Friday, January 30, 2009

Cite training yg basi

Dah cite ke belum eh? Belum belum..

Last week hari rabu and khamis, i went to ECP training. ECP stands for Effective Coaching Program. Objective of the training is to ajar the participants on how to coach your staff effectively.

Lokasi was at Kota Permai GCC kat Kota Kemuning. Kalau masuk area2 golf ni, yg menarik is the houses la of course. Mulut ni tak habis2 bercakap "Cantik lah rumah ni", "Berapa ye babah harga rumah ni", "Bestnye kalau duduk kat sini kan". Penat la the other half mendengar i celoteh pasal rumah2 yg tak tercapai dek tangan nak membelinya. Takpe la kan..tak dpt beli, dapat ngomel pun jadilah!

Sambung cerita pasal lokasi tadi tu. The dewan is big. Big lah for only 14 participants! Semua nak monteng, konon nak join grup 2. Bakal penuh la grup tu nantik! Makan ok lahhh..so and so.. Orang dah bagi makan free kita jangan komplen lebih2 sgt okey..

One thing je i tak puas hati la situ. The toilet! Ooo mak aiiii.. Apa kes la dia buat toilet kecik mcm tu. Punya lah sempit weh!!! Tak puas hati betullah. Kalau sapa berdiameter lebar sikit, i think akan ada masalah di situ!!! Eeeiii..tah hapa2...

Training tu ok overall ok lah. Mencapai matlamat. Now i know how to coach. Siap kena belajar Pegging Techniques.. Ala yg word2 rhyming tu just so kitorg boleh hafal all the 10 tech. of coaching.. Sampaikan balik rumah, boleh lagi dok menghafal.. Ish ish Azah azah, baik ko baca wirid ke kan..

Nanti on the 13th march, akan ada follow up session. Kena attend lagi sekali. OK ler..layan je lahhhh.. Training kan one of our KPI.. kata nak dpt R5.. muahahaha..


The Fitris family

Adam bersuara di suatu petang yg mendamaikan

"Adam Fitri"
"Dina Fitri"
"Mama Fitri"
"Babah Fitri"
"Ultraman Fitri"

Sejak bila mama give birth to ultraman adam oiii..

Anyway, beware segala raksaksa di dunia including Puaka Niyang Rapik.. Ultraman Fitri is coming to town!!!!

Thursday, January 29, 2009

Biasa tangan tu!

Bro adam ni kan.. mmg takde keje betullah.

Boleh tak dia pegi koyakkan kuku kaki dia yg jari kecik tu. Alih2 dia datang tunjuk kat mama.. "Ma, ngok ni"..
Dia koyakkan kuku dia tu, tinggal hujung nyawa je kuku tu melekat. Eiiiii geramnya.. Lepas tu dia nak settlekan yg kaki kiri dia plak. Mau tak kena jerit dgn mama dia ni.. Aaaa buat buat... mama tarik semua kuku adam nantikkkkk....

Nampak tak korang???

Wednesday, January 28, 2009

Sikit2 nak nagis je Adam ni

Adam ni dah jadi macam adik le. Mengalahkan dina. Semalam dia tido lewat sikit. Dah pukul 11.00 dia tak tido lagi. So kitorg dua layan la tgk cite kasanova XXL kat tv3 tu. Babah dah berlayar. Dina jgn cite la..awal lagi dah lelap awek tu..



So i was in the middle. Dina belah kanan. Adam belah kiri. Babah belahh jauh2 sikit babah ye.. So tgh2 layan tu.. ada iklan. Rasa malas nak tgk iklan, so i shut my eyes lah kan. Ala2 tido tapi tak tido sebenanrnye. Alih2, dengar suara teresak2. Eh sapa lak ni. So bukak mata sikit, sekodeng si adam. Lerrrr..meleleh air mata dia..



So terpaksa la bangun nak pujuk dia.. Angkat dia duduk atas riba. Pujuk2 dia.. Tanye dia kenapa.. Sedih tgk cite budak kecik kat tv3 tu tadi ke? Dia senyap. Sedih sbb kena marah ke? Dia senyap. Tapi kitorg tak ada marah2 pun kat dia tadi. So heran le kenapa dia menangis. Lama jugak le dok pujuk dia. dia tetap tak nak cite.



Dah habis cite kasanova tu, baru la i hit the jackpot. Adam menangis sebab babah tido, adik tido, mama tido ye??? Dia pun angguk..."mama tidooooo".. Ala ala alaaaaaaa... mama tak tido ah. Mama restkan mata tak larat tunggu adam tido ah..



Aisey bro Adam ni.. sikit2 nak nangisss..cembeng ahhhhh. Muka je machooooo!!!!



Freddy krueger berkukukan sepit baju..

New haircut

Cerita ni cerita dah lama..dah basi.. 2 minggu lepas.. tapi layan je la ye..

Adik dina kita tu, rambutnye dah mencecah biji mata dia. Lepas tu rambut kat atas telinga pun dah panjang. Kalau tarik ke belakang telinga, nampak la rambut tu tak kemas. Kemas??? Macam nak masuk sekolah je bunyinya..

So, pagi ahad tgh tgk dia mandi dlm bilik air, terpikir nak kasi trim itu rambut. Ambik sikat satu, ambik gunting satu. Advantage sikit sbb dia tgh sibuk main air, so dia tak perasan apa mama dia tgh buat kat kepala dia. Setiap kali zrassss rambut dia, dia akan pelik tgk rambut tu jatuh masuk dlm baldi tadah air tu. Tapi dia pedulik apa kan. Asalkan tgn dia ada gayung, tu dah cukup happy utk dia.

So ni lah hasilnya.. tadaaaa..


Eh gamba tu tak nampak plak rambut dia.. Sebab ni gambar lepas mandi.. Rambut dah bersikat elok.. Sila ignore background yg kureng ituh..

Belah tepi kiri dah cun dah. Tgk2 belah kanan, alaaa..spoillah mama ni. Takpe la dina, sikit lagi panjang la balik tu. Apa ada hal kan kan?? *sedapkan hati..huhuhu*


p/s To YM tengku wadi and E and YM tengku khalis, congrats for your cute newborn boy in d house... Kalau dina tgk ni..sure tak kelip mata..


Monday, January 19, 2009

Jawapan utk kuiz di bawah

Kalau korang jawab A, salah. Nak window shopping? Mana boleh. I tak reti nak window2 nih.. Kalau rasa nak beli barang, terus shop. Kalau window2 ni alamat meleleh air liur la sambil jalan tu..

Kalau korang jawab B, salah. Nak tgk movie? Apa cite pun yg best now ni? Histeria? Maut? Nak tgk puaka niyang rapik pun tergedik2, ni kan plak movie sebesar alam ngan sound effect yg maha canggih tu.. No no no..salah salah salah..

Kalau korang jawab C, salah. Nak pergi zoo visit beruk? Teringat cite Rozana tu, masa si Hero angkat si heroin. Dialog dia berbunyi "Rasa mcm angkat anak beruk". Wahahaha..kering seposen..

Kalau korang jawab E, salah. Nak sekodeng kat tasik tu tengah2hari? Sapa ada weh kat tasik tu time gitu? Takde maknanye..

So jawapan nya ialahhhh.. ye betullll.. D!!!

Whaaatttt??? Gi muzium? Tak pernah seumur hidup pergi muzium, this is my first time lah kiranya. Cik Abang tu dia memang ala2 misteri nusantara sikit. So there we were. Dgn tak ada visitor langsung kat situ. Kitorg berdua je merayau kat situ. Sure kakak2, abang2 yg kerja dlm muzium tu cakap "Apa hal la budak 2 org ni berdating kat muzium?"

Let me story sikit dlm muzium tu ada apa. Mula2 dia tunjuk artifak2.. perghhhh artifak tuuu.. Artifak2 dari Jugra. Banyak la harta karun tembikar2, besi2 dari zaman dahulu kala tertanam and di gali kat situ. Lepas tu kitorg tgk pameran barang untuk lelong. Ni semua koleksi peribadi, bukan hak muzium. Kalau ada duit, boleh pegi beli barang2 tu. Ada mcm2. Ada congkak lamaaaaaaa tu. Ada lukisan P.Ramlee. Ada keris2. Yg ni mmg feveret cik abang ler. Siap mencangkung, memanjang leher nak tgk keris2 tu. Seb baik tak payah meniarap, menelentang.. Oh yes, barang2 mahal2 belaka. Cecah ribu2an ringgit.

Lepas tu kita tgk salasilah kesultanan selangor. Masa baca salasilah dia tu, i was oooo.. aaaaaa.. ooooo.. Aceh, macam begitu concentrate gitu kan. Soalan utk wak, Selangor dah ada berapa Sultan?? Ha jawab wak, jawab..kalau terel...

Then, turun 1 level, ada pameran hmmmm..ni ala rojak sikit. Ada silat2. Ada rumah2. Ada adat lenggang perut. Campur aduk ah sini. Lepas tu turun another level. Pameran sukan. More towards team bola sepak selangor zaman2 Allahyarham Mokhtar Dahari. Cik Abang tu, being a soccer fans, dia boleh identify nama2 pemain bola tu. Excellent!

Lepas tu pameran alam kehidupan. Ada giant katak. Ada giant ikan. Ada giant buaya. Ngeri woh tgk buaya tu walaupun tu cuma replika. Gila giant!!!!!!

Last sekali is pameran keislaman. Ada gambar2 masjid tertua di selangor.

Overall, i think the muzium tu need more maintenance lah. Ada tpt2 yg basah mcm kebocoran aircond. Bau pun oooo mak ai. Especially kat tpt pameran hidupan alam tu. Sebab bnyk binatang yg dia awetkan. Eeiiii tak suka tak suka bau diaaaaaaa..

That was how we spent our 2 hours nak menunggu passport siap. Gambar tak ada sebab mmg tak boleh ambik gambar dlm tu. Sebagai warganegara yg mematuhi perintah, kononnnnn.. tidak lah saya mengsnap any gambar dlm tu. Mesti ada yang tanye, agak2nya nak pergi lagi tak? TAKKKKK!!!


Thursday, January 15, 2009

Kill our time

Kuiz utk hari ini, kemana kitorg pergi utk kill our time?

A. Window shopping *sebab 300 dah melayang. So window je lah*

B. Tengok movie *lama tak tengok movie berdua2an*
C. Zoo negara *pegi visit beruk*
D. Muzium Shah Alam *tak pernah seumur hidup masuk muzium*
E. Tasik Shah Alam *merendek or sekodeng tepi tasik?*

Jawapannya ialah.. Kita jumpa selepas ini..

Berurusan di Jabatan Kerajaan

Yesterday morning i kena pergi renew my passport. There goes my RM300! Since susah sgt nak cilok time Cik Abang nak pergi imigresen ni, cik abang had to take leave nak bawak me to there. Nak pergi sorang tu bukan tak boleh, tapi logistic nak pikirkan kenderaan kalau sorg nak pergi kerja, sorg nak pergi imigresen, amatlah payah.

So pagi2 dah sms bos cakap nak cuti. Borang dah letak kat atas meja dia semalam. Kalau ikutkan, nak buat lepas dapat gaji, tapi Encik Organizer dah sibuk asking me tiap2 hari tanye my passport. Each time dia dtg, i said esok esok dan esok. Sian member tu..

Lepas sms, bos reply bunyik mcm tak bagi cuti. Dia cakap ada meeting petang ni. Ater the day before tu, i went back at 7.30pm, mana ada meeting invitation pun i dapat. Tu sebablah, i decided to take leave as well kan. Alih2 pagi ni kata petang ada meeting. I am not happy.

So cakap kat Cik Abang, i have to go to office lepas settle everything. Nowwww, he is not happy. Dah le wife dia nak tinggalkan dia 4 hari 3 malam early feb nantik, nak cuti sehari pun tak dapat. Dah dua2 tak happy. Tapi kitorg berlagak happy jugak lah kan.

So sampai imi dalam kul 9 lebih. Kat kompleks PKNS. Gi bfast jap, then naik level 2, ambik gambar and photocopy IC. Gambar kena bayar RM10, photocopy kena 4 kupang. Ambik number kat kaunter 11, dpt number 481. Current number masa tu was 458. Ada less than 30 ppl. But i'm cool. I can wait.

Around 10+ my turn gi kaunter 9. Officer tu bagi salam. I jawab salam. OK, form semua bagus. Sambil dia buat keje, dia borak2..
Officer kastam : Lahir kat Johor..
Me : Ye
Officer : Kat mana?
Me : *blur jap*.. aaa.. JB
Officer : Ni address IC kat perak?
Me : Ikut ayah pindah2 kerja..
Officer : Oooo.. Ni address puncak alam ni?
Me : Ni rumah sendiri..
Officer : Dah kawin, menetap kat situ la?
Me : Haah..

Apa saje la tuan officer. Nasib baik ada 3 jenis address, kalau ada 10, bertambah la soalan dia tanye. Lepas tu dah setel, dia suh pergi kaunter 6. Tunggu officer tu panggil nama. Oh ok.. Kat kaunter 6 kena tunggu dlm 15 minit, baru nama kena panggil. Pay RM300. Dapat resit. Officer suh come back tomorrow to collect. Whatttt??? Am not happy nihhhhh.. Sapa nak dtg balik esok woi? Dah le nak cuti pun tak dpt.. Tapi kat resit tu tulis, can come back after 2 hours to collect the passport. So I've asked la officer tu. Ni lepas 2 jam tak boleh siap ke. Dia cakap dia tak berani nak janji. Kang janji, tak siap, dia plak kena marah kan. Apa daaaaa.. konfiden lah sikit. Cakap le.. YESSSS..boleh siap dlm masa 2 jam...

But i dont care. Sapa nak mai balik esok nak collect? So kitorg gi jalan2 nak kill time. Tau tak kitorg gi mana?? Tak nak lah cite sekarang, cite next entry ok..

Since after 2 hours baru boleh dtg collect, kitorg budget2 dlm pkl 1++ siap lah tu. So lepas go to that somewhere, we all pegi lunch kat nasi ayam kampung masuk desa. Tapi nasi ayam tu dah kurang kick lah dari dulu. Dulu punye lagi power..

Around 1.30pm, we all sampai PKNS semula. Terus pergi ke kaunter nak kutip passport, letak resit. Tak lama lepas tu, dlm 15 minit, my name dah kena panggil. Yahooo..siap sudahhhhh..!!!

Lepas tu straight ke ofis. Kalau lambat siapnye, i dont think i want to get back to ofis.. Tapi since cik abang pun cakap dia nak lepak klang kejap, so might as well drop me je kat ofis kan. Sampai ofis dlm pkl 2.15 gitu. Kira half day lah tu.

So where am i going early feb? Jeng jeng jeng....


Wednesday, January 14, 2009

Move It Move It

Semalam sampai2 rumah umi, adam pot pet pot pet. Umi dia suh tgk dekat bibir bawah dia tu. Ye ada kecederaan di situ. Agak terbelah jugak la. Umi dia suruh aku tanye kat Adam wut happen. Adam mcm biasa la, cite dongeng cite legenda cite fairy tale semua keluar. Rupa2nye dia terhantuk kat kabinet rumah umi. Masa kejadian, dia tgh berjoget dgn iringan lagu Madagascar Move it move it.

Adeh la anak aku.. Umi dia cakap sampai nampak kesan gigi dia kat kabinet tu. Nasib baik gigi tak patah.. Sian anak mama..


Friday, January 9, 2009

Cerita ceriti di TV

TV adalah peneman setia kami di rumah. Kalau on wiken tu, dari pagi celik mata, celik lah TV tu, sampai ke malam, tutup mata, baru lah tutup tv tu. Gile tvholic betul. Kalau on wikdays, lain sikit sebab siang berkerja kan. So jejak je kaki dlm rumah tu, terus "Adik, pegi bukak tv dik". So terkedek2 lah Dina pergi on tv tu.. Thanks adik!

Apa story yg menjadi feveret kami sekeluarga?

Kalau adam and dina, dah tentu la channel 611 atau 613. Pagi2 wiken especially Ahad memang di conquer by budak 2 org nih. Dekat 613, ada Dibo, Mickey, tah hapa2 lagi lah. 611 still all time feveret diorg lah. Ada Roary the Racing Car. Thomas and friends. Jim jam and sunny. Geng bas sekolah. Yg ni adam punye feveret. Watak si Chua tu paling dia suka ikut. Hikayat Putera Shazlan...baby fashaaaaaa!!!! Adi dan ayah. Ni indon punye sitcom. Dulu ada version Malaysian called Afi dan Abah. Tom Tom Bak of course. Kalau cite2 mcm ni on air, memang senang la nak kontrol budak 2 org nih. Kalau noti2, ugut je nak tukar channel, confirm duk diam.. Wahaha.. sampai bila la nak laku ugutan tu kan..

As for me. Ku kepingin nak nonton Spa Q 2 tu, tapi tak dapat lah. Ater balik kerja nye pukul berapa kan. Sampai rumah confirm dah habis. Takde can langsung. Kecewa. Pastu kalau malam2 wikdays, layan je la cerita apa sekali pun. Janji TV tu ber on. Kadang2 tgk Puaka Niyang Rapik kat tv3 tu. Masa mula2 nak tgk dulu, rasa mcm seram semacam je. Dah dua tiga kali tgk ni, rasa mcm tak ada apa dah. Tu semua lakonan semata2.. Acehh..

Hari selasa to khamis malam ada siri baru Rozana. Actress nye si Rita Rudaini tu. Hero nye Rosyam. And Datok Rahim Razali jadi sugar daddy Rita. Ni first time tgk Datok R tu pegang watak mcm tu. Normally, kita biasa tgk dia watak ayah2 yg mithali. Kali ni dia jadi ala2 gatal. Macam tak sesuai, tapi good for him lah kan, dapat bawak watak yg lain sikit, yg lari dari kepompong dia sikit. Ni bahse apa aku pakai ni?????

Ha ada satu siri Jepun aku biasa tgk kat Tv8, hari ahad, pukul 3 sampai 4. Apa tajuk dia eh. Sat google sat. Hah ni dia..Hana-Kimi. Cite ni best. Kelakar.


"Horikita plays the protagonist Ashiya Mizuki, a Japanese girl in the U.S. who one day sees the young athlete Sano Izumi (Oguri) compete in the high jump on television. She begins to idolize him, and decides to move to Japan to attend the same school as him. However, Izumi goes to an all-boys school, so Mizuki disguises herself as a boy to achieve her dream of being with her idol"

So masa dia kat all boys school ni la, mcm2 happen. Pelakon2 lelaki dia kiut. Minah tu pun kiut. Semua kiut lah! I like i like. Cite the very light, so sesuai la petang2 ahad time budak2 dah tido kan. Sambil tgk, sambil sengih sorang2..wahaha..

Babah punye feveret lak? Tak payah cite lah. Kalau dah remote kat tgn dia, mesti la dia buka channel bola. Bola bola bola. Seb baik remote tu jarang kat tgn dia kan. Bagus bagus..

Kalau cite omputeh pulak, yg selalu di tonton.. House, Amazing Race, CSI (kadang-kadang sebab CSI ni heavy sgt, tak tercapai dek akal kadang2 tuh), Oprah.. Oprah tu tgk topik lah, topik menarik ok la. Kyle XY. Tapi jarang tgk yg season 2 ni sbb dah lewat sgt on-air nye. Pastu cerita masak2, dekorasi2, travel2.

Without TV..tak tau la kitorg jadi ada kat rumah tu!

Dari hot topic ke kuey teow goreng

Dah 4 hari since my last update kat blog. Rasa dah lamanya. Macam malas nak update ke apa? Tak de mood kot sebab FB macam dah tak boleh masuk lah. Ada error. Bosan bosan. Ni apa kaitan ketidak bolehan nak masuk FB dgn kemalasan nak tulis blog nih? Sangat tak relevan.. Bos, bos baca ke ni? Bos block FB ye bos? Kitorg masuk FB time lunch and after ofis je Bos.. Betul..tak tipu!!!

Hot topic di mana2, is about Palestin. Pagi2 masuk ofis, ada je ofis mate yg hantar gambar2 yg yg.. eiiiii.. tak suka tak suka. Especially gambar budak2 mangsa bom/tembak. Potong stim betul kalau dpt gambar mcm ni pagi2 buta kat ofis...

Hah..pagi ni ada hot topic terbaru.. Siti's marriage on the rocks? Pagi tadi masa tgh queue nak bayar duit kuih kat Bistro, terpandang harian metro. Siti siap buat PC, and dia sedia mengundurkan diri dari bidang seni dia kalau that's the only way yang can stop outsiders from speculating about her rumahtangga with Dato K. Macam nak ugut fans dia je Datok Siti ni.. Noted ye, ugut utk fans, bukan utk kita2 yg bukan fans. I used to be her fans. Tapi not anymore.. Hilang dah satu fans cik siti nih...

Apesal tiba2 rasa mcm nak masak key teow goreng lah! Ambil perhatian ye.. nak masak.. bukan nak beli.. Sungguh pelik!


Monday, January 5, 2009

Pagi yg kelam

Yesterday pagi2, terdengar bunyi mcm riuh2 je kat luar rumah tu. Tapi eh malasnye nak menjengah ke luar tingkap tu kan. Dah pukul 8am tu, baru la bangun dari katil, tu pun lepas budak2 membuli sruh bangun ajak tgk tv cite Boing Boing diaorg. So udah bangun tu, jengah ke tingkap, eh memang berdoyon2 org datang kt rumah neighbour kitorg. Semuanye lengkap berkopiah, bersongkok, bertudung. Rupa2nye akak depan rumah kitorg tu meninggal. Innalillah..

Kesian kat anak2 arwah. Dah jadi yatim piatu. Exactly 1 year 1 month ago, the father passed away masa tunaikan haji kat mekah. Di kebumikan kat sana terus. Then the mother pulak memang ada kanser. Lepas balik dari mekah tu, nampak dah sihat sikit. Dah boleh drive kereta segala. Rupa2nye, the kanser strikes back.

So tinggallah anak2 nye yg 4 org tu. Yg sulung is a boy, form 5. 2nd a girl, baru dapat result PMR haritu. 8A! Cemerlang kan? Both ni tinggal kat hostel. 3rd is a boy, rasanye dalam standard 5. And last one, a girl, standard 2. I felt for the 2 youngest tu. Kecik2 dah tak ada parents. Sedihnye! I tgk the abang is very calm. Saling tak tumpah mcm arwah ayahnya. I think dia boleh jaga his siblings dgn baik.

Looking at adam and dina, i was thinking, if i go, apa yg i tinggalkan utk diorg ye? Untuk masa depan diorg? Mcm ni kena tukar la wish list 2009 tu. Savings..savings..savings!!!


As for my dear friend, Sue, she is still unconcscious. But the ventilator dah off and she is now breathing on her own with oxygen aid. Her husband's status in FB:

"Sue still not conscious; oxygen dependency reduced to 31%; saw her eyes flutter 1st time today"

:)



Perginye dia tidak kembali


Pagi ahad minggu lepas *nampak sgt lama tak hapdet blog*, ada kemalangan jiwa kat rumah. Tengah2 nak sidai baju, terperasan ada sekor kucing ni dok tido kat dlm longkang rumah. Heran jugak. Sebab biasanya anak kucing ni kalau terserempak dgn org, dah mencicit lari tak cukup tanah. Kali ni elok plak tido nye kat situ.
So gi jengah lagi dekat. Lain mcm je ni. Tengok2 dah tak turun naik dah perut nye. Sian dia. Entah apa la sakitnye tu, atau pun tak cukup makan kot. Siannyaaaa..



So babah had to cangkul tanah sikit nak tanam the dead anak kucing. Oh ye, area tempat RIP nye anak kucing ni, ada jugak seekor ular RIP kat situ jugak. That happened 3 yrs ago masa tgh pregnantkan Adam. Elok je ular tu dok melepak dalam washer machine kat luar rumah tu. So bila dah rinse nak keluar air, dgn ular tu sekali keluar ikut lubang hose tu. Eeeuuuu..mencicit larikkkkkkkk.. Tapi ular tu dapat ditewaskan jugak by our neighbours. And dah kena tanam dah pun..


Kalau korang nak tau walaupun ada yg dah tahu, area puncak alam tu, kalau ular mmg le dah common sgt. Mungkin sbb tpt baru lagi kan, hutan2 kena tebang segala. Kalau kat the road of puncak alam tu, tenuk kena langgar mmg common sgt. Siap ada signboard Awas Tenuk Melintas kat situ. Lagi apa haiwan lagi ada eh. Monyet jgn cite la. Berdoyon2..


Tapi takpe, home sweet home..


Bijak bijak


Mama : Ni Irdina Fitri *sambil pointing kat Dina*

Mama : Ni Adam Fitri *sambil pointing kat Adam*

Adam : Ni Mama Fitri *sambil pointing kat Mama*


Cet..