Friday, December 26, 2008

Pembangunan terancang

Lately ni rasa malas nak update blog. Ntah apa penyakit yg melanda ntah.

Dah tu hari ni, org ramai cuti, aku dok terhegeh2 datang kerja. Rajin ke? La ni, dah tak tau nak buat kerja apa kat ofis ni. Boring yg amat!

Hari ni a friend dapat baby. First baby after 8 years menunggu dan menunggu. Lunch time tadi pergi visit dia dgn clg. Tapi tak dpt nak pegang baby sbb baby dok kat nursery. Nurse nak hantar ke mama dia only at 2.30. So lambat sgt lah, so kita jengah dia kat nursery je lah.. Sgt kiut, namanye Nur Auni Naqibah.. Comelll.. Geram.. Grrrrrr...!!!!

Kawan2 yg kenal kawan ini, boleh la gi visit dia kat SJMC. Bilik 360.

On the way ke SJMC tu, lalu depan subang parade, alih2 nampak aprtment tinggi melangit kat belah kiri jalan tu. Ait, bila plak ada aprtment ni? Baru je dekat 3 tahun tak lalu jalan tu, alih2 ada apt melangit kat situ. Pelik pelik.. Nampak sgt dah lama tak visit SJMC tu kan.

Lepas Pah, sapa nak masuk SJMC bersalin nih? Come another 2 or 3 years lagi nak lalu situ, alih2 ada building berupa KLCC pulak kat situ, who knows..!


Monday, December 22, 2008

Suraya Othman

This morning, i received satu sms dari kawan lama masa keje kat hicom

"Suraya koma lps bsalin. Ada kat icu sg buloh. Dari 15 dec lagi"

Suraya. Or Sue. My x-clgs masa kat hicom dulu. Ada la dekat one year bersama. Sama2 buat C program. Sama2 buat voice recording for telephone servis. Ala yg sebut, tekan 1 utk Ya. Tekan 2 untuk tidak. Haaaa.. yg tu lah, kitorg dok kena test flow. So kena la record suara dulu kan. Duduk la kitorg dlm bilik kecik tpt recording tu. Sgt thrill!

Last i met her kat Subang Parade. I think ada dekat 2 years back. Masa tu i gave her my card. Tapi dia tak dpt nak bagi kad dia sbb tak bawak. So i reminded her to contact me again and again. Tapi lepas tu tak pun bercontact. Penat i tunggu sue..

Lepas dapat SMS pagi tadi, the sender, Zuera called me. So we talked over the phone. Sue was pregnant 9 months (3rd child) masa dia collapsed. Bawak pergi hospital, the family was asked to make a choice, between Sue or the unborn child. Kejam nya rasanya kalau kita di bagi pilihan mcm tu. Nak tak nak, the husband had to choose Sue. AlFatihah to the baby... sedihnya..

Since then, Sue koma. It has been a week. Masuk2 je ofis tadi, i look for her in FB. Since zuera did mention her full name kan, so senang la sikit nak search. Actually i've been looking for her but by the name suraya je. Mana nak dapat kan, ramai sgt Suraya nye. This time i search Suraya Othman, there she is. Smiling. And from her fb, I've managed to know her updated condition from her husband's FB, danial.

"Sue is still under active treatment til mid week then they'll ween off drugs to c if she can breathe on her own. If she can't i will have to make a very hard decision. May Allah guide me. Make du'a n solat hajat for what is best for my beloved wife. A miracle may yet happen as He is All Knwlgble, Powerful n Merciful. But we also have to prepare for the worst if sue's brain is not compatible with sustaining life once her active treatment has run its course. "

Friends, if you have some time, pls pray for Sue's well being.

Sue, my doa is for u. Pls be strong!


Friday, December 19, 2008

Kenanganku bersamamu

Ni projek sampingan masa balik BP haritu. Pergi korek2 gambar2 lama. Kebetulan pulak abah baru je lepas mengorganize album. So just nice lah kan untuk anaknye ni menyelongkar segalanye..
Ni gambar raja sehari, mak and abah. Tahun berapa ye? 66 ke 67 eh? Lupo lah.. Tengok muka mak tu. Masam je jadi pengantin. Senyum ah sikit. Kata kawin ngan kekasih hati kan. Kalau nak di cerita kisah percintaan mak and abah ni, memang macam2.. Kang kalau cite, dah jadi blog Mak Tok and Tok Abah tomato lah kan.. Suh tok abah bukak satu blog la cite kisah cintan cintun dulu2..
Ni gambar rasanye kat Segamat. Tu abah, mak, abang and me. Comel tak ai. Macam muka dina tak. Cuba tgk gambar bawah ni. Yg dlm walker tu ai. Yg mengagah tu my cousin, angah. Comelllllnyeeeee budak yg dalam walker tu kan.. *puji diri sendiri pun jadilah kan*. Eh kepala tu mcm lonjong semacam je hehehe..
Haaaa.. this is me masa umur 5 tahun kot dgn my feveret gown. Masa ni duk kat FRU quarters kat JB. Tgk tu siap dgn matching shoes sekali tau.. Rasanye masa ni ada picnic kat air terjun Kota Tinggi. Tu yg tgh dilaramkan sakan by mak tu. Kecik2 dapat pergi air terjun, excited ok. Dulu2 air terjun kota tinggi tu mmg best, la ni nak masuk main air kat situ pun nak kena bayar. Sapa saje lah yg ambik untung tu kan.. Eh rambut ku memang gitu gayaknye ye.. Rambut halus sgt and tak hitam lak tu..

Tu je lah gambar yg sempat di snap. Kualiti kurang bagus sikit sbb snap gambar guna henfon. Tu yg nampak ada cahaya2 tu bagi terang sikit....
Tak dan nak ambik gambar2 lain *padahal cuti seminggu tu*. Ingat hati nak cari gambar masa sekolah rendah, tapi tak ada lah. Langsung takde simpan gambar time tu. Yg ada cuma gambar2 masa dah masuk SMSP kat Teluk Intan. I should have snap some lah. Len kali je la eh..

Monday, December 15, 2008

Cuti ku yg panjang


I was on leave last week. The whole week! Best best. Balik BP lepak rumah parents dgn budak2. Suka la mak tok and tok abahnye dpt main dgn cucu diaorg yg dua org ni lama2 sikit. Haritu masa kawin mak su, tak boleh nak lepak lama2 sbb cuti nye tak lama. Tapi mcm biasa, end of year, i have to take long leave sikit. Boleh mesra2 ngan anak2, and anak2 boleh mesra2 ngan atok nenek nye..

Raya haji kitorg sambut kat Sg Rengit. Ye kat mana tu kawan2? Tu rumah mak su. My sis yg paling kecik and paling banyak songel. Sg Rengit ni jauh jugak. Ambik masa 3 jam dari BP. On the way tu lalu la Felda Taib Andak. Alaaa..taib andakkkk, rumah Mawi tuuuu.. Alaaa.. Mawi yg dah nak kawin ngan Ekin tuuuu.. Yg nak buat wedding of the year tuh...
Apa ada kat Sg Rengit? Tak ada apa2 ok. Rumah nya kat Balai Polis, ater husband nye kan Polis DiRaja Malaysia gitu. Betul2 tepi pantai rumahnye. So kalau tido malam2, boleh dgr deruan ombak memukul pantai. Wahhhhhhhh romantik tuhhhhh.. Tapi pekannya tak ada apa langsung. Mak su pun kalau pergi kerja, jalan kaki jek, 10 minit dah sampai. Jimatnyeeeee.. Kalau nak cari town sikit, kena turun Kota Tinggi. Boleh la beronggeng kat situ. Nak jauh sikit boleh sampai JB.

Masa on the way balik dari Sg Rengit ke BP, kereta satria lak buat hal. Water pump nye dah kebaboom, melarat2 sampai ke minyak hitam, air masuk engine segala. Masa kejadian, seb baik dpt berenti kat tepi jalan and tepi jalan tu ada pondok gerai. Boleh la berteduh kat situ kejap. Dina siap tido lagi time tu dgn angin2 sepoi bahase tu. Disebabkan kejadian yg tidak diingini itu, makanye kami2 telah terpaksa naik kereta peronda polis balik semula ke Sg Rengit. Muehehehe..dah gayak PATI lak.. Sebab pak su nye kebetulan tgh bertugas meronda and tpt kejadian pun tak jauh lagi masa tu. So sampai balai, kita tukar kereta plak. Hop in to pak su punye kereta. Adam ada sikit kecewa di situ sbb dlm kereta mak su, dia tgh layan Tom & Jerry, belakang siaran dah tergendala la plak kan.


Dina pose tembam




Akhirnye kitorg selamat sampai BP hari selasa and hari sabtu selamat plak sampai ke Puncak Alam. Adam yg sedikit kepoyoaan nye, sampai2 rumah dia tanye "Rumah sapa ni?", ada dekat 89 kali kot. Cet Adam, very the kacang lupakan kulit yeeeeee....


Adam pose ngan Pooh

Thursday, December 4, 2008

Auw, sakit bon bon ku

Dina dah selamat di inject by doctor. Sangat suspen muka dia masa dia tgk doktor tu pegang2 pampers dia. "Eh ni sapa ni nak pegang2 bontot aku ni" kan. So dia tertoleh-toleh. Tapi mama usha dia dari depan. Ajak dia main2 toys kat tgn dia tu.

Zassssss doc inject dan dia pun uwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! Uwa uwa sambil tutup muka ok. Langsung tak nak angkat muka dia. Kesian lak tgk. Kelakar pun ada jugak, ngeheheh.. Abang adam dok perati je muka doctor tu. Sure dialog dia bunyi mcm ni "Cis doktor ni, inject adik aku. Ko pehal doktor????"

Uwaaa dina kejap je. Ada la seminit pun tak sampai. Keluar bilik doctor, adam ngadu kat babah ngan ala2 pelat dia tu "doctor cucuk bontot dina", sambil bontot dia tertonggek2 and jari tunjuk bontot. Kekeke..gelak org dlm klinik tu tauuuu tgk aksi dia..

Adam adam.. adik baru nak dpt spotlight, adam dah curi spotlight adik.. Sian adik


Monday, December 1, 2008

Mama's new helper

Ada new bibik in the house lah! Tengah2 mama ni sibuk melipat baju yg menggunung tingginya, alih2 ada helper lak sudi nak menolong. Babah ke? Dah tentu bukan. Anak dara tu ke? Bukan jugak sebab dia dah tido sampai Syracuse kot. Anak teruna? Ye.. anak teruna telah meringankan tulangnya nak menolong mama nya.

So I gave him all the saputangans untuk dia lipat. Wah, menjadi ok. Lipat dua, then lipat dua lagi. Walaupun semua saputangans tu sama size, ada jugak yg dia tak berjaya lipat. But, mama dah paksa dia ok. Dia lipat jugak sampai dapat! Bagussss.... Well done..


Friday, November 28, 2008

Pagi2 dah menangis!

This morning, Adam buat perangai lorat dia. Bangun pagi dah marah2 suruh mama duduk kat bilik dia, teman kan dia. Last2 dia mengalah jugak, datang lepak bilik mama and adik. Lepas tu babah dia dukung dia turun bawah. Dah sampai bawah, sibuk nak bantal bucuk dia kat atas. So naik la babah pergi ambik bantal dia. Padahal dah nak ke rumah umi ni.

Lepas tu, babah and adik dah ready dalam kereta, dia terhegeh2 lagi dlm rumah. Tanye dia nak apa. Dia nak cari kereta dia. Habis dia nak selongkar bakul mainan dia tu. Geram la mama kan. Paksa jugak dia keluar rumah gi masuk kereta. Maka dgn sedihnya, dia ke kereta sambil nangis2.

Masuk kereta, dia pergi campak puting dia merata2. HOT le babah kan. Dah kena marah lagi. Mama malas nak pujuk nye. Biarkan dia. Yg adik terkebil2 tgk abang dia.

Sampai rumah umi, nampak je muka umi, kemain teresak2 lagi dia nangis. Air mata bukan keluar pun. Pandai umi lah nak pujuk budak berlakon nih..

Sampai ofis, alamak teringat kat Adam lah. Sian dia pagi2 dah kena marah. I think he needs attention lah tu. Ye la kan, hari ni dah Friday. Been a long week dah. Dalam hati tu agaknye dok tingak wiken je, dgn harapan dapat duk rumah dgn mama and babah. Sabar ye sayang, esok sabtu, boleh bangun lewat sikit... Lepas tu kita ada misi dgn doctor...

Caiyok caiyok adik!!!

Jangan hujan please

Pagi2 di puncak alam on weekdays mmg sibuk. Sibuk dgn org2 berkareer yg nak ke destinasi masing2 untuk mulakan tugas seharian. Macam2 jenis kereta boleh nampak. Ada yang mewah, yang berkilat, yg berlumpur, yg pintu nye kemek *kereta aku la tu*. Macam2 jenis pemandu.

But this one particular motor ni caught our attention. Why? Sebab moto dia power superbike ke? Bukan. Sebab penunggangnye is a celebrity ke? Bukan. Sebab plat number dia cun ke? Bukan jugak.

Motor ni ditunggangi by the father, the mother and the daughter. The daughter tu kecik lagi, ada la dlm setahun. Dok kat tgh2 mengadap mama dia yg kat belakang. Sedihnya tgk. Pagi2 pukul 7 dah kena ikut mama and papa nye. Then Mr hubs tanye, "tak ada kereta ke". Duhhhh babah ni, kalau ada kereta, mesti la dia bawak kereta. Takkan lah mak bapak nye nak angkut anak diorg naik motor macam tu, kan kan??

Deep down, i pray, "Jangan lah hujan"......

So Azah, bersyukurlah ngan Wira otai tu, though otai, still banyak jasanya. At least, tak ada la kena angkut Adam dan Dina naik motor kalau nak ke sana ke sini, ye dak?

Deep down, i wish, "Toyota Wish".. muehehehe..


Thursday, November 27, 2008

Buat malu mama la adam ni

Kepada peminat Adam, I have a story to tell u.

Haritu, bawak Adam pergi makan malam. Lepas ambik dia dari rumah Umi, terus pergi ke kedai feveret kitorg, Acik Bob Tomyam. Owner dia tu nama nya Bob. Korang kan kalau dgr nama Bob ni, boleh imagine kan org nye mcmana? Sure besarrr sihat walafiat, perut maju ke depan.


Adam makan dgn happy nye. Share nasi pattaya *with no sos* dgn mama. Same with dina. Seronok dia dpt milo ais segelas. Dia agak in awe jugak menyaksikan shisha. Eh betul ke eja ni eh? Ala, benda yg berpipe2 tu. Yg ala2 org Arab dok smoke tu tu. Shisha? Kan kan? Dah betul la tu kot.. Adam dok panggil benda tu lampu lampu. Lampu apa nye tu adam... Ada org buat bisnes shisha kat situ..


Lepas semua dah kenyang, panggil lah the owner tu nak bayar. So Bob pun datang dgn konfidennya dan gagah
perkasanya. Dia belum sampai lagi kat meja kitorg, Adam dah gelak2. Sambil buat aksi perut ke depan! Bertuah anak aku nih! Sian Bob tu tauuuu...tak baik tau adam. So untuk mengcover line, babah nye suruh Adam salam tangan dgn Bob. So salam la mamat tu sambil senyum2.


Masuk dlm kereta, kena usrah la Adam dgn mama.. Tak baik adam buat mcm tu.. Memang la kecik lagi kan, takkan Bob tu nak makan hati kot ngan budak kecik tu. But still, nak kena guide gak mamat kecik tu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Aceeehhhhhh...


To Bob.. jangan ambik hati yeeee....!!!


Ha aunty pah, jangan gelak2! Kang baby dlm perut tu turns out to be mcm Adam ni jugak..

Peace all!!!


Tuesday, November 25, 2008

Innocent until proven guilty

I think Adam is a happy boy this week. Dah la dapat transformer. Lepas tu yesterday dia dpt jam KFC spongebob tu. Kemain panjang lagi senyum dia bila nampak KFC dalam kereta.

What about Dina? Happy tak sayang? Hmmm.. let's see. Dina dapat apa? Toy? Nope. Jam spongebob? Nope. Cuma kasut sepasang haritu which i dont think she bothers much pasal kasut. Sian dina. Takpe, babah cakap nanti dia belikan jam spongebob kaler pink. Nanti mama carikan toys ye.

p/s : entry ni nak pujuk dina ke? Atau nak pujuk diri sendiri sbb rasa guilty dina tak dpt apa2? ih ih ih...

Korang pernah nampak tak play tent mcm kat atas tu? Mana nak cari eh..

Aku seorang seniman



It has been a while since we last bought a CD. Rasanya seingat aku lah kan, the last CD yg i bought was Siti Nurhaliza, CD entitle tak ingat dah. Masa tu Siti belum kawin. Masa tu Adam belum ada. Masa tu I was working at GTSB Shah Alam. Masa tu my life was not as expected. Too many lows. Too many downs. But i survived! Lama dah tu, ada la dalam 4 tahun yg lepas.



Dulu2 mmg rajin beli CD ni. Kadang2 CD karaoke. I like to karaoke time kat rumah je lah kan. Sebab suara merdu sgt, kang nyanyi kat public, ada yg menangis histeria wo. Siap beli home theatre. Konon suara sedap sgt lah tu kan. But that was then. Now ni, home theater pun dah kena dismantle. Malas nak pasang dah!



Baru2 ni, Wira punya radio dah kena upgrade. Now dah boleh masuk CD dari depan tu. Dulu2 tpt CD was at the bonet belakang tuh! Gila zaman batu. So since radio CD berupgrade kan, mesti la nak beli CD baru jugak. Bagi test power sikit tgk. Pasang CD-cd lama tak syok, tak ada feel. Takkan nak pasang lagu CT kan. Anyway, I am no longer a fan of CT. Dont ask me why. Kang berjela2 pulak nak cerita.



So untuk memeriahkan suasana, semalam, Mr Hubs beli CD Jamal Abdillah, konsert live di Istana Budaya. Not bad cuma the CD tu bukan full version konsert. Sayang lah kan. Nak jugak dgr Jamal berduet dgn Adibah Noor and Dayang. Kalau dgn Sarah Raisuddin, tak payah dgr pun tak pe.



All the way back from work, all the way go to work, dok pasang CD tu je lah kan. Dah 2 kali pusing CD tu. Tunggu masa Mr Hubs bosan ler baru CD tu terbiar. Nanti bila dah bosan, baru la I can go back to my routine Hot FM. Bukan apa, kadang2 dgr radio ni bagus jugak. Dapat dengar berita2 terkini gak kan. Nak harap baca paper, memang tak ada lah.



So in the meantime, layaaannnnnnn...


Monday, November 24, 2008

My new Toyota Celica

Presenting my new toyota celica...


Last wiken, hari libur. Pergi makan kat burger king dekat dgn extreme park Seksyen 13 Shah alam tu. Mula2 adam nak sgt KFC, tapi jemu lah adam kfc tu. Kita pekena burger king lah plak. Nasib baik dia tak bnyk hal masuk situ. First sekali tpt dia terjah mesti la slides kat dlm tu. Dia pun now ni dah pandai nak behave sikit. Bila panggil suruh makan, dia duduk makan sampai habis. Dah habis baru dia pergi main semula. Happy betul! Tapi time ajak balik, start la dia buat muka monyok. Mulut nye cakap "Nak jako nak jako". Aaaaa..nak jusco ye. Jom jom..

Adam sgt in awe with the extreme park tu. Keluar BK tu, mata nye tak lepas dari budak2 rumaja yg tgh skating. Sibuk nak join sama. Semua nak, tu nak, ni nak. Seb baik ada umpan Jako. Kalau tak, payah!

Kitorg pergi jako dekat klang je. Adik dapat kasut kiki lala satu. Adam dpt toy robot transformer. Besar bagak. Boleh ubah dari Toyota Celica ke robot. Mama dapat kasut sepasang. Babah tak dapat apa2. Rilek ah baba kan kan..

Actually been planning nak masak sup ikan merah kat rumah. Tapi tak kesampailan lah hajat nye. Kita move forward ke next wiken je lah. Anyway, next wiken is cucuk time for Dina! Rilek adik.. Sakit sikit je. Macam kena gigit semut. Jangan meraung ok..!

Adik yg bakal di cucuk by Doctor


Pose la macho sikit Adam oi.. Ni babah la ni ajar anak pose rupa tu

Adam nak buat sign apa adam? Mama suruh buat peace, adam nak buat sign Rockers ke?

p/s : Apa korang ingat i bought new Toyota Celica ke? Don't hope ler...

Friday, November 21, 2008

Tenung jangan tak tenung

Semalam hujan yg amat lebat kat area ofis ni. I think most of the kawasans kat Selangor/KL ni pun mmg hujan lebat. Akibatnya, kesesakan lalulintas yg amat teruk sekali. My normal route is U-turn dekat bawah jambatan Kesas tu and masuk kesas highway. Then keluar exit, masuk NKVE ke bukit jelutong. But dekat U-turn tu is damn teruk punya jem! Dengan polis traffic yg tak ada, dgn masing2 punye kelaku yg tak nak mengalah. Can stuck like forever i tell u. Stuck punye stuck, we all decided to use jalan ke port klang, masuk meru then straight ke puncak alam. Though jauh sikit, tapi terpaksa lah, dari terus tertekan kat U-turn tu.

Sampai rumah dah almost 8.00pm. Kesian dina. Dia dah tidur2 dah. Masuk kereta pun lelap. Tapi bila masuk je rumah, berlari dia dapatkan toys dia. Dapat la main2 dgn dia kejap before dia tidur balik around 9+. Adam pun tidor awal semalam, pukul 9+. Lebih kurang sama dgn adik dia. So my keje lepas diorg tidur was to tenung muka sorang2. Sedih woooo, tak dapat main puas2 ngan anak2. Weekdays dpt jumpa kejap jek.. Sedihnyeeeee...

Hari ni ingat boleh balik cepat. Tak dpt jugak. Mr Hubs nak hantar kereta ke w/shop sekejap. Dia cakap kete tu tak pickup. Adoiiii laaaaa..ponin makcik gini.. Tolong tolong..

Adam way back masa dia 1 year old..


Dina 1 day old


Next in the list

Wish list no 8. Nak cat kereta wira ku. Nak cat kaler apa ye cun? Kalau ikut ai, ai want black aje. Black metallic. Cun tak? Pastu make up lah sikit2. Bagi nampak cam evo sikit. Eeeii berangan.. dah nama nye wira tu, tak payah la nak jadi evo-wannabe!

Makeup tu tak penting sgt. Yg penting kaler mau kasi tukar dulu. Dari jauh dah nampak, WDX 5***, kaler hitam, oooooo..itu azah yg punya.. bukan anak jin yg punya ye..

So ada dua lagi vacancy. Masih tak terpikir nak buat apa. Kalau dikira2 jumlah RM yg diperlukan untuk melaksanakan wish list tu, parah tu! Tapi nama nya pun wish list kan.. Tak semestinye termakbul pun. Saje suka2.

BUT.. yes BUT.. wish list no 1 tu MESTI!


Thursday, November 20, 2008

Penyakit berjangkit

Korang dengar HOT FM tak pagi2? This morning, masa on the way datang ofis, hot chat nye berkisar pasal habit yg the wife/husband suka buat, but the spouse pulak tak suka the other half tu buat habit tu.

Ada la this one caller ni. A lady. Dia called cakap habit dia dari baby sampai la ni dah beranak pinak is menggentel hujung bantal. And the husband sangat tak suka. So each time dia dapat bantal feveret untuk di gentel, husband akan buang/sorokkan. Then each time bantal dia hilang, dia akan cari bantal baru utk digentel.

Apa la the husband tu. Takkan lah gentel bantal pun tak boleh! Kot habit korek hidung di khalayak ramai ke ok la nak marah kan. Eiii tak patut betullah..


Actually kan, i have the same habit! Hahaha.. Dulu dari kecik mmg ada this one bantal sampai dah besar. Lepas tu pegi US, nasib baik la kan tak angkut sekali gi US dulu tu. Kalau tak haru! Balik dari US, the bantal still ada. So continue balik dgn bantal tu. Sampai lah dah kahwin and ada Adam. Lepas ada Adam, bantal tu mcm disisihkan. Tak tau la kan sebab apa. Tiba2 je rasa mcm dah boring dgn bantal tu after almost 30 years bersama2. Kesian bantal tu. Sekarang dah kena simpan kat almari. Tragis. Putus cinta tarus. But i have cinta baru! Ada bantal lain pulak dah jadi cinta baru ku. Hahaha..

Tabiat menggentel ni dah jadi ikutan by Adam jugak. Tapi nasib baik dia bukan jenis nak jugak bantal tu kalau pergi rumah org or balik kampung. So tak payah la susah2 nak angkut bantal2 tu sekali kalau berjalan kan. Dina pun dah ada perangai tu sikit2. Time minum susu, pandai je tangan tu cari benda nak gentel. Tak kisah la bantal ke, hujung baju mama ni ke. Semua dia bedal, asalkan dia layaaannn...

So korang, apa yg korang hate pasal habit your spouse? Let's see, I hate habit smoking dia, especially kalau dalam kereta time panas2 getik! Sesak nafas rasanya. Tapi cakap 10 juta kali pun, mcm tu jugak. Unless kalau kereta baru, baru dia tak smoke dalam kereta. So apakah erti??? Nak kena beli kereta baru ke?? NO NO NO..


Tuesday, November 18, 2008

Basuhkan baju ku

Rutin wajib di hari minggu is basuh baju. Bangun pagi sabtu, celik2 mata teringat baju2 kotor. So first trip dimulai dgn baju adam & dina. Imagine seminggu punya baju. Sebukit. Second trip diikuti dgn baju2 kerja mama and babah. Yg ni kena basuh delicate mode je. Third, baju tshirt. Fourth, seluar kecik dan seluar besar. Fifth, tudung2.



Ha complete! 5 trip. Yg tshirt tu 2 minggu sekali je buat. So yg wajib is 4 trip lah. Imagine. Tang basuh ok lagi. Sebab mesin yg basuhkan *cuba bayangkan kalau kena basuh tangan.. tergolek dog weh!*. Tang sidai baju satu hal. Penuh ampaian tu. Kadang2 tak muat, kena tumpang sidai kat pagar lagi.




Lepas tu dah malam, azab nak lipat baju pulak! Aduhai.. ni yg paling tak suka. Menggunung tinggi tu! Lagi plak kena lipat baju budak2 yg kecik2 tu. Sangat mencabar. Ada tak mesin lipat baju eh? Kalau ada, nak tambah dalam wish list 2009 lah..



Gambar sekadar hiasan. Samsung brand. Cun eh. Red color. Sangat cool!


Monday, November 17, 2008

2009 wish list

2008 is very near to its end. Tinggal sebulan lebih je lagi. So kawan2, your wish list for 2008, dah sempurna ke? As for me, ai tak ada buat wish list lah on 2008. Azam pun takde. My concept is go with the flow. Tapi rasa tahun 2009 ni, macam gatal nak ada my own wish list lah. Let's see (not in particular order)

1. Nak beli fridge baru. Haaaa.. ni confirm. Fridge kat rumah tu kecik co'et je. Mana nak muat isi barang. Asyik masalah the problem je.
2. Nak hantar Adam masuk kindy dekat rumah umi nye. Ikut plan nye nak masukkan dia mid-year 2009.
3. Nak beli digi cam baru. Rasa mcm nak tangkap Sony Cybershot T Series. Harganye RM1599! Kot kalau tunggu sampai hujung tahun 2009, ada can tak turun by half?
4. Nak makeover hall rumah. Idea dah ada dlm kepala ni.
5. Nak ambik insurance utk Dina. Adam dah ada. Sian dina, tak dpt2 lagi.
6. Nak pergi holiday. Langkawi kot. Kalau oversea nak gi Bandung. Tapi kalau kenangkan duit passport untuk 4 orang. fuhhhh... rasa mcm tak jadi je..
7. Nak dapat R5 dlm PMS. This wish is too much nih! Impossible beb..
8.
9.
10.

8 onwards tu kosong lagi, sebab tak terpikir lagi. Nanti as time goes by, boleh la isi tempat kosong tu. Kot la kata nak baby sorang lagi ke kan *i doubt i doubt*.


Buah pelam epal ku

Pokok pelam epal depan rumah sangat lah berbuah dgn lebatnya. Dulu2 masa mula2 masuk rumah tu, susah betul pokok tu nak keluarkan hasil. Lepas adam ada, ada la 2, 3 bijik. Boleh kira dgn tangan. Tapi kali ni, banyak betul!


So semalam babah ambik sebijik. Muda lagi la. Masam dan lemak berkrim rasanya. So petang tu buat kicap + gula. Cicah. Wahhhhh sedap. Tu belum lagi cicah dgn yg ada cili tu. Semalam tak dpt nak buat sbb cili kat rumah dah habis *habis ke, ke mmg dapur tu dah lama tak berasap?*.


Kalau ada mak tok and tok abah punya rezeki, boleh la bawak balik untuk raya haji nanti. Mak uda, nak rasa ke? Meh datang ambik kat rumah meh. Kenkawan ofis sapa nak, boleh roger2. I can panjat for u. I kan champion panjat-memanjat ni. Tak caya? Tgk gambar ni..



Friday, November 14, 2008

Tukar sebelum terlambat!


I think i need a pair of new kasut lah. Aceehhh.. siap ada i think tu. Cakap je la nak beli kasut ye tak. My existing kasut ni, eh kasut ke, ke sandal? Whatever lah eh..korang sebut la apa korang nak.

Existing kasut ni i bought kat JJ Bukit tinggi. Masa tu bulan puasa. Nak pakai time raya kononnye sebab senang sikit nak jalan2 bila balik kampung Melaka nanti. Kalau beli yg ada heels tu kang, alamat tenggelam lah heels tu kat jalan kampung tu.


Masa beli kasut ni, i baru lepas potong rambut kat kedai rambut berdekatan kat situ. So masuk2 kedai kasut ni, bila dah berkenan, i called la the amoi nakkan size 6 punye kasut. Tau ada dia jawab? Dia cakap cina ngan ai. Oiii, hello.. ada muka anak cina kah aku ni? Eiii.. So lepas tu time nak bayar pulak. Amoi kat counter tu boleh cakap cina lagi ngan ai. Confirm lah ni, ai muka anak cina. Cessss.. mana ada cina kulit gelap cam aku wehhh.. Tolong ah tolong ah..


SO why do i need a new pair of shoes? Oooo.. sebab kasut ni sgt dangerous. Dah 3 kali jalan kat Bistro bawah tu, asyik nak tergolek dog je sbb licin. Sgt bahaya ok. Tidak baik utk kesihatan. So sebelum buah nangka jatuh gedebuk kat Bistro tu, i'd better find a new pair of shoes. Jom soping kasut jom..


Thursday, November 13, 2008

Terima kasih daun keladi

VFX3, VA03, FB03, KB64.. aaaaaa naik bengap kepala otak ni dgn t-code SAP ni. Boleh bawak mimpi ni kalau tak pandai kawal emosi ni.

Nasib baik la lunch time tadi, ofis mate baru ni baik hati bawak kitorg gi lunch kat luar. Kalau kena makan kat
bistro ni, oh tidakkkksssss.. confirm emosi takkan terkawal. Confirm kalau SeMemey ada depan ni, sure kena baling dgn mug Bukit Merah ni ha.

Thanks to Aya!

Terimakasih daun keladi
Kalau boleh, ajak la lagi

Muka tak malu oiii..


Wednesday, November 12, 2008

Cinta batu belah

Pagi tadi mcm biasa bangun pukul 6, lepas dikejutkan by 2 henpon beralarm. Kejut babah ask him to bangun mandi kat bilik air atas, while i went down, guna toilet bawah. Tak suka la guna bilik air atas tu, dia punye pressure air kureng. So kalau mandi guna shower tu, alahaiiiii, tensen akak aih..

Tengah2 shampoo rambut gitu, alih2 dgr suara budak menangis. Errr.. errr.. suara sapa tu? Dengar betul2, kedengaran lah jeritan "Mamaaaaa mamaaaaa". Lerrrr, rupanye dua org budak kenit tu menangis sakan terjerit2 panggil mama. Apesal la korang tak jerit nama babah? Mama jugakkk..

So then, mandi la cepat2 sebab takut yg si extra kenit tu main kat tangga. Dah siap tu naik2 tangga, alahaiiii kesiannya anak2 mama. Dina tgh duduk kat anak tangga tu menangis kemain, mencebik2. Yg adam tgh peluk tiang tangga tu, teresak2 dah tak boleh keluar suara dah. Aduhaiii..sedihnyaaaa..

Agaknye ropa tu la korang kan kalau mama lari bawak diri cari batu belah bertangkup..

Mengubah impian menjadi realiti

Familiar tak tajuk atas tu? Tu kan tagline AF.. Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti. Bukan nak cite pasal AF pun, saje bagi selit sikit..

Untuk menjadikan misi (datang awal ke ofis) satu realiti, tau tak apa ai buat malam semalam? Since tidur dah lewat, pukul 12 malam, risau la kan takut tak dengar bunyi alarm henpon ku. So lepas setting my henpon punye alarm, i request Mr Hubs punya henpon alarm pulak. Begitu tamak sekali. So pagi tadi pukul 6am, dua henfon berbunyi. Tapi Mr Hubs punye henfon tu bunyinye tak menyengat lah. Patut la Mr Hubs tu susah bangun. Selalu dia bagi alasan henfon dia punye alarm tak bunyi. Macammana la nak dengar bunyi nya, kuat lagi bunyi cicak tu haaaa.. Apa daa...

Tuesday, November 11, 2008

Mama yang poyo




Mama saya tu suka dera2 saya tau. Tgk ni dia paksa saya pakai antenna kat kepala ni. Lepas tu dia panggil saya "Ala ala alaaaa.. giraffe kiuttttt". Pas tu dia tanye kat abang adam saya "Abang adam, comel tak dina". Abang adam tu pun layan "Comelll". Lepas tu dia tak puas hati dia, dia tanye lagi "Abang adam, mama comel tak". Abang adam reply "NO NO NO". Muahahaha mama.. padan muka!


Monday, November 10, 2008

Kan dah kena marah!


Hari ni pagi2 dah kena lecture by Mr Bos. Isu pasal attendance. Yg datang lewat lagi ramai dari yg datang awal. Mr Bos dah kena lecture dgn Mrs Big Bos. So nak tak nak. We all pun kena la dgr lecture dari dia.


My reason datang lewat selalunye cuma ada 3

1. Jam bunyi pukul 6. Tapi pergi off kan. Then terbangun 6.30 above. Kantoi tahap max!

2. Jam bunyi pukul 6. Dah siap melenting nak bangun. Alih2 dina pun sibuk nak bangun nak susu. Kantoi tahap medium.

3. Traffic jam kat toll bukit jelutong. Ni kadang2 je. Nasib baik ada Smart Tag, kalau tak lagi teruk. Normally kalau reason no 3 ni digabungkan dgn reason 1 and 2, ni akan menjadi kantoi tahap super max! Kalau stand alone reason 3 sahaja, tak la teruk sgt lewat nya. Sebab Mr Hubs pandai mencilok! Tapi kalau lepas ni i have to drive stand alone, habis la..


So kawan2, my mission this month : Datang awal or on time 8.00 am.


So untuk misi kali ni, i dah siap plan A and plan B.


Plan A

Bangun pukul 6.00 am. Make sure jam tu berdering, i don't go and katup the bunyi. Bunyi jek, kena lompat bangun ok! Kalau dina pun sama melompat. I have to buat susu cepat2, then kejutkan Mr Hubs suh dia monitor dina minum susu. But knowing him, rasa mcm tak percaya lah suh dia monitor budak kecik tu. So takpe, minum susu 5 minit je. So i have to korbankan masa mandi sebanyak 5 minit. Wahahaha.. One more thing, baju siap iron malam2.


Plan B

Rasa kalau dah lewat sgt tu, EL je la. Habis cite.


Plan Z

Berhenti kerja, duk rumah jaga anak.


Tiba2 ada plan Z!!!!

Friday, November 7, 2008

Andainya aku pergi dulu sebelum mu

Yesterday mcm biasa pagi2 kena isi minyak dulu kat petronas Puncak Alam. Masa Mr Hubs tgh isi tu, ada this one lady was walking towards dia punye car. She looks very familiar ye. Macam classmate kat SIGS rendah dulu. Tapi segan plak nak tegur, takut tersalah orang.

Masuk ofis then I tergerak nak tanye dia kat facebook. Sebelum tanye tu, I usha2 dulu gambar dia. Tgk dia keje kat MISC Logistic Port Klang. Hmmm.. ada possibility tuh. Duk PA, keje kat Port Klang kan. So i wrote on her wall. Oh yes.. memang betullah seperti yg diduga, mmg dia my x-classmate ituh!

Excited pulak. Since dia keje kat MILS kan, situ ada IT tak my friend? IT yg guna SAP? Andai kata ku terpaksa pergi meninggalkan PESB ni, ada can tak join MILS?

Morale of the story : Makin besar network, makin bagus!


Jangan suka buat spekulasi

Semalam my left eye dah kena kick dgn Dina masa tido. Sampai sekarang terasa sakitnye.. Nasib baik tak lebam biru. Kalau lebam biru kang, datang ofis sure ada yg ingat i ni mangsa dera rumah tangga. Choiiii..

Sama la kes mcm kalau org tu datang ofis, ada kesan merah kat leher dia, sure kawan2 ofis ingat itu love bite. So kalau korang rasa ada kesan2 merah kat leher tu, pakai la baju turtle neck.. atau letak le bedak tepek2 lebih kat situ sikit.

Sama jugak kalau org tu kerani, datang kerja naik Brabus.. eh silap.. naik BMW 7 Series, akan kecoh lah satu ofis. Antara spekulasi2 yg timbul, "Oh dia seorang usahawan MLM yg berjaya". Itu spekulasi yg baik lah to me kan. Contoh spekulasi tak baik..? Lu pikirlah sendiri..

Sama jugak macam spekulasi pasal Norman and Memey. Eh ini bukan spekulasi, ini kenyataan. Poor Abby. Anybody yg pernah went thru similar or almost like Abby, sure knows how it feels. Devastated. Frustrated. Semua yg ted-ted lah. Nak go through the same thing for the second time? Argh..boleh jiwa kacau beb..

Asal tiba2 menyelit pasal Norman, Abby and SeMemey nih? Emo emo.. Tak suka tak suka..


Today's mission


Semalam misi cari mp3 ultraman. Accomplished.

Hari ni misi cari video Upin & Ipin. Misi hari ni, kita ucapkan terimakasih pada Cik Ain a.k.a Ms Stokin kita. Ai dapat 10 episods of upin & ipin. So balik petang ni kena ingat bawak balik charger batery laptop ni. Sure Adam akan layan siaran ulangan berkali2. Takpe takpe.. asalkan dia boleh duduk diam2.

Mission accomplished.

Next.


Thursday, November 6, 2008

Tiga.. Ultraman Tiga!

Semalam masa nak ambik Adam balik dari rumah Umi, dia tgh syok pegang henpon sony kakak nye. Bila suruh pulangkan balik punye lah susah nak pujuk. Rupa2nye dia tgh dengar lagu ultraman.

So sebagai mama yg prihatin pada kehendak anak2 nya, pagi ni mama nye dah bertanya pada kawan2 di ofis. Kot la ada sapa2 simpan lagu ultraman kan. And finally dapat one mp3 ye. TQ to wak sebab ada kawan ultraman.. http://videoultraman.blogspot.com/2008/01/ultraman-mp3.html



Wednesday, November 5, 2008

Kayangan heights


Every day on weekdays, nak pergi and balik from work (Puncak Alam - USJ - Puncak Alam), we have to lalu depan this one area. KAYANGAN HEIGHTS. Tempat looks exclusive. And ada BIG HUGE letters composing KAYANGAN HEIGHTS.

One day masa lalu sini, hubby bukak cite
Babah : Mama tau cite tak pasal Kayangan heights ni?
Mama : Cite apa? *mcm suspen je ni*
Babah : Orang kata and ramai orang dah jumpa. Kalau lalu jalan ni kan malam2 buta, sebelah huruf S tu, ada huruf I.
Mama : Ye ke?
Babah : Ye.. I dia tu ada bonjot kat bahagian atas tu.
Mama : Pocong?
Babah : Iyee....
Mama : Jom kita lalu sini malam2 buta *cakap dalam hati je..hehehe*

Jeng jeng jeng...

Vroommmmm vrooommm vrooommm

Oiii, tak reti2 ke dah tengah malam? What the betullah!

Ada neighbour sorg ni. Kereta power. Ada turbo power tongkat ali kot. Dah pukul 11.30 malam ok. Dia dok mengadjust enjin kereta dia. Mengaum-ngaum. Nasib baik la my house bukan betul2 sebelah rumah dia. Cuma selorong je. Tu punnnn..dengar kuat ok. Tak reti2 ke orang nak tido dah malam2 buta ni? Dgn anak kecik lagi ni. Kang kalau dia bangun menangis, ekau nak pujuk kah?????

Make me think, sometimes ppl can be inconsiderate of others. Kata duduk berjiran tetangga, tolong lah respect your neighbours. Ada tu yg suka drill dinding tengah2 malam. Apa la dia nak cuba achieve malam2 tu ye? Macam tak boleh nak tunggu esok2 pagi.

p/s : Cuba sekodeng malam semalam. Ingat nak snap gambar. Tapi gelap lah.. tak nampak.. hahaha..

Tuesday, November 4, 2008

Aduhai Adam

Semalam ada sorang budak tu susah betul nak tido lah.

9pm - segar bugar matanya melayan cerite Pepaya kat TV3. Memamg feveret dia tu. Aksi org tangan besar dan kuat. Aduhai adam!
10pm - Pepaya dah habis, tapi matanye still segar. Dia bangun kata nak berak. So I said "berak lah Adam". Dah ambik posisi baik punye tapi tak jadi. Boom balik. Ingatkan dia dah sudah berak. Bawak la pegi bilik air, eh tgk2 suci bersih pampersnye. Aduhai adam!
10.15pm - nak milo. Buatkan sebotol. Minumnye separuh. Lepas tu kata nak muntah. Tapi tak muntah jugak. Aduhai adam!
10.30pm - Layan cerite.. cerita apa eh. Tgk, mama pun dah lupa sebab mama nye dah kejap lelap kejap jaga time tu. Adam pulak terbaring dgn mata kesegaran tahap maksima layan tv. Aduhai adam!
11.00pm - Tak boleh jadi ni. Pujuk dia naik bilik atas tido. TV dah keluar movie skop production, ada ziana zain, ada vince, ada hetty sarlene tu. Lupa lah tajuk dia. Oh tidak, tak larat nak layan movie2 Yusof Haslam yg jiwang kangkong ni. Aduhai Yusof Haslam!
11.15pm - Babah angkat adam naik atas. Tu pun tak nak tido dgn babah kat bilik belakang. Nak menempel dgn mama and adik. Takpe babah. Kita letak dia kat bilik mama dulu. Nanti dah tido, babah angkat. So babah dia letak dia kat atas tilam and nak join baring dgn dia sekali. Dah tu dia cakap "No no no no". Apa??? Dia tak bagi babahnye tido dgn dia. Hehehe.. so babahnye feeling rejected, berlalu ke bilik belakang dgn muka yg sedih. Kekekeke..
11.45pm - Finally, adam lelap!!!

Tah apa lah yg dia susah nak tido sgt. Lately ni ai tgk adam makin kurus. Lagi2 lepas demam + flu ni. Nampak tulang2 kat badan dia. Aduhai adam!


Monday, November 3, 2008

Si dia berbaju melayu cekak musang

9 years ago, the other half wore the same baju melayu like the above picture. Cuba teka baju apa kah itu?

Ye.. itu baju melayu nikah we all. Hari ahad haritu, dah terdesak nak pakai baju melayu putih kot. Mula2 dia pesan suruh iron kan baju melayu kaler oren dia. Abih dah siap iron tau, alih2 pagi tu dia pakai baju melayu putih. Katanye nak kena pakai baju melayu putih jugak. Nasib baik la muat lagi ok. Cuma seluar tu agak ketat la sikit. Jangan duduk cangkung2 ye babah. Duduk sopan2 je. Tapi kan, kalau ter zas pun seluar tu, bukan org nampak pun. Kan ada kain samping..

Sayanglah tak dapat ambik gambar full lengkap with samping. Sebab samping nye dia nak kena ambik pada kawannya. Kalau dpt gambar full..wahhhh..hensem tuuuu.. Oh yes, sapa nak puji husband sendiri ye tak?

p/s : Pls buat tak nampak pada grill yg berkarat itu.. hehehe..


Friday, October 31, 2008

Happy birthday!


Hari ni 31st October. Hari ni birthday babah. Semoga panjang umur, murah rezeki.
We love u...

Thursday, October 30, 2008

Tomatos kedemaman

Isnin malam dina dah mula dah ada simptom jangkitan dari abang dia. Dalam pukul 2 pagi dia mintak susu, badan nye dah dedar. Aisehhhh.. tu diaaaaa.. So i've decided to take EL je lah on Tuesday. Seharian jaga budak2. Pagi bawak ke klinik. Doktor cakap Adam tu allergy to sejuk. Dia pesan jangan pasang aircond time tido. And jgn jalan jauh naik kereta ber aircond. Macam mana ni Adam kita nak pergi overseas time winter ni? Nak main snow.. Aiseh.. cancell la trip kita ujung tahun ni.. *as if*

Surprisingly, Dina kemain senang makan ubat. Picit je le syringe tu kat mulut dia. Telan kasi habis. Bagus dina. Keep up the good work babeh. Tapi adam, mmg i give up. Masuk sikit, muntah belahak nye kemain. Sampai keluar air hidung, air mata segala. Kesian tgk. Kalau dgn mama ni ok le adam, boleh cheating2 sikit. Tapi kalau kena dgn Umi, confirm la kena repeat telan ubat tu.

Sian my babies!

Wednesday, October 29, 2008

Mari beraya episode 3

Hari ni cuti deepavali. Yesza. Famili hubby is coming. So pagi2 lepas bawak budak2 turun, vacuum the house. Bukan the house, the hall je actually. Muehehe.. Then sambil tu basuh cadar2 + sarung2 bantal. Lepas siap lepak jap sambil tunggu babah balik dari Klang gi pick up the mother.

So, nak masak apa nihhh?? Jangan gundah gulana ye. Sebab the day before, my SIL dah call cakap kat ai, masak nasi je. Lain2 lauk ditanggung beres. Wah.. mak itam nak masak rendang ayam and sambal sotong. So lek ah kan... tak yah kelam kabut punnnn..

So tghari di Puncak Alam, rumah agak penuh. Maklumlah, rumah i kecik co'et je. Adik beradik babah, 3 famili yg datang + famili mak itam. Makan-makan. Sembang-sembang. Adam yg tgh sakit tu pun bangun melompat2 jugak. Puas la dok larang dia main kat luar rumah.

Around 4+ gitu, diorg gerak balik. Di sebabkan ada lagi lauk2 tadi, babah cakap dia nak beli satay and ajak kawan dia dtg rumah. Ok la fine. Bukannye ramai pun yg datang. 2 org datang bujang. Sorg datang bawak awek bernama Peah. Sorang datang bawak wife. 2 org datang bawak famili.

Dalam pukul 9+ semua dah setel. Adam dah keletihan. Dina pun sama. Dah terbaring je and finally, tido. Baru la mama nye boleh mandi etc etc.

Fuhhhh.. penat. Dengan melayan kerenah adam yg sikit2 muntah. Lari2 main, muntahhhhhh buweeekkkkk. Adoi laaaaaa.. Boleh fengsan mama dadam oiiii..

Mari beraya lagi episode 2


Apa kitorg buat hari ahad? Adam dah menunjukkan simptom2 nak demam + selsema. Asyik dok minum air sejuk. Tu pun puas dah control. Pagi2 basuh sekoleksi baju putih kejap. Satu round je untuk hari ni. Then kitorg bersiap nak beraya ke KL. Rumah cousin babah. Dengan cuaca panasnye! Nasib baik la dah pesan babah betulkan compressor last Fri hari tu, kalau tak confirm rentung la kitorg duduk dlm kereta tu.


Sampai KL around 1+. Makan nasi lemak and roti jala. Cousin babah ni, wife nye kerja kat Habib. Dia cakap, kalau nak beli emas ke, diamond ke.. boleh bagitau dia. Dia boleh dapat harga staff. Kalau emas 916 tu, boleh dpt harga kos je. Kalau diamond boleh dpt diskaun up tp 60%. WOW! But not now ye beb, tunggu proton bonus 6 bulan.


Masa ni adam dah tak kuasa dah. Melepek je. Habis makan, kitorg mintak permisi balik rumah. Kesian kat adam. Sampai kat rumah, tak ada aksi2 ultraman bagai. Tido, baring, manja2 an gitu.


As for me, tgh prepare mentally and physically for tomorrow. Segerombolan famili babah mau mariiiii.... Yeah baby yeahhhhh...

Mari beraya episode 1

Busy betul rasanye weekend lepas. Hari sabtu agenda beraya. Pagi2 dah busy dgn aktiviti basuh baju. All together ada 3 trip basuh baju. Baju dina + adam, diikuti dgn segala baju tshirt dan di akhiri dgn baju2 kerja. Dalam pukul 11 lebih, dah kena bersiap2 pulak nak pergi beraya-raya.

So first stop is rumah kawan babah. Lokasi tak pasti lah! Sebab on the way tu, diri ku ketiduran. Sampai2 je dah masuk lorong rumah nye. Sampai rumah dia around 1++ pm. Memang sedang elok untuk di jamu dgn lunch. Menu is kari ikan siakap *marvellous!*, sambal udang *excellent!*, sayur kacang panjang goreng and kobis masak lemak, sambal belacan *kecur liur aih time menaip entry nih, terkonang2!*, ayam goreng, tempe goreng, salad timun and tomato. Tu diaaaaaa..sakan wo. Budak2 plak masing2 melayan diri masing2 dgn anak2 tuan rumah yg comel dan jelita2 belaka. So babah and me and tuan rumah makan dgn tenangnye. Siap kena desiran air cond. Perghhhh.. Terima kasih tuan rumah ye for the tip top hospitality! Rumah nye cun wo.

Lokasi hall rumah
Babah : Agak2 berapa harga perabot dia ni? *referring to set kitorg duduk tu*
Me : Eiii, mana lah mama tau..
Babah : 30 ribu kot..

Mandai2 je babah ni tauuuu.. Anyway, very the humble familinye. I like!

Dalam pukul 3+, kitorg beramai2 gerak pergi open house kat klang. Sampai situ, ai dah tak larat dah nak makan. Ambik satay 3 cucuk, tu pun Adam yg tolong habiskan. Lepas tu lepak je la tgk org datang. Masa kat pit stop yg ini, Adam terkena simbahan air sirap by sorg makcik ni. And makcik ni buat dono ok. Geram aku aih! Seb baik kena kat kepala je, tak lencun sampai ke baju. Tak baik tau makcik tu..

3rd and last sekali, pergi beraya rumah parents to kawan babah. Memang babah is quite close to the family. Masa bujang2 dulu, mmg tpt dia baring tido tu *sebab ramai anak dara kot rumah tu time tu*. So time raya, tiap2 tahun mmg kitorg tak pernah miss visit the family. Kat sini adam buat aksi muntah dia sikit. Seb baik sikit... Kalau tak ada yg kena sponsor tolong basuhkan carpet tuan rumah wo..

Friday, October 24, 2008

Cakap mesti serupa bikin

Lokasi Giant. Tgh soping barang2 rumah and budak2.

Babah : Kata nak beli weight gainer
Mama : Haah, jual kat farmasi. Dalam ni x ada. *dgn harapan lepas keluar giant nanti, babah tak ingat la*

Lokasi exit giant

Babah : Farmasi belah kanan la mama
Mama : OK ok.. *adehhhh..ingat rupanyaa. terpaksa la pergi beli mcm ni*

Tadaaaa.... Presenting Appeton Weight Gainer! Yup, ai beli yesterday di Guardian. Thanks to babah sebab paksa mama beli. Harga nye RM99. Dok mengusha nak cari yg cokolat, malangnye cuma tinggal 1 tu je kat rak tu. Tapi tak de plak dia letak perisanye kan. So tawakal je lah ambik jugak. Kalau rasa susu pun telan lah, tutup hidung.

Dalam pukul 10++ pm, bukak la tin tu nak buat secawan. Ooooo..dalam nye dah memang cokolat pun. Bagus bagus. Senang ai nak minum. Rasanye sedap sedap. Ala2 minum hot chocolate la semalam.

Tapi pagi ni malas nak tapau lah ke ofis. Kira semalam tu, intro je, rasa2. Start betul2 nanti Saturday ye. Kena minum 3 kali sehari. Nanti datang ofis, kena tapau lah masuk bekas susu mcm bekas susu dina and adam. Muehehe..

Kalau tgk gambar kat tin tu. Teringat iklan produk ni kat dalam tv. Sorang mamat kurus lidi nak ngorat awek cun ketika hujan lebat. So mamat ni bukak la payung dia konon nak offer kat awek cun tu. Bukak2 je payung, dgn mamat kurus lidi tu kena tiup dgn angin, melayang2. So posisi ai di sini bukan ibarat awek cun tu ye. But posisi mamat kurus lidi tuuu.. Sangat trajis!

Thursday, October 23, 2008

PerWIRAku

Ingat tak haritu ai ada cite pasal the other half dah langgar divider (berbentuk palang berdiri tu) sebab tersangatlah rindu kat ai? *part rindu tu exaggerate ye*. Pintu sebelah driver dah kemek dan berscratch. Sangat terluka hatiku melihatnya. Dah la kereta tu tak pernah kena langgar dan di langgar ye, sangat2 satu sesalan rasanya bila di pikir2kan.

Kawan2 yg ada kat COE ni, kalau korang turun bawah kat depan service center COSE tu kan, kalau korang nampak ada satu kon kat divider tu, ha kat situ lah WDX dah hentam. Ada sedikit senget benda tu jadinya. Yg my other half ni, tak ngaku2 tu salah dia.

Conversation ni took place 2 days ago, time tu nak balik and tgh lalu di lokasi kejadian.
Babah : Mama claim la kat Proton *muka tak puas hati*
Mama : Ait??
Babah : Tengok la ni..sempit jalan ni.. mana tak terlanggar *muka masih tak puas hati*
Mama : Hah??? *muka konfius*

Besar ok jalan tuuuuu.. Dia boleh kata sempit?? Kalau dua kereta lalu pun boleh muat lagi.. Babah sapa la ni?

p/s : Ada sapa2 nak tolong sponsor pintu Wira? Alang2 tu, sponsor sekali compressor aircond wira boleh? Panas ah naik wira, compressor dah kong..


Wednesday, October 22, 2008

Borak2 kosong

Sepetang di kedai Nur Tomyam, Puncak Alam

Babah : Babah nak pegang biro apa ye?
Babah : Mmmm..sukan?
Me : Sukan je..! Biro kebajikan?
Babah : Ok gak tu *iyo lah tuuuu*
Me : Agama?
Babah : Tak boleh.. Dah ada ustaz ... *tak ingat nama*
Me : Perlancongan? *suka2 aku create biro perlancongan*
Babah : Sosial?
Me : *MUKA SENGAL OK*

:P

Tuesday, October 21, 2008

Kurus keding

Nak tau tak, lepas tgk gambar2 retreat tuh, betullah org cakap aku ni kurus keding! Selama ni i was in denial mode kot. Rasanye kalau tgk cermin tu, ish ok jek. Macam org2 yg ada ideal weight jek. Tapi rupanya aku bermimpi di siang hari! Cisss..

So sebagai langkah pertama, i consulted En Jep utk mendapat nasihat pakar about Weight Gain. Yup, it is advisable. Cuma dia pesan, weight gainer ni mengenyangkan, but at the same time kau tak boleh skip waktu makan bfast, lunch and dinner. Ok ok jep, roger roger. Ada rezeki, i want to paw Appeton weight gainer di farmasi2 yg berdekatan. Soon soon...

Ikut kata En Jep, i can easily gain 4kg in 2-3 weeks. Then lepas tu akan gain 1 kg per month.

My ideal weight should be at least 53kg. At the moment, my weight is 49kg and my BMI is 17.4 kg/m2. Clearly means that I am underweight! So at least, i nak 53kg, but i nak set target to 55 lah! OK tak 55kg?

Masa pregnant with Adam and Dina, i gained 10kg only. 60kg pun tak dpt nak jejak ok. Betapa kurusnye aku time pregnant. Tapi still tak sedar rasanye time tu aku kurus. Wahaha.. sakit kot aku ni..

Anyway friends, wish me luck..

Monday, October 20, 2008

Support Service Retreat Programme 2008 - Day 3

Yes yes!!!!! Hari ni last day okeyyyy.. Yes yesssssss *18 juta kali*. Pagi2 sessi bergambar. Puas la budak2 ni berposing. Sampai tempat kerengga pun diorg nak berposing. Ada sapa2 yg injured kena gigit dgn kerengga tak?

Bas sampai lepas lunch. So pukul 12 semua berebut nak lunch sebab nak cepat naik bas, and cepat bertolak, and cepat lah sampai. Dalam pukul 1 bas dah gerak. On the way, hujan lebat betul. Ada 2 accident. Satu MPV tergoleks and satu lagi bas. Seram rasanya. Makin tak sabar nak sampai COE nih.

Dalam pukul 3pm dah sampai. Tunggu the other half datang. Pukul 4 sampai rumah. Ambik Dina and Adam.. Muuuuuaaaaaaaaahhhhhhhh!!!!! I love u both lah!!!!!! Eh three lah!





Strike a pose




Strike a pose lagi


Strike a pose lagi dan lagi!

Support Service Retreat Programme 2008 - Day 2


Pagi2 early the very morning dah kena bangun. Nasib baik hari2 biasa dah biasa bangun kul 6am. So no problem lahhhhh nak kena bangun 6am kat PD ni.. *intonasi berlagak*. Jam dora pukul 5.30am dah bunyi, tapi tuan nye tak jugak bangun2.. hehehe..


Pukul 7am dah start senamrobik. Ni senamrobik redah je namanye. Managers kena jadi instructor senaman. So follow je la kepala diorg kan. 7.30 pergi breakfast. Lepas bfast, ada acara Obstacle nak kena buat ni. Ni acara yg redah2 panjat2 dinding, monkey bar, segala tu lah. Tekanan jugak ni, mana tak nye. boleh ke aku nak redah segala benda tu. Ada yg tergolek masuk dlm kolam tu kang. Rulesnye team mana yg dpt habiskan all the obstacles dalam masa paling singkat, ada lah pememangnye. Total 7 obstacles nak kena lalu. First, lompat kolam 8 kaki. Second lompat hurdle 4 kaki. Third, panjat monkey bar. 4th, lalu bawah kawat besi. 5th, bergayut kat rope redah kolam. 6th, jadi spider naik tangga bertali tu ada dlm 10 kaki kot eh. 7th panjat dinding dlm 8 kaki. Cabutan dibuat. Team 5 was the 4th team to go. Ada total 8 org je yg boleh masuk acara. So in my team, ada 2 org ladies, 6 guys. Ku redah juga. And finally, lepas jadik team tercorots jek, our team menang juara ok. Tak main la acara2 telematch budak2 ye.. kita main acara2 ganas je.. *intonasi berlagak lagi*. Yg penting, everybody had fun!

Lepas obstacles, acara free and easy sampai pukul 3pm. So apa lagi, naik bilik lepak lah! Yg nak turun mandi pool pun boleh. But i would rather duduk dlm apartment je lah. Layan tv and tido.


3pm acara explorace. Yg ni kena jawab soalan based on area Ancasa and Teluk Kemang. Sambil tu kena cari barang listed. Antara barang2 yg i can remember : Nyamuk 4 ekor (bos dpt 2 ekor sebab darah dia manis, wak siap lepak kat semak semata2 nak jadi umpan!). 5 tin coke (bos hamzah belanja beli coke 5 tin). Duit 5 sen totalling RM1.00 (wan pegi cari keliling kedai kat teluk kemang tu). 10 rubber band (yg ni senang). Katak (jenuh nak cari kata weiii). Bunga 3 jenis. Love grass (adehhh..yg niiii my team sorg pun tak tau apa itu love grass.. Rupa2nye kemuncup daaaa). And ada lagi a few items.


So apakah keputusan explorace? Team 5 dapat no 3. Boleh lah tu kannnnn..


Malam pulak acara hari raya and price giving. Ada acara joget2 sekali ye. Kena pakai baju raya. Yg lelaki siap baju melayu bersamping tapi ada jugak yg pakai baju melayu, seluar slack. Bos sapalah tu kan yg pakai mcm tu? Tak ikut theme langsung. Dalam pukul 11pm, dah balik bilik. Tak larat dah. Tak larat makan! Lagipun nak balik tido kumpul tenaga semula. Esoknye dah nak balik layan hero and heroin kat rumah tu. So baik tambah energy dulu!

Ni gambar untuk Day 3, saje kasi selit

Support Service Retreat Programme 2008 - Day 1

Ready to go! Except for yg 3 dari kanan tu. Dia just say bye bye je! Pah, len kali lah pah ye..


Bertolak dari COE around 9 am. Tapi sampai ofis mcm biasa jugak. Around 8am. Elok je naik level 1 tu, husband call. Dia cakap dia dah langgar itu divider kat service center bawah tu. Kemek pintu driver tu. Tu lah yang, i dah cakap dont miss me. Tengok, baru 2 minit i blah, u dah langgar divider. Dah 3 tahun dok lalu lalang bawah tu, hari tu plak boleh kena ok. *Nombor kereta nak naik kot eh? Ke someone nak menang pemilihan EXCO bahagian ni?*



Sampai Ancasa tu almost nak 11am. On the way, kitorg layan vcd cerita The Italian Job. Best best boleh tahan. Yg naik bas pun tak ramai. Mostly ramai naik kereta. Sampai at 11 dah boleh check in tapi dlm 11.30 dah kena masuk classroom. First session is ice breaking session. Dah kena masuk dalam team. My team is team number 5. Yg ada time nak start tu cuma 4 org je whereas team lain dah almost complete 9 to 10 ppl. Tak lama lepas tu baru 3 org lagi join. Diorg kelewatan sikit. So dah jadi 7 org. Nak cukupkan 10, ada 3 org lagi yg kesemuanya Manager. Diorg lambat sikit sbb ada meeting nak kena attend kat COE. Dalam sessi ni mcm2 lah ada, kena menari chicken dance pun ada. Maka beramai2lah berchicken dance.. Semua sporting.

Petang plak ada telematch. Acara telematch semua nye acara kanak2. Kepit bola lah, pakai kasut terompah besar tu and ada a few lagi..*dah tak ingat*. My team tu dah la cukup2 7 org. Maka semua acara kena la di redah jugak. Tak boleh nak gilir2. Nak pitam rasanya weh. Dgn hujan rintik2 tu. Keputusannye, team 5 lah yg paling corot. Ni mesti sebab 3 star tak sampai lagi ni.. Kesian kitorg..



Malam kena masuk classroom. Yg ni tak ada apa sgt. Cuma managers kena present on the CSF (Critical Success Factor) thingy and ada sikit kuiz. Boleh dapat hadiah lagi. Lepas habis tu dah boleh balik bilik and tidoooooo.. Best best..

Next, Day 2..

Wednesday, October 15, 2008

Jom kita ke PD

Esok is vacation time!!! Eh bukan bukan.. esok team building sampai hari sabtu ye. Lokasi is PD. Pagi2 esok 8.30 am sharp dah kena bergathering kat ofis ni. Bas bertolak at 9.00 am. Sapa lambat, mmg nak kena dgn Puan Big Boss. Aktiviti bnyk on bersukan. Bersukan di tepi pantai kah? Hmmm.. dah le hitam, bertambah likat hitam le aku..

As a preparation of bersukan, semalam singgah beli seluar track yg murah2 je. Harga baru 17 hinggit. Mola2 ambik yg 10 hinggit je punye tau, tapi tgk mcm kain nye panas. Nanti kang dah le berjemur, berkuap lak kang satu badan. Pastu beli stokin. Balik rumah, usha sport shoes. Oh..ok lagik. Boleh pakai. Tinggal nak delete the habuk2 je. Lama dah tak sarung kasut ni, since bersalin Adam. Fuyo, dekat 4 tahun lah ni tak bersukan. Gila.

Masa nak bayar suar track tu..the other half is berangin satu badan dgn minah kat kaunter tu. Seluar tu punye tag harga dah hilang, so the minah tu letak tepi je seluar tu. Dia cakap tak ada tag. Oh hello, normally kan boleh suruh org lan pegi tgkkan harga seluar tu. Ni tak, dia letak tepi then cakap tak ada tag and buat muka sengal. Maka sangatlah angin the other half. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, aku dgn rela hatinye pergi la carik balik yg ada tag. Kang kalau buat muka nyentap kat situ kang, esok team building dah tak ada pulak seluar sukan. Takkan nak pakai seluar tido kot.

Sementara ketiadaan diriku di rumah, Adam and Dina akan di amanahkan pada Umi. Nak harap babahnye menjaga, hmmmm.. sangat tipis possibility itu. Kalau nak suruh jaga Adam je boleh la caya, ni dgn si adik tu. Rasanye by the time aku sampai rumah hari sabtu tu, ada kemungkinan babah nye kehilangan suara juga kehilangan kesabaran. Muehehe..

To adam and dina : pls take care of each other. Jangan nak nyakat adik je adam ye. Kalau adik nangis, tolong pujuk with "Adam ada, adam ada". Gonna miss u two much!

To babah : don't miss me.. aceehhhhh...

Monday, October 13, 2008

Entiti itu..

Last friday, the other half went for Pemuda meeting kat Kapar. Tengah2 meeting tu, ada member dia snap2 gambar ler. So dalam snap2 tu, ada la gambar rupa ni. Nampak tak kepulan asap hitam tu? Bukan asap org merokok ye. Dlm dewan tu mana boleh merokok. Anyway, mana ada asap rokok kaler itam aih. Dah mcm asap ekzos lori pulak. So kepulan apakah itu??? Jeng jeng jeng.. Berantu lak blog aku ni kang..

Friday, October 10, 2008

SUPRISE!!!!

Rumah ku di terjah! Bukan diterjah by abang rambut ketak Melodi, tapi diterjah dek kawan2 hubby. Semalam around 10+ pm. Ye.. 10+ pm ye diorg datang bagi salam kat depan rumah tu. Adam dgn dina dah sampai London. Mama nye pun dah nak terlelap depan tv tu. Babah nye dah confirm lelap lah kan, lagi jauh dari London rasanya tu. Alih2 dgr suara garau + gelak ketawa bagi salam. Nasib baik bukan hilaian ye. Dah le malam jumaat. Oh tidaks! Melompat ai bangun lari naik atas tukar baju yg lebih sopan lah kan. Dina plak terkulat2 dgr suara kekecohan tu tapi sempat diselamatkan oleh babahnya. Kang kalau tak diselamatakan, confirm terbeliak biji matanya.

Rombongan yg datang tu ada 7 org ye. 6 guys and 1 lady, awek pada yg salah sorg dari 6 guys tu lah kan. Dah nama pun hari raya kan, so serve kuih raya je lah yek. Mintak maaf la tak dpt nak bagi more than that, datang pun dah pukul 10+ kan. Nak di jadikan cerita plak, susu & gula pun dah habis kat rumah tu. Tak sompat laie nak top up barang dapur. Nasib baik lah haritu sempat beli air gas 2 botol. So tetamu2 ku sekalian, terpaksa la ku hidangkan air sojuk gas ngan kuih raya je lah yek. Boleh la tu kan dari tak ada langsung :P

p/s : Gambar tak dpt nak snap. Segan ahh..

Mari bergambar bersama PESB IT Dept

Rasanye i still owe u ols gambar raya from ofis kan. So here it is. Ada 2 org yg tak ada dlm gambar; En Rahman a.k.a taiko after sales and Baie a.k.a queen helpdesk. Cuba teka mana satu Mr Bos? Mana satu mstomatomerah?



Thursday, October 9, 2008

Abang Adam yg manja


Inilah rupa luka di kepala adam. Dah kering dah pun. Jadi kudis dah. So far dia takde sibuk nak mengumpil kudis tu. Jangan usik ye adam!


Semalam kemain manja lagi dia. Adik dia dah tido, dia sibuk nak mengulit kat mama nya. Sibuk nak peluk. Mama nak tengok tv lah adam. Apa cerite ye semalam mama dok usha. Oooo..cite Sepet. Dalam sedih2 cite tu, ada jugak humour nye especially time muncul muka Kak Yam (Adibah Nor) tu. So takde la bosan sgt.


Semalam adam tido dgn mama and adik. Tapi dia kena tido atas tilam bawah le. Semua nak tido atas katil mana nak muatnye. Biasanye dia tido ngan babah kat bilik belakang tapi semalam babah busy ada hal sikit. Dalam pukul 3am lebih tu, adam panggil "Mama mama". Nak tumpang tido atas katil rupanye. Oklah.. tolak adik ke kanan sikit. Dia pun dpt landing sebelah kiri mama. Next time mama woke up, tgk2 dia dah takde. Confirm lah tu, dah gedebushhh jatuh atas tilam dia balik!



Tuesday, October 7, 2008

Raya weh raya!


So today dah start kerja lepas long leave Hari Raya. I think still belum lambat lagi nak wish u all a SELAMAT HARI RAYA! Mintak maaf kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, termengata dan segala2 TER lah.


Raya tahun ni we ols sefamili balik ke Melaka the day before hari raya. Raya pertama disambut di melaka dgn ketiadaan theme color ye tahun ni. Mama, babah and adik warna lebih kurg coklat. Tapi adam tiba2 kaler hijau plak. Mama la ni salah budget color. Tapi tak pe lah. Tahun depan i'll make sure semua sedondon sejiwa dan raga.


Raya kedua still kat melaka. Adam tahun ni tak nak main mercun. Dia fobia sebab kes anak umi hari tu kot. Takpe, bagus jugak kan. So each time cousin2 dia main mercun/bunga api, dia akan mencicit lari masuk rumah tak nak main dgn diorg. So dalam rumah dia layan la diri dia sendiri.


Raya ketiga we ols bertolak ke Batu Pahat pulak. Kat BP ni ada tragedi sikit. Adam injured! Masa sampai2 rumah tok abah tu, tak lama lepas tu, ada visitor dtg beraya. Adam seronok la ada kawan boys kan. So main punye main, kepala nye terlanggar kerusi. Koyak ok dekat kening dia tu. I was stunned! Tak pernah saksi anak kena injury. Takat calar balar jatuh tu ok la. Ni ada koyak la plak. Oh tidaks! Mamanye sampai nak pitam ye tgk anaknye mcm tu. Terpaksa la mak pada mama bubuh minyak angin kat kepala mama nye plak. Kalut! Cari klinik, semuanye tutup. Dah raya ke-3 ni still tutup lagi! Hampeh! So last sekali, tak pegi ke klinik pun. Balik rumah semula. Malam tu letak2 minyak gamat je. Sian mama's boy!


Raya ke-5 dah balik ke PA. Since raya ke-6 is Adam's birthday, so we ols singgah la kejap kat JJ. Carikan dia jam, sebab dia nak sgt jam yg ada kartun boleh bukak2 tu. Lepas tu belikan KFC, then we headed home.


Raya ke-6 which is yesterday, me and hubby ke Teluk Intan. Kids kena left kat rumah Umi. Pegi TI nak terjah bank ambik geran kereta. Lepas tu nak renew road tax. Lepas tu nak claim rebate. Yahoo!!! Mesti ramai wonder, why geran kat TI? Sebab dulu parents tinggal kat TI sebelum abah pencen and balik duduk BP.


Itulah kisah hari raya pertama ke enam. Lepas ni nak beraya rumah kenkawan plak. Kay, bila k.azah boleh datang beraya ni? :)





Thursday, September 25, 2008

Copa cabana

The whole week ni ada COPA training kat ofis. Oh tidaks.. Sapa la yg arrange training time2 bulan puasa ni?? Aku kah? Ye aku la tu..wahahaha..

Mulanya nak arrange before puasa, tapi tak boleh nak get hold of the trainer tu. SAP suggest ambik trainer dari India. Huh...tak nak ah. Tergeliat lidah aku nak mengfollow nanti. So nak tak nak, bulan puasa pun puasa lah. Cut cost lah sikit. Tak payah serve lunch, serve drinks. Sorry la kawan2 ye. Sabar je lahhhhh..

Trainer nye bagus. Sangat berilmu. Segala ilmunye dicurahkan kat we ols. And banyak jugak benda yg we ols belajar. Nama pun training kan. Mesti la banyak benda boleh belajar. Kalau tak de benda nak belajar, baik trainer tu tak payah jadi trainer kan kan kan..

So another 2 days je lagi ni. Sikit je lagi. Esok dah last day. Lepas tu..yahooooooooooo.. Cuti raya oyeahhhhhhh... Akan ku tempuhi another 4 hours utk hari ni dgn penuh semangat... AZAH BOLEH! Ye.. boleh blahhhhh..

Tuesday, September 23, 2008

Mari berposing


Adam ni kalau tanye nama dia sapa. Jawapan dia "Alam". Apa la adam ni. Kalau disuruh pose sambil senyum, mcm tu la rupa dia nyengih. Geram je tau. Sengih le elok2 sikit. Ala2 hans isaac ke. Mat romeo ke.

Ni dina ala2 pose tak nak pandang kamera lah ala2 diva gitu. Photos were taken masa on the way nak pergi berbuka kat rumah mak itam man kat KL. Macam2 juadahnya. Kurma daging. Kangkong. Pecal. Adam makan sampai tak reti nak bersila lah. Terkangkang2 dekat plate sendiri.

Kawan datang dan pergi

Friends. Come and go. Thanks to facebook though. Ramai kawan2 yg dah long lost contact, i've managed to contact back. Sangat mengterujakan!

First, friends masa in primary school. That was SIGS JB year 1981-1986. So far, dah jumpa balik 4 of them. Azwani or nama manja, Wani. This girl been sitting at my back and she still can remember that! Kuat betul daya ingatan dia. Yg i can remember, i used to play tali skipping dgn dia. Eh bukan tali skpping namanya. Ala getah2 ikat belacan yg di sambung2 jadi mcm tali and kita main zero point. Aaaaa.. tu kot namanya. Zero point. Hehehe.. cant remember lah. Yg pasti, Wani was damn good main zero point ni. Walau kecik tapi melompat tinggi! Then, i've met with Gee or Razida. This girl, comel2 jugak org nye. 1987, masa i've moved out from JB and start secondary at Teluk Intan, this girl lah was the only kawan from sekolah rendah yg keep sending me mail *nampak sangat tak glamernye aku*. Dulu2 takde email ye. So beli la stamp jilat lekat kat envelope tu kan. For quite some time jugak both of us corresponding via surat, then suddenly senyap. Dah boring kot. Mana tak nya. Apa nak cite life kat teluk intan tu except for pergi balik sekolah aje. Then, there's this girl named Zarinaswati. Dia ni tinggi and cantik orangnya. And still is until now. I remember me, her and another friend named Josephine used to hang out together. Josephine ni i dok cari tak jumpa2, mana tah agaknya. Then, there's Yusfida. Yusfida ni i met back masa kat PPP/ITM. So once i add Yus in my fb friends, senang la jumpa kawan2 yg lain. Last sekali terjumpa is Camelia. Dia ni sgt teror berlumba lari ye. Rasanye dia rumah merah kan Camy kan. I was in rumah biru. Kalau time sukan, merah and biru selalu fight wo.

Second, friends while i was in secondary school, SMSP Teluk intan year 1987-1991. Yg ni tak ramai jumpa. Sorang je. Azmah. Tu pun sbb dia biasa2 keluar kat TV3 tu, tu yg i can remember. Once i add her, i thought i can find the rest of SMSPian tapi tak berjaya lagi nampaknya. Diorg ni tak layan fb ke eh? Aisehhh friendsss... Come on ahhh fwenssss..

Third, kawan2 masa kat college PPP/ITM and SU. Ni ramai lah. House mates lama kat bilik no.. errr no.. no.. confirm dah tak ingat! Yg i can remember, tingkat 2, blok 1. 205/1 ke eh? Ishhhh..gamaknye la kot kan. They are, Mil, Anis Lazim, Syim and Anis Zawati. Ada lagi tapi tak ada dlm fb tu. Then, neighbours. Then the rest lah. Kawan2 se course, kawan2 tak se course. Kawan2 glamer *geng chepah lah tu*. Macam2 lah ada. And yg paling surprise dapat jumpa si Pe'on ni. Or nama penuhnye..fairolliza farouk. Aaaa.. this girl masa kat PPP/ITM sibuk bercinta ni.. Tapi now dah kerja kat US with her hubby a.k.a sweetheart dia masa kat PPP dulu. Bravo Pe'on!!!

Then the rest of the kawan2. Kawan seofis. Kawan x-ofis. Kawan cyber. Ye.. ada 2, 3 orang. Nijot ali. Ni tak pernah jumpa, tapiiiii until now we all still contacting. She's married to a friend same batch with me masa kat PPP. Small world!

Seronok jumpa balik kenkawan lama. Although tak la jumpa face to face kan. Dapat jumpa via fb pun cukup la. Kata zaman dah berubah kannnn..