

Ah..sungguh gerun tajuk kita kali ni. Bukan apa, lepas habis cite sindarela tv3 tu, kita layan cite si tanggang plak. Every day from monday tu thursday, 8.30 - 9.30 pm di tv9. Actually yg malam punye ni ulangan on tv3 kul 5pm. 5pm punye dah tentu2 la tak dapat nak layan kan. so layan ulangan punye version pun jadilah!


Anyway, talking about si tanggang ni. Sure ramai yg still ingat cite tanggang version p.ramlee. Disebabkan derhaka sgt si anak yg bernama tanggang ni, dia di sumpah oleh ibunye jadi batu. Doa ibukan, insyaAllah termakbul2. Lagi plak ibu ni dihina dikeji by anak sendiri. Gerun kan? So this modern version that i watch in tv, is somehow similar lah lebih kurang the jalan ceritanye. Anaknye degil gila babun. Dari sekolah2 dah buat perangai sampai lah ke besar. Ada ke principal dia denda dia kena gantung sekolah, selamba rock yahoooooo depan principalnye. Boleh sakit jantung principal tu kalau dapat 10 org anak murid mcm tu aih! Bila dah besar, dapat kawin dgn anak org kaya, terus lupa mak bapak kat kampung. The father passed away makan hati and tinggallah the mother membawa hati sorang2. Poor her. So episode semalam, the anak derhaka dah kena tembak and koma. Padan muka dia. Bangun dari koma, he could not move. Nak bercakap pun tak boleh. Yg keluar dari mulut dia cuma the word "mak". Itulah balasannya. Berlagak tak hingat!

To my 2 precious kids, Adam and Dina. I hope u two wont be like tanggang. And also a reminder to myself, not to be like tanggang also. Emak and Abah, love u both! Eh diorg baca ke blog aku ni pun. Tak kira lah. Tiba2 rasa nak nyanyi lagik, kali ni lagu Allahyarham Sudirman tu.. Ayah dan Ibuuuuu...Ayah dan Ibuuuuu...


So kawan2, jangan jadi macam tanggang! Malam ni kita layan lagi seround...






Ketiduran melanda

Cuba tgk jam tu, baru pukul berapa? 9.08pm ye. Tgk apa budak dua org ni tgh buat?

Ye tido dan tido! So mamanye yahooooo. Boleh layan cite tanggang kat tv9 aman dan damai..hehe..Nie sure kes tak tido petang ni. Maklumlah cuti2 sekolah gini, anak2 umi nye semua ada katrumah, so ramai la yg melayan budak 2 org nih. Main dan main, tak ingat nak tido lah tu! Rasa macam nak nyanyi lah.. Tidurlah wahai permaisuriiiii..tidurlahhhh..pejam mataaaa..

Monday, August 18, 2008

Hari Ahad yg busy

Semalam was mak su's wedding belah lelaki di rawang. Hari jumaat mak tok and tok abah dah sampai puncak alam. Hari sabtu kitorg gerak ke Gombak rumah mak uda. Babah tak ada. Dia dah pegi meramaikan umat di Permatang Pauh nun sana. Katanya gi berjuang. Hari sabtu sampai rumah mak uda around 3+ pm. Hanny dah tido, lyssa almost nak tido tapi terwake up sbb we all sampai. So bermula lah aksi gaduh2 friend2 between Adam and Lyssa. Kejap gaduh kejap baik. Dina mcm biasa, take her own sweet time exploring mak uda's house. Around 9 plus pm budak2 semua dah lelap. Yippi!! Mama dah boleh rileks dah.

Esoknye Ahad, kul 7 plus dah bangun. Dina kena mandi around 8+. Dia kalau time mandi, memang seronok. Tak kira le air tu sejuk ke apa. Lepas mandi pakaikan dia baju and tadaaa..dia dah siap.
Tengah perati kasut pink dia and socks

Dalam pukul 10+ am, kitorg dah pun bertolak dari rumah mak uda. Babah gerak dari puncak alam, janji jumpa kat tol bukit beruntung. Around 11.30 dah sampai BB dah. Babah dah sampai jugak. Kena tunggu tukang yg nak ambik kitorg bawak ke rumah pengantin kat situ. Tick tock tick tock..dah pukul 12 bayang pun tak nampak. Rupa2nye diorg tunggu kat depan sikit, bukan betul2 kat tol tu. So Adam dah bertukar tpt dari kereta wira ke kereta satria pulak mengikut babahnye. Dalam 12.20 cam gitu just nice sampai rumah lelaki. Pengantin dah tunggu nak berarak. Pengantin berpakaian kuning kali ni.

Soryy gambar nampak kipas. Malas nak budget elok2.

Cantik bajunya. Oh ye, jangan di tanye kenapa haritu tak pakai tudung. Kali ni pakai tudung. Suka hati dia lah kan. Kekeke.. Around 2pm kitorg dah gerak, nak menuju ke rumah Ida, besday party the ever hensem boy, zarief kat Shah Alam.

Around 3 dah sampai rumah Ida. Oh ye ngan adam and dina yg comotz plus letih wo jalan tengah2 panas. Bila time baby zarief tiup lilin, si Adam dah tolong tiup kan dulu. Adoi mak, bikin malu mama lah Adam ni. Terpaksa la lilin di nyalakan semula utk baby zarief tiup. Adam dah fascinated dgn kek Thomas and friends si zarief. Tak sabar2 plak dia. Macam dia plak besday boy. Jangan perasan ah bro! Harus kena blacklist adam ni dari attend any besday party..

Dalam kul 4 lebih kitorg sampai puncak alam, oh penatnye. Mandikan budak2. Siap mandi, kul 5 diorg dah lelap. Dapat le mama nye pun selelap jugak. 7 lebih diorg bangun, bagi dinner. Then bum balik semula. Adam siap mengadu sakit kepala. Sian tgk dia. Penat lah tu, tak pun sbb layan minum ais lebih sgt time2 panas getik tadi.. Kul 9 both dah tido semula. Aman damai duniaku sambil mataku pun lelap sekaliiii...


Thursday, August 14, 2008

Si dia yg ku paksa

Semalam dah TERbeli socks ni..eh socks ke namanya eh.. tak tau la apa nama nye..hentam je lah kita gelarkan dia 'socks'. Pedulik apa kan. Sangat kiut.. Sangat tak sabar nak balik rumah nak paksa Dina pakai ok. So once got home, apa lagik, ku keluarkan socks ni dari beg. Bukak seluar tido Dina and sarungkan socks ni kat dia. Kiut giler..

Tu adam tgh tumpang belek sama. Heran dia tgk socks tu. Lain mcm je rupa nye dari socks dia. Tersimpul2 dia senyum tengok adik dia pakai socks tu. Bila mama bukak socks tu dari Dina, Adam dah ready kat sebelah nak try sama. Oh abang Adam! This is for girls ye..

Tuesday, August 12, 2008

Mak Su Kahwin


Last friday, 08.08.08, mak su nikah. On the 9th, kenduri kahwinnya. Since bnyk sgt gambar nak tampal kat sini, ai tampal gambar je lah yek. Nak cite kang, sampai ke petang baru siap. Keje melonggok nih.

Pelamin and barang hantaran



Mak Su berbaju pink, berlace hitam. Cantik. Eh Cantik ke?

Adam xcited nak tgk pengantin tapi tak nampak. Tapi dia berjaya menyelit di celah2 org ramai.

Pengantin dari kejauhan. Tak dapek ai nak nyelit sebab ada extra luggage kat tgn sebelah (Dina le tu)


Bapa pengantin yg masih steady tgh merenjis.

Gambar lain tak dapat nak snap. Gambar masa nikah and gambar masa tukar baju. Will update later bila dah dpt gambarnya yek kawan2..

Monday, August 4, 2008

Oh demam!

Last Sunday, abang Adam demam. Kesian dia. Right after lunch tu dia dah cari2 bantal and puting. Around 1+ dia tidur. Masa tu tak perasan lagi dia demam, ingatkan dia take a nap mcm biasa je. Dalam pukul 3+ dia bangun, lain macam je abang adam kita ni. So mama nye pegang lah dahi dia tu.. ooOoo demam rupanya. Patut la muka seposen dua je. Tanye dia nak makan apa. Tak nak makan. Nak minum? Pun tak nak. Then, dia tunjuk2 dahi dia. OoooOoo.. nak suruh letak kain basah la tu kat kepala nya. Tapi since benda yg bertampal tu ada lagi stok kat rumah, so mama lekatkan yg tu je lah ye. And he is happy with the thing on his forehead.

Dah petang sikit dia mintak nak makan. Makan apa sayang? Nak maggi rupanya. Ok lah mama masak maggi. As long as u want to eat. Beriya dia makan. Lepas makan dia bummm balik. Bila dia tgk adik dia buat lawak ngan mama, dia dah boleh gelak2 dah. Lepas tu kejap2 tanye babah dia. Oh, babah takde.. Nanti babah balik ye. Kena la call handphone babahnye just for him nak dengar suara babahnye tu.

Benda tu bertempek kat dahi sampai la ke pagi tadi. Pagi tadi dia bangun dah ceria sikit. Dah boleh kacau2 adik dia. And pergi rumah umi with his ultraman, dah enough to make him happy. Bye sayang. Petang nanti kita jumpa ye. Dapat flying kiss berputing lagik dari dia tau..



Friday, August 1, 2008

Guna jari pun boleh!

Rambut saya dah panjang la kat depan tu. Dah kena mata saya. Amat menganggu pandangan saya. Masa mama hantar saya pada umi, umi dah mengvolunteerkan dirinya utk menggunting sikit remos saya ni. Eh bukan remos. Org lain yg ada remos, bukan saya. Saya ada fringe. Mama bagi green light kat umi tapi pesan like 20juta kali mintak potong betul2 sampai kening.


Petang tu mama nak ambik saya, dia ingat fringe saya dah pendek la. Tapi tak lah. Umi cuma sepitkan je rambut saya. Nampak tak sepit pink tu? Sangat comel sepit itu.


Nak tau saya tgh pegang apa tu? Kotak coco crunch. Abang adam tu dok merengek kat mama nak kan coco crunch sebab ada hadiah batman ok. Saya tak pernah merengek macam tu tau. So mama dah belikan dia coco crunch hadiah batman. Batman nye kecik ajo. Tak dapat pulak saya snap gambar nye sebab abang adam kedekut orang nye. Nak tgk pun tak bagi tau. Tapi tak apa, sikit masa lagi dia boring lah tu dgn batman tu. Bila dia dah boring, kita ngap lah..