Friday, January 9, 2009

Cerita ceriti di TV

TV adalah peneman setia kami di rumah. Kalau on wiken tu, dari pagi celik mata, celik lah TV tu, sampai ke malam, tutup mata, baru lah tutup tv tu. Gile tvholic betul. Kalau on wikdays, lain sikit sebab siang berkerja kan. So jejak je kaki dlm rumah tu, terus "Adik, pegi bukak tv dik". So terkedek2 lah Dina pergi on tv tu.. Thanks adik!

Apa story yg menjadi feveret kami sekeluarga?

Kalau adam and dina, dah tentu la channel 611 atau 613. Pagi2 wiken especially Ahad memang di conquer by budak 2 org nih. Dekat 613, ada Dibo, Mickey, tah hapa2 lagi lah. 611 still all time feveret diorg lah. Ada Roary the Racing Car. Thomas and friends. Jim jam and sunny. Geng bas sekolah. Yg ni adam punye feveret. Watak si Chua tu paling dia suka ikut. Hikayat Putera Shazlan...baby fashaaaaaa!!!! Adi dan ayah. Ni indon punye sitcom. Dulu ada version Malaysian called Afi dan Abah. Tom Tom Bak of course. Kalau cite2 mcm ni on air, memang senang la nak kontrol budak 2 org nih. Kalau noti2, ugut je nak tukar channel, confirm duk diam.. Wahaha.. sampai bila la nak laku ugutan tu kan..

As for me. Ku kepingin nak nonton Spa Q 2 tu, tapi tak dapat lah. Ater balik kerja nye pukul berapa kan. Sampai rumah confirm dah habis. Takde can langsung. Kecewa. Pastu kalau malam2 wikdays, layan je la cerita apa sekali pun. Janji TV tu ber on. Kadang2 tgk Puaka Niyang Rapik kat tv3 tu. Masa mula2 nak tgk dulu, rasa mcm seram semacam je. Dah dua tiga kali tgk ni, rasa mcm tak ada apa dah. Tu semua lakonan semata2.. Acehh..

Hari selasa to khamis malam ada siri baru Rozana. Actress nye si Rita Rudaini tu. Hero nye Rosyam. And Datok Rahim Razali jadi sugar daddy Rita. Ni first time tgk Datok R tu pegang watak mcm tu. Normally, kita biasa tgk dia watak ayah2 yg mithali. Kali ni dia jadi ala2 gatal. Macam tak sesuai, tapi good for him lah kan, dapat bawak watak yg lain sikit, yg lari dari kepompong dia sikit. Ni bahse apa aku pakai ni?????

Ha ada satu siri Jepun aku biasa tgk kat Tv8, hari ahad, pukul 3 sampai 4. Apa tajuk dia eh. Sat google sat. Hah ni dia..Hana-Kimi. Cite ni best. Kelakar.


"Horikita plays the protagonist Ashiya Mizuki, a Japanese girl in the U.S. who one day sees the young athlete Sano Izumi (Oguri) compete in the high jump on television. She begins to idolize him, and decides to move to Japan to attend the same school as him. However, Izumi goes to an all-boys school, so Mizuki disguises herself as a boy to achieve her dream of being with her idol"

So masa dia kat all boys school ni la, mcm2 happen. Pelakon2 lelaki dia kiut. Minah tu pun kiut. Semua kiut lah! I like i like. Cite the very light, so sesuai la petang2 ahad time budak2 dah tido kan. Sambil tgk, sambil sengih sorang2..wahaha..

Babah punye feveret lak? Tak payah cite lah. Kalau dah remote kat tgn dia, mesti la dia buka channel bola. Bola bola bola. Seb baik remote tu jarang kat tgn dia kan. Bagus bagus..

Kalau cite omputeh pulak, yg selalu di tonton.. House, Amazing Race, CSI (kadang-kadang sebab CSI ni heavy sgt, tak tercapai dek akal kadang2 tuh), Oprah.. Oprah tu tgk topik lah, topik menarik ok la. Kyle XY. Tapi jarang tgk yg season 2 ni sbb dah lewat sgt on-air nye. Pastu cerita masak2, dekorasi2, travel2.

Without TV..tak tau la kitorg jadi ada kat rumah tu!

0 comments: