Wednesday, May 6, 2009

Kenangankuuu Bersamamuuu

Tiba2 rasa nak Google my high school lah. So jom kita google, Sek Men Seri Perak. Tadaaaa..


I attended SMSP tahun 1987. Masuk masa tu 1RK1. Pelik tak? RK tu rancangan khas untuk mereka2 yg dapat good result in penilaian darjah 5 tapi tak dpt nak masuk sekolah berasrama penuh. Aaaa gituuuuu.. Starts with 1Rk1, 2RK1, 3RK1. Habis SRP, masuk science stream plak. Form 4Sc1, diakhiri dgn 5SC1.

Nama cikgu? Aaaaa.. ni yg paling susah nak ingat nihhhh.. Form 1 and 2 dapat Cikgu Yusuf. Form 3 Cikgu Noraini. Form 4 and 5, alamak tak ingat. I can remember muka cikgu tu tapi eiiii tak ingatnye nama diaaaaa.. kejam kah aku? Cikgu disiplin masa sekolah was Cikgu hashim. Garang wooooo.. Serammmm...

Kawan2 masa sekolah mmg best. Dah la kena duk hostel from form 1 to 3. Macam2 le perangai. Ada yg boleh nampak hantu pun ada.. Sungguh misteri nusantara betul. Dah le hostel tu tepi hutan.. Seram je kalau malam2..

Aktiviti2 time sekolah ni yg best. Masa sekolah dulu, i love sukan. Lagi2 kalau berlari sprint. Wah gitu.. mmg tak nak lepas peluang.. Cobaan nak masuk 100M tu amatla susah. Asyik2 every year dpt 4x100, 200, 400, 4x400. Itu je aku dok bolot. Tapiiii nak 100M tak dapat2 sampai la form 4 ke 5 eh. Itu je la sekali dpt masuk. Excited tak hingat!!! Vangga vangga..kembang kempis hidung rasanye walaupun tak juara hehehe..

Lepas tu aktiviti berkawad PBSM. Sangat suka ok. Time tu hitam kilat kena matahari pun tak kisah, nak berkawad punya pasal. Lagipun PBSM masa tu top ok. Kalau masuk kawad time sukan sekolah, confirm menang lah. Kadet polis pun kalah beb *untuk makluman, kadet polis tak layak bertanding sbb nama pun kadet polis kan, kalau kadet polis masuk, habis la kitorg*

Kenangan yg paling tak boleh lupa? Kalau tanye korang, sure korang tu kenangan tak boleh lupa is cinta monyet kan kan??? Not for me lah. Dah le muka seposen, badan cikeding lah tu kat sekolah, sapa lah yg nak kan.. Rasanye masa sekolah tu, semua kenangan terindah lah. Each seconds tu mcm rasa sungguh best *kononnnnnnn*

Diakhiri entry ini dgn lagu sekolah..

Kami Pelajar Sekolah Seri Perak
Tumpukan Tenaga Pastikan Tetap Berjaya*
Tujuan Kami Bersih, Suci, dan Murni
Nama yang Tertinggi Tetap Kami Hormati
Marilah Kita Bekerjasama (Chorus)
Tinggikan Taraf Kita
Buktikan Setia Setiap Masa
Kuatkan Semangat cita-cita
Kami Pelajar Perlu Pimpinan Murni
Semangat Berkobar untuk Bangsa dan Negara

Rasa berkobar2 plak niiii..

9 comments:

Mak Su said...

kita sebumbung...hehehe...tapi xingat seh rentak lagu sekolah....ishk3...jahat sungguh...

Mama Fitri said...

Eeeiiii mmg terukkkk ahhhh... lagu sekolah pun tak ingatttt.. tak patriotik langsunggg..

Anonymous said...

cakap pasal bab skolah ni.. aku sekolah rendah aje dah 5 skolah, sek. menengah 2.. heheheh nomad la katakan.. mcm ko la.. tapi ko nomad mcm terus menetap tpt tuu

mmq

g said...

cite la pasal history penubuhan of the school...aparaaa!

Mama Fitri said...

History? Confirm tak taukkkk..

g said...

cuba tanya pakcik google..

mak de said...

SMSP ada fb ke?? biar benar

mak de said...

oh i silap baca entry..smsp dlm google ye..cett! kena pakai kontek lens blue kaler ni..hai adam!! dah baik demam?

Mama Fitri said...

Tah hapa2 makde...excited sgt nak baca..

Adam dah baik dahh..tapi skang ni ada masalah tak boleh kena aircond la plak.. Bukak aircond dlm kereta pun dah bisingggg kata sejuk..adohaiiii..